Chapter 21

Romance Completed 5604

?TETAP SEORANG HAMBA (21)

SEJAK peristiwa hari tu, family aku kerap adakan usrah. Tak cukup sesama kami, ibu dan ayah panggil kerabat diorang. Ramai jugak yang datang. Kalau sepupu-sepupu aku, buat muka menyampah terus. Biasalah awal-awal nak kenal usrah. Kena paksa mak ayah pulak tu. Tak ikut nanti, jadi anak derhaka pulak. Jadi, aku menetapkan usrah family itu diadakan pada setiap hari sabtu. Santai selepas solat Asar berjemaah. Pagi, aku adakan usrah dengan rakan-rakan sepejabat.

"Ayah mintak maaf dekat Fir sebab sebelum ni selalu marah-marah Fir ikut usrah. Lepas ni, Fir pergi usrah, pergi la. Tapi dengan syarat." Jeda.

"Apa dia syaratnya, ayah?" Aku memang excited sungguh dapat izin ayah ni. Moga tiap langkah dipayungi redha Allah.

"Jangan lupa ajak kami sekali..." tergelak seisi keluarga yang mendengar. Aku cuma senyum.

"Boleh ayah. Boleh...." jawabku dengan senyuman bahagia.

Itu kes dua minggu lepas. Sejak aku kenalkan usrah, family semua jatuh cinta. Eh, cop, cop... Jangan salah faham. Bukan jatuh cinta dengan aku. Jatuh cinta dengan yang namanya 'usrah'. Usrah tu kan keluarga. Sepatutnya, keluarga yang sebaiknya dibina. Tiba-tiba aku teringat saat aku menerangkan maksud usrah dan rukun-rukun usrah di awal dulu.

"Usrah ni, ada tiga rukun."

"Usrah pun ada rukun ke?" Tanya salah seorang pak cik aku. Aku panggil dia Pak Tam.

"Ada, Pak Tam. Rukun yang pertama, ta'aruf yakni berkenal-kenalan." Aku menyambung penerangan.

"Kita kan dah kenal. Perlu ke kenal balik?" Perli seorang sepupuku. Perempuan. Dia memang dari dulu dengki dengan aku. Hahaha.

"Itu, kita kenal biasa-biasa. Simple as ABC. Ni, berkenalan sampai tahu macam-macam. Sampai rasa, paling dipercaya. Rasa macam semua ni memang keluarga yang rapat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat...."

"Hurm... sangat... sangat...." bicaraku dipintas sepupuku tadi. Aku tersengih.

"Sorry. Okey, rukun yang kedua, tafahum. Maksudnya, memahami. Atau dalam erti kata lain, mengambil berat. Memahami ni yang membawa kepada rukun ketiga. Takaful." Aku menjelaskan sscara ringkas.

"Takaful tu insurans kan, Fir?" Tanya seorang sepupuku yang sebaya denganku. Aku menahan tawa.

"Bukan, Fiq. Takaful ni, tolong-menolong. Contoh, bila salah seorang ahli usrah tengah susah, tak ada duit nak beli susu anak ke, tak ada kerja ke, sebagai seorang yang memahami, mestilah tolong dia sikit-sikit. Tolong doa pun tak apa. Tapi, eloklah kalau tolong kurangkan bebannya. Kalau mampu." Terangku tenang.

Itu pun cerita dua minggu lepas. Takaful, insurans. Boleh la, Fiq. Membantu jugak. Aku tersenyum sendiri. Macam dah tak betul pulak aku ni.

"Assalamu'alaikum..." suara memberi salam dari luar bilikku menyentak lamunan. Aku perbetulkan duduk.

"Wa'alaikumussalam. Silakan masuk!" Pelawaku. Pintu dibuka dari luar. Aku menanti insan itu masuk.

Akhirnya, terpampang wajah salah seorang pekerjaku di hadapanku. Wajahnya tenang dengan senyuman kebahagiaan. Aku ikut terasa tenang. Aku terpaku. Terkedu. Terharu. Di hadapanku ini, bukan pekerja biasa. Dia adalah....

"Tuan, alhamdulillah. Saya dah kembali pada Islam. Terima kasih atas bimbingan Tuan selama 5 bulan ini. Saya sangat cinta Islam. Sangat indah." Ya, dia non-muslim yang belajar denganku sebelum ini. Aku terus melaksanakan sujud syukur. Sungguh, aku gembira.

"Ahlan wa sahlan saudara baru. Alhamdulillah. Kamu tukar nama?" Tanyaku sambil melepaskan pelukan.

"Ya. Nama saya sekarang, Salman al-Farisi. Saya terkesan dengan kisah yang Tuan pernah ceritakan dulu." Jawabnya jujur.

"MasyaaAllah. Saya fikir, Salman Khan tadi..." aku bergurau dan kami tertawa bersama. Patutlah wajah berseri-seri. Sudah kembali pada fitrah insani.

"Keluarga kamu macam mana?" Aku memang mengambil berat hal mad'u.

"Alhamdulillah. Mereka semua okey, cuma adik saya yang tentang. Tapi, macam Tuan pernah cerita, walau tak sama agama, saya tetap perlu hormat. Jadi, saya cuba praktik akhlak Nabi ajar. Mohon doa Tuan agar family saya juga dapat merasai dan menyedari keindahan islam." Pintanya.

"InshaaAllah Salman." Balasku.

"Okey, Tuan. Saya pergi sambung kerja dulu." Dia meminta diri.

"Baik. Nanti lunch dengan kami." Aku mengajak. Lunch di kantin pejabat yang mengikut sunnah. Dia mengangguk dan keluar dari pejabatku.

Aku tak henti melafaz kesyukuran. Besarnya rahmat Allah. Diberi keinsafan dalam keluargaku, dicampak pula hidayah pada pekerjaku. Subhanallah! Namun, ini bukan tiket aku bersenang lenang. Bukan. Ini tandanya, masih banyak yang perlu aku lakukan. Untuk umat ini. Ya, umat yang sedang tenat kini.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience