Chapter 1

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (1)

AKU memandang sekilas jam di tangan. 1.02 pagi. Lambatnya aku pulang ke rumah kali ini. Pasti ayah marah. Aku bersedia dengan segala kemungkinan. Dengan basmallah, aku mengetuk pintu perlahan. Tak sampai sesaat, pintu dibuka dari dalam. Wajah bengis ayah menggerunkan hatiku.

"Pergi mana balik lewat sampai macam ni?" Tanya ayah tegas. Aku masih di luar.

"Usrah. Lepas tu, tolong hantar kawan ke rumah. Kereta dia rosak." Aku menunduk. Takut dengan respon ayah.

"Tak habis-habis dengan usrah kau! Apa yang ada dengan usrah tu pun, aku tak tahulah! Aku suruh kerja dekat syarikat aku, kau tolak. Usaha sendiri konon! Kalau kau duduk dalam syarikat aku, kau dah goyang kaki, tak payah menyusahkan diri macam ni!" Ayah mula mengungkit. Ya, aku sedar harapan ayah. Cuma, aku tak bersedia.

"Esok, Fir masuk office." Aku mengalah. Memandang wajah ayah. Jelas riak bahagia di wajah ayah. Redha Fir... Redha...

"Sudah, kamu pergi tidur. Esok, kita ke pejabat sama." Bicara ayah lembut kali ini. Tiada lagi 'kau' 'aku'. Aku hanya mengangguk dan melangkah masuk ke rumah.

Setelah bersalaman dengan ayah, aku naik ke bilik. Membersihkan diri dan berwudhuk. Solat sunat taubat aku tunaikan. Setiap hari, pasti ada dosa. Jadi, wajarlah untuk kita bertaubat setiap hari. Hati kotor dengan dosa, mustahil tenang jiwanya.

Usai menunaikan solat, aku duduk menadah tangan dan berdoa. Entah mengapa, hatiku terlalu sebak kali ini. Deraian air mata teramat deras. Mungkinkah dosaku terlalu banyak? Allahu... Selesai berdoa, aku duduk di atas sejadah membaca al-Mulk. Setelah itu, aku mengibaskan tilam di atas katil yang menjadi sunnah Nabi. Hal ini seperti yang terdapat dalam riwayat al-Bukhari no.7393 disebutkan, "Hendaklah dia mengibaskan (membersihkan) tilam itu dengan hujung bajunya sebanyak tiga kali." Perkara ni, aku dapat tahu bila aku berkenalan dengan yang namanya liqa', usrah. Tak aku lupakan untuk membaca ayat kursi serta sunnah-sunnah lain sebelum tidur. Akhirnya, aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience