Chapter 5

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (5)

AKU duduk di tempat imam, membaca al-Quran sambil menanti kehadiran para pekerja. Satu muka surat aku habiskan dan surau juga sudah mula dipenuhi. Terdapat juga beberapa non-muslim yang datang ingin melihat. Memang sudah aku sediakan tempatnya.

Lima belas minit menanti, aku mula bangun dan meminta semua jemaah bersedia. Setelah memastikan semuanya baik, aku menerangkan serba sedikit tentang solat dhuha. Mungkin tak semua tahu atau ada yang dah lupa, jadi apa salahnya aku perjelaskan kembali.

"InshaaAllah, pagi ini kita akan menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah. Solat yang dikatakan sebagai solat yang memurahkan rezeki. Ringkasnya, solat ini boleh dilakukan 2 hingga 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat 1 salam....." aku menjelaskan dan mengajarkan niat. Selepas itu, aku mula membetulkan keadaanku berdiri dan mula mengangkat takbir setelah berniat.

Selesai 2 rakaat untuk hari pertama. Dapat aku lihat ada wajah yang basah dengan air mata. Ada wajah yang kelihatan lebih tenang dari sebelumnya. Ada juga yang bermuram durja mungkin kerana terkenang dosa. Usai berdoa, aku duduk menghadap makmum ingin memberikan sedikit tazkirah.

"Alhamdulillah... Bersyukur kita kepada Allah kerana, masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara pada pagi ini. InshaaAllah, saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai solat dhuha agar semua lebih bersemangat dan faham.

Seperti yang telah saya katakan tadi, solat sunat dhuha sebagai solat sunat yang menjadikan rezeki kita murah. Atau dalam bahasa mudahnya, dilimpahi rezeki. Tapi, jangan fikir rezeki itu hanya dengan kekayaan harta. Kita hidup hari ini pun, satu rezeki. Kejayaan yang bakal kita terima pun, satu rezeki. Dapat sesuap nasi pun rezeki. Dapat kekuatan hadir bersama menunaikan solat sunat dhuha ini pun, rezeki.

Jadi, apa yang sepatutnya kita minta dalam solat dhuha? Yang sepatutnya kita lakukan adalah sujud seikhlas hati, mengucap syukur sepenuh jiwa." Aku jedakan bicaraku sebentar. Melihat ke arah semua pekerja muslimin. Tenang.

"Mengapa pula bersyukur? Sebab, Allah telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat ke-7 yang bermaksud, 'Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih...'

Cukup jelas dinyatakan dalam ayat ini, bahawasanya bila kita bersyukur atas nikmat Allah, Dia akan menambah lagi kenikmatan. Tapi, kalau kita kufur terhadap nikmat kurniaan Allah, azab pedih buat kita nanti. Na'uzubillahi min zalik. Marilah kita banyakkan bersyukur. Moga Allah tambah rezeki yang lebih banyak dan diberkati buat kita.

Sekian sahaja tazkirah ringkas dari saya. Sekadar peringatan buat semua dan saya juga. Sebelum beredar, marilah kita bersama-sama, saling bersalaman agar mahabbah terus tersebar antara kita." Aku menyudahkan tazkirah ringkasku dan berdiri sambil berselawat. Para jemaah ikut bangun dan berselawat sama serta bersalaman dan berpelukan. MashaaAllah! Semua ini atas izin-Mu.

Setelah memastikan semua jemaah telah keluar, aku terus melakukan sujud syukur atas kenikmatan yang Allah bagi. Kenikmatan dapat melihat betapa ramainya insan yang hadir menunaikan solat sunat dhuha. Bersyukur atas nikmat, kerana ukhuwah antara majikan dan pekerja semakin erat. Selesai sahaja, aku terus menutup suis kipas dan kembali ke bilik pejabatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience