Chapter 4

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (4)

SEMINGGU berlalu dan kerja-kerja penambahbaikkan di bangunan syarikat sudah selesai. Ayah telah menyerahkan segalanya pada aku. Katanya, dia ingin berehat sahaja di rumah. Yakin dengan kemampuanku. Aku memandang ke ruang bilikku. Satu rak aku letakkan al-Quran dan bahan ilmiah.

Polisi dalaman dan etika bekerja di syarikat ini juga sudah aku susun semula setelah mendapat keizinan ayah. Pelbagai peraturan baru aku letakkan. Peraturan yang lebih mematuhi syariat. Aku masih ingat lagi betapa terkejutnya para pekerja membaca peraturan baru yang telah aku tetapkan. Peraturan yang mula berkuatkuasa hari ini.

Jam di dinding berbunyi menunjukkan reminder. Reminder untuk solat dhuha. Aku bangun dari tempat duduk dan keluar ke dari bilikku. Peraturan pertama, pakaian menutup aurat, mengikut ketetapan syar'i, sudah terlaksana. Dan, peraturan kedua bakal dilaksana.

"Jom semua, solat dhuha. Buat annoucement, ajak semua pekerja muslim. Saya tunggu di surau tingkat satu." Arahku pada setiausahaku, Cik Arifah.

"Baik, Tuan..." aku terus mengatur langkah ke lif untuk turun ke tingkat 1.

"Minta maaf pada semua yang sedang bekerja. Perhatian kepada semua pekerja yang beragama Islam, Tuan Fir menyeru agar semua pekerja muslim ke surau di tingkat satu untuk melaksanakan solat sunat dhuha. Harapnya semua dapat hadir." Pengumuman dibuat oleh Abang Harith. Ya, aku tak membenarkan perempuan membuat pengumuman. Jadi, tugasan itu, aku khaskan.

Aku sempat berhenti di setiap tingkat untuk memanggil sendiri para pekerja di setiap tingkat. Sampailah di tingkat satu, setelah memanggil pekerja di tingkat satu, aku terus ke surau dan berwudhuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience