Chapter 19

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (19)

PETANG itu, aku dan keluarga duduk bersantai di tepi kolam renang yang terletak di bahagian belakang rumah ibu dan ayah. Tiba-tiba mata terbayangkan pisang goreng panas. MashaaAllah. Sedapnya. Mana nak dapat? Kawasan perumahan yang mewah begini, jangan haraplah ada yang menjual pisang goreng seperti yang aku inginkan. Kalau nak sangat, balik kampung Opah. Best sangat. Pisang goreng, cempedak goreng, apa-apa goreng entah lagi. Yang penting, opah masak semua sedap! Lazizah jiddan!

"Assalamu'alaikum...." terdengar suara memberi salam dari pagar hadapan. Aku menahan ibu yang ingin bangun ke depan.

"Eh, tak pe, bu. Biar Fir pergi tengok. Ibu dating je dengan ayah, ok?" Kataku sambil mengenyitkan mata pada ibu. Matanya dibesarkan tanda geram diusik begitu. Aku tertawa kecil namun langkah tetap diatur menuju ke ruang hadapan rumah.

"Assalamu'alaikum...." sekali lagi suara itu memberi salam.

"Wa'alaikumussalam...." sahut aku agak kuat sambil menyarung selipar.

Aku berjalan keluar dan membuka pagar kecil di sudut kiri pagar. Tempat pemilik suara itu berdiri. Aku tidak berapa cam siapa dia kerana dia seorang gadis. Aku silap menawarkan diri menyambut tetamu. Walhal, aku kaku dengan insan yang namanya perempuan yang tidak aku kenali. Apa aku nak buat ni? Kenapa perempuan ni diam je? Eh, Fir. Tetamu tu. Layanlah baik-baik. Jemput dia masuk. Hatiku berbisik halus. Nampaknya aku berperang dengan hati sendiri pula.

"Err...." kami bersuara serentak kemudian diam lagi.

"Jemputlah masuk...." akhirnya keluar juga ayat itu dari bibirku.

"Eh, tak pe la. Umi saya suruh saya hantar ni je. Nah, selamat menikmati." Katanya sambil menghulur sepinggan... pisang goreng? Subhanallah. Sungguhlah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pemurah.

"Err... okey... terima kasih...." aku menjawab ringkas sambil menyambut hulurannya. Sungguh, aku kekok.

"Sama-sama. Saya balik dulu, Assaamu'alaikum. Oh ya, sampaikan juga salam saya buat Mak Cik Aisyah." Dan gadis itu berlalu. Aku juga terus berpaling masuk ke dalam rumah.

Hampir sahaja aku berlanggar dengan Farha di hadapan pintu belakang. Sudahlah tangan ada makanan. Kalau jatuh tadi, memang sedihlah. Eh, Fir... Kalau jatuh, boleh ambil baliklah. Bersihkan kalau ada kotor, dan ngap masuk mulut. Itukan sunnah dan adab yang Nabi ajar terhadap makanan. Jangan sia-siakan atau bazirkan walau sebutir nasi. Bisik hatiku lagi. Namun, agak terkejut juga dengan kemunculan Farha yang tiba-tiba.

"Haa.... Masuk pun...." ujarnya dan berpatah balik ke arah meja bulat yang boleh menempatkan kami bertujuh.

Aku mengekori. Pisang goreng panas pemberian gadis tadi aku letakkan di tengah-tengah meja. Aku segera melabuhkan punggung di antara Farid dan Kak Farisah. Ibu memandang aku. Aku yang hairan bila menyedari pandangan ibu. Pisang goreng itu aku ambil seketul dan makan perlahan setelah membaca basmallah. Namun, persoalan tentang pandangan ibu masih belum hilang dari kepala.

"Kenapa, bu?" Akhirnya aku bertanya.

"Siapa datang tadi?" Tanya ibu. Adik-beradik yang lain hanya menjadi pemerhati. Saat santai begini, telefon semua di silentkan.

"Oh, ada sorang perempuan ni. Dia kata umi dia suruh hantar pisang goreng ni. Dia kirim salam dekat ibu." Aku menjawab ringkas.

"Perempuan, Bang Fir? Patutlah lama!" Farha mengusik.

"Wa'alaikumussalam. Orangnya macam mana? Sebab, jiran dekat sini memang pemurah. Asyik bagi makanan." Cerita ibu.

"Entah lah ibu...." seketul lagi pisang goreng sudah aku telan dengan tertib.

"Ibu macamlah tak kenal abang Fir kalau dengan perempuan macam mana...." Farha ketawa kali ini. Aku tersengih.

"Haa... tu lah... ibu nak pi tak kasi...." balas ibu. Aku cuma menggaru kepala yang tidak gatal tanda mengalah.

"Sudah la, Aisyah... Cubalah sayang join kami menikmati sedapnya pisang goreng ni...." gurauan ayah disambut tawa anak-anak. Sporting habis. Dah lama tak macam ni.

"Oh ya. Nak dengar kisah al-Fateh?" Aku cuba menarik perhatian.

"Eh, mestilah nak.... Dah lama ibu tunggu...." jawab ibu. Aku ketawa. Baru berapa jam je. Ibu... ibu...

"Sebelum tu, izinkan patik mendendangkan sebuah lagu berkaitan kisah beliau ini...." aku meminta izin.

"Beta izinkan!" Ayah melayan gurauanku. Sekali lagi gamat dengan tawa.

"Utusan Tuhan bersabda...
Kan datang satu ketika...
Derapan kuda kan tiba...
Bebaskan kota di Roma...

Tentera Fateh pun datang...
Hadith Nabi kuatkan iman...
Layar kapal rentas daratan..
'Tanduk Emas' dibantu Tuhan...

Tujuh puluh kapal pun tiba...
Byzntine gegak gempita...
Dua ratus ribu tentera...
Mimpi buruk sudah pun tiba...

Lapan ratus tahun penantian...
Konstantine akhir ditawan...
Panji Islam dikibar Hassan...
Tubuh syahid jiwa dikorban...

Itulah si anak muda...
Beraksi menggegar dunia...
Itulah sebaik raja...
Itulah sebaik tentera..."

Tepukan dari ahli keluargaku setelah habis menyanyi bergema hebat. Sedap sangat ke suara aku? Sudah Fir. Jangan perasan. Tu cuma kagum dengan lirik lagu je tu. Aku menyanyi pun, untuk beri sedikit gambaran tentang hebatnya Sultan Mehmed II tu. Kebijaksanaan beliau dalam memimpin pada usia muda. Menakjubkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience