Amanina berjalan lemah ke kelas . Otaknya serabut memikirkan pinangan tempoh hari . Ayahnya kelihatan berharap supaya dia mengahwini anak Pakcik Mohmad .
Dia tidak mahu menghampakan ayah . Tapi , dia tidak bersedia untuk berkahwin lagi .
Aduh ! Serabut !
Suhaila memandang Amanina dari jauh . Kering tekaknya menjerit memanggil nama Amanina . Dia nekad . Dia terus berlari mengejar Niena . Ditepuknya bahu Amanina secara tiba tiba .
" Oh mak ! Niena taknak kahwin ! " latah Amanina . Kuat pula tu . Semua mata memandangnya . Wajahnya bertukar merah .
Suhaila ketawa terkekeh . Amanina memukul Suhaila .
" Aduh , sakit Niena ! " jerit Suhaila .
" Ha , padan muka kau ! Siapa suruh buat aku terkejut macam tu ? " marah Niena . Dia memeluk tubuh .
" Hei , baik sikit . Penat tau aku panggil kau . Kau tu je yang berangan . Dah sampai Nepal agaknya . " perli Suhaila .
" Mana ada aku berangan . Aku cuma ... cuma .. "
" Cuma apa ? " potong Suhaila .
" Cuma tak dengar ! Dahlah aku nak masuk kelas . " ujar Amanina menukar topik .
" Tengok tu ! Tukar topik ! Ala , relaks lah Niena . Cikgu Kamarul kan selalu masuk lambat . Dahlah harini satu hari kelas dia je . Addmath ! "
" Niena , harini aku bawak duit RM 200 . Jom lepak pekan . " ajak Suhaila sambil menunjukkan dompet merah jambunya itu .
" Amboi Su , kayanya engkau . Aku mana ada duit . Engkau bawa duit banyak ni tak takut kena curi ke ? "
" Ala , mana ada orang tahu pun . Kau seorang je yang tahu . Jomlah Niena . " pujuk Suhaila lagi .
" Taknak ! Kau nak pergi , pergi seorang . Aku taknak join . Bye ! " tegas Niena sebelum masuk ke dalam kelas .
Suhaila mengeluh berat .
Niena ni , keras betul hati !
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat . Semua pelajar keluar dari kelas . Tinggal Suhaila dan Amanina sahaja di dalam kelas .
" Niena , aku tak tahan sangat nak pergi tandas ni . Kita jumpa kat kantin nantilah . Okey bye ! "
Suhaila terus berlari ke tandas .
Amanina ketawa kecil .
" Su , Su , teruk betul perangai . "
Baru sahaja Amanina mahu bergerak , dia tersepak sesuatu di lantai .
Eh , dompet Su ?
Amanina mengutip dompet itu . Dia membuka dompet itu .
Fuh , nasib baik ada lagi duit RM 200 Su . Kalau tak boleh meroyan si Su tu .
Melihatkan duit itu , Amanina teringat mengenai hutang yang harus dilunaskannya . Duitnya tidak cukup lagi RM 100 . Dia memandang kiri dan kanan . Kot kot , ada yang nampak dia memegang dompet itu .
Amanina kaku seketika , sepertinya sedang memikirkan sesuatu . Dia menarik nafas dalam dalam . Dompet diambil lalu disimpan di dalam beg .
Amanina tersenyum gembira . Selesai masalahnya . Dia melangkah ke kantin dengan hati yang riang .
Cikgu Kamarul masuk ke kelas dengan wajah yang tegang . Suhaila membuntuti cikgu Kamarul dengan wajah yang muram . Amanina pelik .
Apa sebenarnya yang berlaku ?
" Okey class , sila berdiri di tempat masing masing . Kita akan melakukan pemeriksaan . Suhaila kehilangan dompetnya . " terang cikgu Kamarul .
Amanina terkejut .
Pemeriksaan ?
Satu persatu beg pelajar diperiksa . Hinggalah sampai di tempat duduk Amanina . Begnya diselongkar .
Suhaila terkedu . Apa yang dijumpainya sukar untuk dipercayai . Dompetnya berada di dalam beg Amanina .
Amanina kaku .
" Su , aku tak tahu macam mana dompet tu boleh ada dalam beg aku . Percayalah aku Su . " pujuk Amanina .
Suhaila diam . Jelas diwajahnya yang dia amat marah .
" Amanina , sila ikut saya ke pejabat . Kita perlu berjumpa pengetua . " arah cikgu Kamarul .
" Tapi , saya tak salah cikgu . " terang Amanina .
" Kita akan berbincang di pejabat . " tegas cikgu Kamarul . Wajah Amanina bertukar merah . Sungguh dia malu . Semua pelajar memandangnya .
Ya Allah , hanya padamu aku berserah , doa Amanina .
Di pejabat , Amanina duduk kaku . Pengetua memerhatikannya .
" Amanina Aulia , pelajar terbaik sekolah . And this happen ? Ada apa apa kamu nak cakap ? "
" Tuan , saya tak salah tuan . Saya tak tahu macam mana dompet Suhaila boleh ada dalam beg sekolah saya . "
" Memang dompet saya tu berjalan masuk dalam beg sekolah dia pun tuan . " sindir Suhaila yang sejak tadi berdiam diri .
Hati Amanina terasa sakit dituduh sedemikian .
" Masalahnya , aku tak ambil . Ada orang yang sabotaj aku . " ujar Niena .
" Siapa ? Aku ? Oh , entah entah kau fikir aku ambil dompet aku lepastu letak dalam beg kau . Macam tu ? "
" Astaghfirullah hal a'zim , Su aku tak pernah tuduh kau . "
" Tak perlu kau nak berlagak alimlah . Aku tahulah engkau tu miskin , tapi tak perlulah sampai nak curi duit aku . Aku tak sangka busuk betul hati perut engkau tu . Sebab itulah , Allah bagi ayah kau cacat . " herdik Suhaila .
Amanina mula terasa bengang . Dia berdiri lalu menampar muka Suhaila . Suhaila jatuh terduduk . Dia mengusap pipinya yang terasa pedih pedih sakit .
" Engkau jaga sikit mulut engkau tu ! Jangan libatkan ayah aku dalam masalah ni . Kau cakap buruk pasal ayah aku lagi , tahulah nasib kau . "
" Kau nak buat apa ? Nak bunuh aku ? Wau ! Mula mula mencuri , lepastu membunuh . Kasihan ibu dengan ayah kau sebab dapat anak tak guna macam kau ni . " balas Suhaila tidak mahu mengalah .
" Sudah ! Dua dua diam ! " tegas Tuan Pengetua .
" Amanina Aulia , beritahu saya awak ada pegang atau tidak dompet Nur Suhaila ? " soal pengetua .
Amanina diam seketika .
" Ada tuan , tapi .... "
" Ha , nampak tuan ! Dah terang terang dia mengaku yang dia curi dompet saya . Nak siasat apa lagi . Buang sekolah je dia ni . " potong Suhaila sebelum sempat Niena menghabiskan ayatnya .
" Aku cakap aku ada pegang . Aku tak cakap aku ada curi dompet engkau . Telinga tu pekak ke ? Dengarlah dulu penjelasan aku . " bantah Amanina .
" Perlu ke aku dengar penjelasan dari mulut pencuri macam engkau ni ? " sindir Suhaila .
Terasa membengkak hati Amanina . Mahu sahaja dia menumbuk muka Suhaila .
" Nur Suhaila ! Diam ! Saya tidak bercakap dengan kamu ! " marah pengetua .
Suhaila merengus geram .
Tidak pasal pasal aku pula kena tengking . Tak guna punya Amanina .
" Saya mengaku memang saya ada pegang dompet dia . Tapi , selepas tu saya letakkan balik dalam beg dia . "
" Then , dompet aku melompat masuk beg kau macam tu ke ? " Suhaila tersenyum mengejek .
Amanina diam . Tidak kuasa dia mahu melayan Suhaila . Gadis itu benar benar melukakan hatinya .
Pengetua menggeleng kepala melihatkan perangai Suhaila . Dia bukan mahu menyebelahi Amanina tetapi dia tidak boleh membuat keputusan tanpa sebarang bukti yang kukuh .
Kedengaran ketukan di pintu . Muncul wajah cikgu Kamarul .
" Tuan , saya dah siasat . Dan saya dah tahu siapa punya angkara semua ini . " ujar cikgu Kamarul . Matanya silih berganti memandang Suhaila dan Amanina .
" Siapa orangnya ? " soal pengetua .
" Saya rasa baik tuan tengok rakaman CCTV ni . "
What ? Dalam kelas ada CCTV ? Kenapa aku tak tahu ? Getus hati Amanina
Suhaila tersenyum . Dia amat yakin bahawa Amanina yang mahu mencuri dompetnya .
Amanina redha . Dia tidak bersalah buat apa hendak takut . Dia tahu , Allah sentiasa melindungi orang yang teraniaya .
Pengetua mengeluh berat . Entah apa yang terjadi kenapa generasi muda zaman ini .
" Selepas meneliti rakaman video tadi , dapat dibuktikan yang Amanina memang tidak bersalah . Dia disabotaj . " kata pengetua .
Suhaila terdiam .
Takkanlah . Habis tu siapa yang buat ?
" Cikgu Kamarul , bawa masuk pesalah kita . "
Cikgu Kamarul mengangguk . Lalu dipanggilnya dua orang gadis itu masuk ke dalam bilik .
Amanina terkedu .
Ya Allah , diorang rupanya yang aniaya aku .
" Warda ! Iesya ! Ini rupanya kerja engkau berdua . " sergah Suhaila . Merah wajahnya menahan amarah .
" Maafkan kami , Niena . Kitorang tak mahu digantung sekolah . " pujuk Warda .
Amanina diam . Pura pura tidak dengar .
" Tuan , boleh saya minta izin nak balik ? Sekarang dah pukul 3 . Saya ada banyak lagi kerja nak buat . " pinta Amanina . Dia sudah penat . Penat mahu melayan drama manusia .
" Kamu tak mahu bersihkan nama kamu ? " soal cikgu Kamarul kehairanan .
" Tak perlulah cikgu . Asalkan dah terbukti yang saya tak salah , itupun dah cukup bagus . Saya minta diri dulu ye . " ujar Amanina . Dia bangkit lalu meninggalkan Iesya dan Warda yang tidak henti henti merayu kepadanya .
Suhaila hanya mampu melihat Amanina berlalu pergi .
" Ya Allah , apa yang aku dah buat ni ? " ujar Suhaila separa berbisik .
Share this novel