Chapter 3

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (3)

MASUK sahaja ke dalam pejabat, semua pekerja berdiri. Aku jadi pelik. Bos datang pun sampai berdiri macam ni? Allah panggil buat selamba dek je. Haish... Manusia. Seingat aku, ini kali kedua aku jejak kaki ke sini. Sudah banyak yang berubah. Aku mengikuti langkah ayah ke pejabatku.

"Ini bilik Fir. Ok tak? Kalau tak ok, ayah boleh suruh pekerja ayah ubah...." kata ayah dengan wajah berseri-seri. Wajah yang tak pernah aku lihat bila aku berkata hendak ke usrah.

"Ok dah ni, ayah." Balasku dengan senyuman. Memang bilik ini sudah tampak sangat menarik.

"Betul ni? Kalau ada yang tak kena, Fir call Shukri..." kata ayah. Aku tersentak dari lamunan.

"Shukri? Shukri Abbas?" Aku bertanya. Ayah mengangguk.

"Ya Allah! Kawan lama Fir tu! Lama dah tak jumpa!" Aku terlebih excited. Rindu tak tertanggung terhadap kawan sejak umur tadika.

"Fir pergilah jumpa dia. Tingkat 8." Kata ayah memahami. Aku tersenyum. Bilik aku tingkat 10. Dekat sangat tu!

Aku menghantar ayah keluar hingga ke kereta untuk pulang ke rumah. Kemudian kembali ke bilik yang asalnya bilik ayah, tapi kini beralih menjadi bilik aku. Beratnya amanah ini. Aku duduk di tempatku dan memandang ke sekeliling. Cantik sangat keadaan dalam pejabatku. Tapi, seperti ada kekurangan.

"Allah!" Aku terjerit sedikit. Tiada al-Quran di situ. Tiada sejadah, tiada ruang solat. Aku harus ubah.

Cepat-cepat aku melangkah turun ke tingkat 8. Padahal aku boleh sahaja memanggil pekerja naik ke bilikku. Tetapi, sekarang ini yang perlukan bantuan adalah aku. Jadi, haruslah aku yang datang meminta pertolongan. Seperti mana meminta pertolongan dari Allah. Kitalah yang harus merangkak berjalan ke arah-Nya.

Pintu kaca di tingkat 8 itu aku tolak perlahan. Semua pekerja berdiri. Aku membiarkan. Akan ku ubah cara mereka nanti. Aku terus ke meja setiausaha. Akibat pakaiannya yang agak menjolok mata, aku hanya memandangnya sekilas dan terus bertanya bilik Shukri.

"Err.... Di mana ya bilik Shukri?" Tanyaku sambil memandang ke dinding. Lantaklah orang nak kata sombong. Suruhan Allah untuk menundukkan pandangan lebih aku ambil kira. Perintah yang satu itu, berjuta hikmahnya.

"Tuan jalan ni terus, dan belok kanan. Bilik Encik Shukri yang pintu warna hitam." Suaranya sengaja dilunakkan. Aku terasa hendak muntah. Setelah mengucap terima kasih, aku terus berlalu ke bilik Shukri.

Aku mengetuk pintu dan memberi salam. Terdengar dari dalam suara membenarkan aku masuk. Mungkin tak mendengar atau tak perasan dengan ucapan salamku. Aku memulas tombol pintu dan terus masuk ke dalam. Shukri terus berdiri melihatku.

"Maaf tuan. Saya tak tahu Tuan yang datang. Silakan duduk, Tuan. Ada apa Tuan nak jumpa saya? Kenapa tak panggil saya ke bilik Tuan je?" Bertubi-tubi aku diterjah.

"Shukri, tak kenal saya ke?" Tanyaku sedikit formal.

"Maaf Tuan." Katanya takut-takut. Tertawa kecil aku dibuatnya.

"Shuk! Kau tak kenal aku?" Tanyaku dengan bahasa biasa kami.

Dia merenung aku dalam-dalam. Ditenung aku lama-lama. Aku membiarkan. Mungkin sedang cuba mengingat. Aku tersenyum sehingga terlihat lesung pipit di pipi kanan dan kiri. Membulat mata Shukri.

"Kau! Weh, rindu gila kat hang!" Kami pun berpelukan.

"Kau macam mana sekarang?" Tanyaku.

"Macam ni la. Sihat je. Kau? Dah kahwin ke? Segak semacam aku tengok. Muka dah macam bapak orang." Katanya. Aku tertawa lagi.

"Ayat cantik sikit eh... Aku still bujang lagi..." jawabku. Setelah berbasa-basi, aku menerangkan maksud kedatangan ku. Memberitahu hajat.

"Sebenarnya, aku nak kau...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience