BAB 3

Romance Completed 23457

Amanina menyapu di halaman rumah . Banyak daun daun pokok manggis yang gugur . Buahnya saja yang belum gugur . Matanya melilau lilau memandang sekeliling . Matanya tertumpu kepada pokok mempelam .

Ni kalau cicah dengan kuah rojak ni , pergh sedap ni .

Niena bingkas bergerak ke pokok mempelam lalu memanjatnya . Walaupun digigit kerengga , itu tidak mematahkan semangatnya .

Betul kata ayah , kalau kita berbudi dengan tanah , kita akan dapat hasilnya . Ayah memang suka menanam pokok pokok buah buahan . Senang untuk makan , katanya .

Sedang dia asyik memetik buah mempelam , dua buah kereta mewah masuk ke perkarangan rumahnya .

Seorang lelaki berumur keluar dari kereta mewah itu .

" Assalammualaikum "

" Waalaikummussalam , kejap . " sahut Amanina .
Lelaki itu tercengang mencari suara Amanina . Terlopong mulutnya melihat Amanina turun dari pokok mempelam .

" Maaf pakcik , pakcik cari siapa ye ? " soal Niena lembut .

" Pakcik datang ni sebenarnya ada hajat . " Amanina menelan air liur . Hajat ? Pakcik ni nak tumpang tandas ke apa ?

" Er , jemput masuk dulu . Panas dekat luar ni . " pelawa Niena .

Niena membawa sedulang air minuman ke ruang tamu . Wajahnya nampak tenang namun , di dalam hatinya terbit seribu satu soalan .

Bukan main ramai lagi pakcik ni bawa geng . Dah kenapa ni . Ayah ada berhutang ke dengan pakcik ni ? Ya Allah , minta tak ada benda buruk yang jadi .

" Jemput minum pakcik , makcik . " pelawa Amanina .

" Se .. benarnya .. a .. da ... hajat .. ap ... a .. tuan .. d .. dan .. p .. puan .. da ... tang ? " soal ayah .

Pakcik itu diam . Dia meneliti wajah Pak Samad .

" Samad ke ni ? " soal pakcik itu tiba tiba .

Pak Samad mengangguk . Dia pelik bagaimanakah lelaki itu mengetahui namanya .

" Ya Allah Samad , akulah Mohmad ! SMK Kuala Besut ? "

Aduh , pakcik ni . Mengimbau memori lama pula . Aku dah tak sabar nak tahu kenapa dia datang . Dengan makciknya pakai baju kurung .
Sambutan hari raya ke ? Tapi belum puasa lagi , haih .

" Ya Allah , ... Moh .. mad ! La .. ma .. dah kita ... t .. tak ju ... jumpa . " ujar Pak Samad . Wajahnya kelihatan ceria .

" Itulah , sejak kau pindah dulu . Terus kita tak berhubung dah . Ni , orang rumah kau mana ? " soal Pakcik Mohmad .

Pak Samad terdiam seketika .

" D .. dia dah la .. ma .. tak ada . "

" Innalillahi wainna illaihi rajiuun , maafkan aku Mad . Aku tak tahu . "

" Tak .. a .. apa . "

" Ini anak gadis kau ke ? " soal Pakcik Mohmad menukar topik .

" Siapa namanya ? " soal makcik itu setelah lama berdiam diri .

" Amanina Aulia . " jawab Niena .

" Cantik namanya . Macam orangnya , manis sahaja dipandang . " puji makcik itu .

" Nama makcik , Aishah . " tambah wanita itu lagi .

Amanina mengangguk sambil tersenyum .

" Sebenarnya kau sakit apa Samad ? Lemah je aku tengok . " soal Pakcik Mohmad .

Pak Samad mahu menjawab soalan itu , namun dia terasa amat letih . Niena yang menyedari keadaan itu , terus menjawab soalan itu .

" Doktor sahkan ayah kena serangan angin ahmar . Lagi burukkan keadaan , sebab ayah dah memang ada penyakit jantung . " jawab Amanina . Wajahnya tampak murung .

" Sabar ye Amanina . Setiap dugaan Allah ada hikmah . Habis tu segala pembelanjaan rumah siapa yang tanggung ? " soal Makcik Aishah pula .

" Se .. semua ..nya .. Nie .. na yang .. t .. tang ..gung . " jawab Pak Samad .

" Oh , Amanina dah kerja ke ? " tanya Pakcik Mohmad .

" Tak , saya sekolah lagi . Baru form 5 . Saya ambil upah jual nasi lemak dekat warung depan tu . Kadang kadang , saya ambil upah memasak untuk majlis kecil kecil . " jawab Niena .

Makcik Aishah mengangguk tanda faham . Timbul rasa kasihan di dalam hatinya apabila melihat keadaan Amanina .

" Muda muda lagi dah pandai cari duit . Pakcik doakan Amanina supaya dimurahkan rezeki ye . Ha , lama berborak ni sampai pakcik terlupa apa sebenarnya hajat pakcik datang sini . "

Yes ! Akhirnya pakcik ni nak cakap juga .

" Sebenarnya , tujuan kami datang sini adalah untuk meminang Amanina bagi pihak anak kami . " ujar Pakcik Mohmad .

Apa ?! Meminang aku ! No !

" Sebenarnya , anak lelaki kami tu dah lama berkenan dengan Amanina ni . Itu yang hari ini kami datang nak meminang . " sambung Makcik Aishah .

" A .. apa nama .. an .. ak kamu tu ? " soal Pak Samad .

" Ayub namanya . Dia bekerja dengan ATM . Jadi askar darat . "

Amanina tercengang . Ha , sudah . Macam mana ni ? Aku tak mahu kahwin lagi . Parah ni .

" Pakcik , makcik . Saya hargai usaha pakcik dan makcik tapi saya tak sedia lagi nak berkahwin . Lagipun , saya baru je 17 tahun . " Niena menolak pinangan itu dengan lembut .

Suasana sunyi seketika . Pakcik Mohmad dan Makcik Aishah diam membatu .

" Amanina fikir dulu . Jangan tergesa gesa . Kami bagi Amanina masa . " ujar Pakcik Mohmad .

Amanina mengangguk lemah . Sebenarnya jawapannya muktamad . Dia tidak memerlukan masa . Dia memang tidak mahu berkahwin lagi .
Tapi , demi menjaga perasaan mereka , Niena turutkan sahaja .

Mereka pamit meminta diri . Amanina mengiringi mereka hingga ke pintu kereta . Dia masuk ke dalam rumah apabila tetamunya itu sudah beredar .

Pak Samad memandang Niena . Dia tidak mahu memaksa anak gadisnya untuk berkahwin , namun dia risau memikirkan nasib anaknya jika dia telah pergi .
Amanina masih muda . Dia memerlukan seseorang untuk menjaganya .

Amanina membuka buku bil bil . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . Banyak bil bil yang perlu dilangsaikan menjelang hujung bulan ini . Bil api , bil air , dan bil perubatan hospital . Mujur mereka tidak menyewa , kalau tidak bertambahlah hutang yang perlu dibayar .

Pak Samad mencuba nasib untuk memujuk Amanina . Manalah tahu anak gadisnya itu mahu berkahwin dengan anak Mohmad . Sekurang kurangnya dia tidak risau .

" Nie .. na " panggil Pak Samad .

Amanina menoleh . Dia tahu apa yang ayahnya mahu katakan .

" Ayah , Niena tak mahu jadi anak derhaka . Ayah seorang je yang Niena ada sekarang ni . Tapi , Niena tak mahu kahwin lagi . Niena mampu jaga diri Niena , jaga ayah . Niena tidak mahu disebabkan perkahwinan Niena kena berjauhan dengan ayah . Selagi Niena masih bernafas , biar Niena berbakti dengan ayah . "

" Ta .. pi Nie .. na b .. boleh .. cu .. cub .. ba " pujuk Pak Samad lagi .

" Ayah , perkahwinan ni untuk seumur hidup . Tiada istilah ' cuba ' . Niena tidak mahu ambil risiko . Niena masih muda lagi . Banyak yang Niena nak kecapi . "

" A .. ayah ris .. ssau . Ka .. kalau .. ayah .. tak .. ada .. " belum sempat pun Pak Samad menghabiskan ayatnya , Niena sudah memotong .

" Ayah , keputusan Niena muktamad . Tolong jangan desak Niena . "

Niena bingkas bangkit lalu bergerak masuk ke dalam bilik . Namun , langkahnya terhenti . Dia menoleh memandang ayahnya .

" Niena sayang ayah . Niena harap ayah faham . "

Pak Samad terdiam . Hati Amanina keras . Sukar untuk dilembutkan . Kalau dia kata A maka A lah jawapannya . Sama sahaja seperti ibunya .

Laila , Laila , perangai awak betul betul jatuh ke anak kita ,bisik hati Pak Samad .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience