Chapter 11

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (11)

AKU memandang wajah semua ahli keluargaku. Melihat reaksi mereka merasa masakanku. Terpancar riak nikmat diwajah setiap mereka. Lega hatiku. Allah yang bagi sedap, Fir. Alhamdulillah. Aku masih menanti bicara dari mereka. Komen tentang masakanku. Siapa tahu, terlebih masin.

"Eh, asal adik nangis ni?" Farid tiba-tiba bersuara. Aku yang gelabah.

"Kenapa dik? Pedas sangat ke? Masin sangat ke? Tak sedap ke?" Tanyaku. Risau. Farha menggelengkan kepala. Makin risau aku dibuatnya.

"Dah tu, kenapa dik?" Farid di sebelah Farha bertanya lagi.

"Terharu abang Fir masak sedap sangat." Meja makan sudah riuh dengan gelak tawa. Aku menahan tawa dan hanya tersenyum kecil. Apa-apa sajalah adikku ini.

"Thanks abang Fir..." matanya dikelip-kelipkan beberapa kali kepadaku. Akhirnya aku ketawa. Comel sangat. Adik siapa la ni.

"Ni baru makanan dekat dunia. Agaknya, kalau makan dekat syurga, macam manalah nikmat dia ye... Tak payah kata makan, agaknya dapat tahu masuk syurga pun dah nikmat sangat. Ya Allah..." aku terlepas bicara.

Semua tercengang. Ya, memang seperti bukan aku yang sedang di hadapan mereka. Aku yang dulu, tak pernah kisahkan syurga neraka. Tapi, hari ini bersuara tentang syurga. Dulu, akulah yang paling brutal. Fikiran hanya enjoy. Tapi, tahun akhir di universiti telah mengubah segalanya. Aku cuma tersengih membalas pandangan terkejut keluargaku. Bukannya aku sengaja. Terlepas cakap je. Tapi, tu kan benda baik. Tak salah kot, cakap.

"Aku bangga dengan mung, abang Fir." Farid bersuara memandangku. Kali ini semua mata tertumpu pada Farid.

"Asal pulak?" Tanyaku. Siyes, aku hairan.

"Sebab, aku masih ingat betapa setan perangai kau dulu. Rambut karat, rantai, subang, merempit, macam-macamlah perangai lama kau. Sampai aku benci gile dekat kau. Sampai pernah terfikir tak nak mengaku abang. Cuma satu je, kau tak sentuh perempuan, kau tak merokok...."

"Abang Fir tak nak mati cepat sangat. Pasai tu tak merokok." Aku menyampuk.

"Habis tu, merempit tu tak bawak maut ke der?" Perlinya. Aku cuma tersengih menayang gigi.

"Aku sambung. Lepas apa yang kau dah pernah buat, aku tak pernah sangka kau boleh berubah macam ni." Ujarnya. Aku masih tersenyum dan terus menyuap nasi.

"Aku cakap dengan kau la!" Tanganku diketuk dengan sudu. Ceh. Mementang dah habis makan.

"Ye. Abang Fir dengar le... Satu je, hidayah tu milik Allah. Bila hidayah menyapa, sambut bagai tetamu istimewa. Tanda Allah masih ingat kita. Kalau tak sambut, kita rugi. Mungkin awal-awal rasa susah sebab dah biasa dengan tabiat waktu jahil. Tapi, percayalah Allah akan bantu. Janji Allah dalam surah al-Insyirah yang bermaksud, 'Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.' So, yakin dengan Allah. Hidup dengan cinta Allah, kita takkan kecewa." Aku menyudahkan bicara dan menyambung makan. Sungguh. Bicaraku dari hati. Siapa tak nak lihat keluarga berubah? Siapa tak nak ke syurga dengan family? Dan sekarang, masanya aku cuba tarik mereka kembali setelah tersasar dari landasan. Selamatkan mereka dari menjadi bahan bakar dalam api neraka kelak.

Ya Allah, bantu aku. Aku sayang mereka! Aku memanjat doa dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience