BAB 7

Romance Completed 23457

Amanina mengeluh perlahan . Pejam celik , sudah beberapa minggu dia tinggal di rumah Pakcik Mohmad .
Semua persiapan perkahwinannya telah disiapkan . Makcik Aishah dan Pakcik Mohmad kelihatan amat gembira . Niena terasa senang kerana dapat membahagiakan mereka .
Cuma , itulah hatinya sakit setiap kali memandang Ayub . a . k . a . pakcik askar !

Ayub memerhatikan Amanina dari jauh . Dia tersenyum seraya mendekati gadis itu .

" Jauh termenung . Dah sampai mana ? " usik Ayub . Dia mengambil tempat di sebelah Niena .

Eh , ada je orang tua ni !

" Dah sampai Nepal , apahal ? "

Amboi , sombongnya .

" Oh , jauh tu . Jumpa jalan balik tak ? "

" Tak jumpa . Tak balik pun tak apa . Aman sikit . "

Ayub menoleh .
Aik , selama ni ada peperangan ke sampai tak aman ?

" Niena .. "

" Taknak . " potong Niena sebelum sempat Ayub menghabiskan ayatnya .

" Dengarlah dulu . "

" Taknak . Taknak dengar . Taknak ikut . " tegas Amanina .

Ayub menarik nafas dalam dalam .

Memerlukan kesabaran betul bercakap dengan minah ni .

" Ibu suruh kita pergi pekan . Cari baju kahwin . "

Amanina memandang sekilas .

What ? Baju kahwin ? Dengan orang tua ni ?

" Taknak . Tak payah membazir . " tolak Niena .

Ayub mengerutkan kening .

" Dah tu , kahwin nanti nak pakai apa ? Guni ke cik adik sayang ? "

Amanina membuat gaya hendak muntah .
Sayang ? Euw , sapa yang nak sayang dia entah .

" Pakailah baju kurung ke . Kalau nak warna putih , baju sekolahkan ada . Sarung je . Nak cun lagi , macam awak cakap tadi . Pakai guni baja . Jimat sikit . " perli Niena .

" Ha , okey jugak . Lepastu , orang yang datang kita jamu dengan baja tu . Kalau tak cukup , carik rumput kita bagi diorang makan . Minum air paip je . Lagi jimat . " balas Ayub .

Amanina menjeling .
Ee , nak gaduh orang tua ni .

" Ha , yelah yelah . Petang nantilah keluar . Sekarang pukul 9 pagi . Kedai mana je yang buka . Stesen minyak bukalah . "

" Okey sayang ! " jawab Ayub . Sengaja dia mahu menyakitkan hati Amanina .

" Bahasa tu jaga sikit . Tak payah nak bersayang sayang . Bernanah tahu tak telinga ni dengar . "

" Ala , kena practice . Nanti dah kahwin senang . Tak ada malu malu . " usiknya lagi .

Sayang ? Abang ? No !

" Tak payah nak practice sangat . Dah kahwin ke , tak kahwin ke , saya tak akan panggil awak sayang . Euw , no way ! "

" Yeke ni ? Jangan yakin sangat . Takut jatuh hati nanti . " Ayub mengangkat keningnya sambil tersenyum nakal .

" Saya jatuh hati dekat awak ? Awak buat lawak ke apa ? Masuk maharaja lawak lah lain kali . Pagi pagi dah merepek . " sindirnya .

" Nak ke mana tu ? Jomlah sembang lagi . Tengah syok ni . " soal Ayub apabila melihat Amanina bangkit dari tempat duduknya .

" Sembanglah sorang sorang . Saya nak tolong makcik Aishah. Malas duduk situ lama lama . Banyak hasutan syaitan . "

" Bukan bulan puasa syaitan kena ikat ke ? "

" Memanglah kena ikat . Cuma ada seekor syaitan ni . Terlepas agaknya . " ujarnya sambil matanya mengerling memandang Ayub .

Ayub terdiam .
Eh , aku dikatanya syaitan ? Punyalah macho kacak bergaya ni . Takkanlah tak nampak .

Amanina terduduk kepenatan . Hampir 10 kedai mereka pergi namun , tiada satu pun baju yang dibeli . Penat je yang lebih .

Susah betul berjalan dengan orang tua ni . Semua baju tak kena . Tak sukalah . Ketatlah . Kosong sangatlah .

" Niena , penat ke ? "

Amanina memandang serius .

" Eh , taklah . Kalau ajak jalan lagi seratus kedai pun boleh . Saya mana pernah penat . "

" Ha , baguslah . Lepasni , kita pergi seratus kedai ye ? " Ayub menekankan suara apabila mengucapkan perkataan seratus .

Niena menahan geram .
Ee , orang tua ni . Menyusahkan betul . Dah nampak aku penat , boleh tanya lagi soalan bodoh . Menyakitkan hati orang pula tu .

Ayub tersenyum jahat .
Heh , kau ingat kau sorang je boleh main sindir sindir . Aku pun boleh . Ini Ayublah .

" Lama lagi ke ni ? Bila nak balik ? Dari pukul 2 kita keluar sampai pukul 5 , satu barang pun tak beli . Buang masa je . "

" Sabarlah . Tak ada baju yang sesuai . Saya kenalah nampak segak time kahwin nanti . "

" Itulah , time muda taknak kahwin . Bila dah jadi warga emas sibuk nak kahwin , tu yang banyak songeh tu . " ujar Amanina melepaskan rasa geram .

Ayub tidak mahu mengalah .

" Itulah . Punca awaklah ni . Siapa suruh lahir lambat sangat ? Saya hanya boleh kahwin dengan pemilik tulang rusuk saya je . "

" Tulang rusuk apa bendanya ? Lelakikan boleh kahwin 4 , banyak betul tulang rusuk awak ye ? "

Ayub tersenyum nakal .

" Kahwin 4 ? Nak ke saya kahwin 4 ? Kalau awak bagi greenlight , saya on je . " jawab Ayub .

Wah , wah ! Gatalnya dia ni . Umur dah layak masuk kubur pun ada hati nak berbini 4 .

" Eh , boleh . Jangan kata greenlight , dengan tiangnya sekali saya boleh bagi . Tapi , ceraikan saya , habis cerita . "

Ayub merenung Amanina .
Cerai ? Senangnya hidup .

" Aik , apani ? Belum kahwin dah cakap pasal cerai . Tak mahulah , kahwin 2 ke 3 ke 4 ke . Cukup ada Amanina Aulia seorang je dalam hati saya . Saya tak minta lebih . " jujur Ayub . Dia masih lagi merenung wajah Amanina yang putih bersih .

Renungannya membuatkan Niena tidak selesa .

" Pandang lama lama buat apa ? Cucuk biji mata tu baru tahu . Biar jadi macam Kassim Selamat . " ujar Amanina .

" Saya tak kisah pun . Sebab cinta Kassim Selamat suci bersih . Dia setia pula tu . Dia lagi rela buta daripada lihat orang yang dia sayang dengan orang lain . Walaupun ada Chombi , tapi hati dia tetap tak berubah . "

Ha , sudah . Jiwang karat pula orang tua ni . Aku nak balik tahu tak ? Bukan nak dengar cerita Kassim Selamat kau tu . Ada yang tak selamat ni karang !

Malas mahu melayan , Amanina terus pergi tanpa mengucapkan apa apa perkataan .

Eh , dia ni . Nak marah je tahu . Sikit pun tak appreciate . Orang baru nak feeling feeling sweet .

Melihatkan Niena semakin menjauh , Ayub segera mengejarnya .

Kalau dah namanya Amanina Aulia , mana pernah lembut hatinya .

" Niena , tunggulah ! " panggil Ayub .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience