Chapter 9

Romance Completed 5604

TETAP SEORANG HAMBA (9)

TOK! Tok! Tok!

Aku terdengar bunyi ketukan di pintu. Baru nak berangan sekejap. Eh, kau ni Fir. Entah-entah ada hal penting ke tu. Baik kau bukak pintu tu cepat. Nanti kau menyesal baru tahu. Eish, apa hati aku merepek ni?

"Fir, jom turun. Semua dah tunggu." Kakak aku!

"Jap, kak..." aku bersuara.

"Five... four... three... two... on....." tak sempat kakak aku menghabiskan kiraan, aku sudah buka pintu.

Bukan boleh buat main adik beradik aku ni. Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Ganas. Silat dengan taekwando dalam tangan. Walaupun aku paling hebat antara adik beradik dalam seni mempertahankan diri, tapi kalau adik beradik perempuan aku mengamuk dan belasah aku, tak pernah aku lawan. Baik tak aku? Eh....

"Ada siapa je dekat bawah sana?" Tanyaku sambil bersandar ke pintu.

"Ada semua.... Dah, jom la...." tanganku ditarik dan aku terpaksa menurut untuk turun ke bawah.

"Woah! Sejak bila macam ni, Fir?" Abang aku, Fahmi mendekati aku dan membuka kopiahku.

"Pergh... Hilang sudah rambut karat kau... Hitam asli ni!" Semua tergelak mendengar perlian Abang Fahmi.

Aku cuma tersenyum dan mengambil tempat di sebelah Farha. Dia menjelingku tajam. Aku ketawa kecil. Seronok melihat wajahnya yang marah dan geram. Comel. Kulit yang putih, kemerah-merahan. Sesuailah dengan namanya Farha Humaira'. Seluruh ahli keluargaku seronok berbual. Aku cuma bersuara apabila disoal. Memang satu sikapku dari kecil. Lebih suka memerhati dan mendengar berbanding bersuara.

"Fir, bila nak kahwin?" Terus tersembur keluar teh yang aku minum. Nasib baik kena dekat diri sendiri je.

"Bila dah sampai masa...." jawabku sambil mengelap bajuku yang basah dengan tisu.

"Kau dah ada calon belum?" Aku memang rimas bila disoal tentang jodoh.

Memang la, aku kaya, berupa, petik sekali 10 datang, petik sepuluh kali, 100 datang, tapi aku pun impikan seorang wanita solehah menjadi isteri. Wanita beragama yang benar-benar mampu menjadi madrasah terbaik buat anak-anakku nanti. Eh, jauh sangat aku fikir ni. Tapi, tak salah pun apa yang aku fikir. Nabi SAW sendiri menyuruh kita memilih yang terbaik, iaitu yang beragama. Bila beragama, semua jadi cantik. Kalau dia cantik dan beragama, maka cantik itu bonus. Bila dia dari keturunan yang tinggi dan mulia, lalu beragama, maka keturunan yang ada itu satu kelebihan. Andai berharta serta beragama, maka harta yang ada itu adalah hadiah. Bukan hanya lelaki layak memilih, malah perempuan juga digalakkan.

"Ada dah..." selamba aku jawab.

"Siapa?" Tanya kakak aku. Semua menanti jawapan.

"Ajal." Aku bingkas bangun dan terus masuk ke bilik untuk menukar baju. Aku tahu mereka tergamam dengan jawapanku. Tapi, aku serius dalam bicaraku. Yang hampir denganku kini, hanya mati. Bukan hanya aku, malah setiap insan di dunia ini, andai mereka ssdar mati itulah yang paling dekat sekali dibanding segala yang lain.

Ya Allah, matikanlah aku dalam husnul khotimah. Matikan aku dalam keimanan yang teguh. Terlantun doa indah dalam hati. Mati dengan cara baik, pastinya impian semua. Kecuali, insan yang takutkan kematian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience