Amanina mengeluh berat . Banyak perkara yang difikirkannya . Soal hutang , pinangan anak Pakcik Mohmad , dan .. Suhaila . Amanina memicit micit kepalanya . Sakit kepalanya memikirkan semua masalah itu .
Pak Samad hanya memerhatikan Amanina . Sejak peristiwa peminangan tempoh hari , Amanina banyak mendiamkan diri . Tidak seperti kebiasaannya , mulut comel itu akan bercakap sepanjang masa bagi menghiburkan hatinya .
" Nie .. na ? "
Tiada jawapan . Amanina masih lagi termenung sambil menguis nguis beg sekolahnya .
" Niena ? " panggil Pak Samad . Kali ini lebih kuat dan jelas . Cukup untuk membuatkan Niena tersentak .
" Ya .. ya ayah . Kenapa ? Ayah sakit ke ? " soal Niena tergopoh gapah .
Pak Samad menggeleng . Diusapnya pipi Amanina .
" An .. anak ay .. ayah ke .. na pa ? Ma .. marah .. ayah k .. ke ? "
Amanina pantas menggeleng . Dia menatap wajah ayahnya dengan penuh rasa kasih . Mana mungkin dia memarahi insan yang telah banyak berkorban untuk dirinya .
Kalau boleh hari ini dia tidak mahu ke sekolah , dia mahu menatap wajah ayahnya puas puas . Dia takut . Takut tidak dapat lagi menatap wajah kesayangannya itu .
" Nie .. na pe .. pergi seko .. lah . Nan .. nanti .. lamba .. t " pujuk Pak Samad .
Niena akur . Diciumnya tangan ayahnya dengan penuh rasa kasih . Walaupun hatinya berat untuk pergi , demi ayahnya dia turutkan jua .
" Niena , a .. ayah sa .. sayang Niena . "
" Niena pun sayang ayah . Niena pergi dulu ye . Jaga diri . " pesan Amanina lembut .
Pak Samad mengangguk seraya tersenyum .
Sejak peristiwa kecurian tempoh hari , Amanina tidak lagi duduk di sebelah Suhaila . Tempatnya ditukarkan ke sebelah Aisha . Dia juga tidak bertegur lagi dengan Suhaila . Warda dan Iesya juga telah digantung sekolah selama sebulan . Amanina malas mahu masuk campur . Biarlah pihak sekolah yang menguruskan mereka .
Sekali sekala Suhaila curi curi pandang Amanina . Dia rasa bersalah kerana telah menuduh Niena mencuri dompetnya .
Dia takut untuk menegur Amanina . Namun , kali ini dia nekad . Dia perlu meminta maaf daripada Amanina walau apa cara sekalipun .
Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu sekolah . Amanina berjalan keluar dari kelas dengan Aisha .
" Amanina ! Tunggu ! " panggil Suhaila .
Niena mengecam suara itu . Dia tidak menoleh malah mempercepatkan lagi langkahnya .
" Niena , please wait ! " Suhaila menarik lengan Amanina .
Niena pantas menyentap semula lengannya . Perlakuannya itu membuatkan Suhaila tersentak .
" Niena , aku tahu engkau marahkan aku . Tapi , please maafkan aku . " pinta Suhaila .
Amanina buat tidak endah . Dia memandang sinis lalu meneruskan perjalanannya .
" Niena , tolonglah . Maafkan aku . Aku tahu , aku tak patut tuduh kau . Sepatutnya aku percaya kan kau . "
Amanina menoleh .
Maaf ?
" Kenapa baru sekarang engkau terfikir ? Time tu otak kau tak ada ke apa ? " balas Niena kasar .
Malas mahu mengambil pusing dia menoleh ke hadapan kembali .
" Yes , memang aku bersalah . Tolong dengar dulu penjelasan aku . " pujuk Suhaila . Matanya sudah mula berkaca .
" Penjelasan ? Kau minta aku dengar penjelasan kau ? Waktu aku minta kau dengar penjelasan aku , kau ada dengar ? Kau hina aku lagi adalah . "
sinis jawapan Amanina menusuk hati Suhaila .
" Tolong bagi aku peluang untuk tebus balik salah aku Niena . Jangan buang aku macam ni . Aku sayangkan engkau . "
" Sayang ? Kau dah hina aku macam sampah , kau kata kau sayang aku ? Kau gila ke apa ? Suhaila , aku tahu aku ni miskin . Tapi aku tak akan pernah tergamak nak mencuri . Lebih lebih lagi duit kau !
Kita dah berkawan sejak darjah 1 lagi . Aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri . Tapi engkau ? Disebabkan perkara yang buktinya tak kukuh , kau tergamak tuduh aku macam tu . " Amanina meluahkan isi hatinya . Apa yang dia rasa .
Airmata Suhaila tidak henti henti mengalir . Sungguh dia rasa menyesal . Kenapalah mulutnya lancang sangat menuduh Amanina . Sedangkan dia mengenali hati budi gadis itu .
" Niena , maafkan aku . Aku sanggup terima hukuman . Asalkan kau maafkan aku . " rayu Suhaila . Teresak esak dia menangis .
Amanina memandang tanpa sebarang perasaan . Hatinya keras . Sekali dia benci , sukar untuk dia maafkan .
" Kau nak aku maafkan kau ? Kau tak kisah walau apapun hukumannya ? " soal Niena .
Suhaila senyum . Nampaknya ada peluang untuk Amanina memaafkannya . Dia lantas mengesat air matanya .
" Ya , aku tak kisah langsung . " jawabnya dengan pantas .
Amanina tersenyum sinis .
" Aku boleh maafkan kau . Tapi , selepas ni aku taknak tengok lagi muka engkau ! Aku taknak tahu pun yang engkau wujud ! Aku taknak nampak bayang bayang kau waima hembusan nafas engkau pun aku taknak dengar ! Itu hukuman kau . " tengking Amanina . Dia lantas berlalu pergi meninggalkan Suhaila yang terkedu .
Suhaila kaku . Amanina memang tidak akan memaafkannya . Dia jatuh terduduk . Suhaila menangis semahu mahunya . Kerana keegoannya , dia hilang satu satunya sahabat baiknya .
Amanina menghempaskan badannya ke atas katil . Hari yang memenatkan . Mulai sekarang dia mahu melupakan Suhaila . Tiada istilah
' kawan baik ' lagi di dalam hidupnya .
Amanina menjenguk ayahnya .
" Em , ayah tidur . Baru nak ajak sembang . " Amanina menghampiri ayahnya . Diusapnya rambut ayahnya itu dengan lembut . Dia berdoa semoga Allah sentiasa menyembuhkan ayahnya .
Entah bagaimana , Amanina tertepis tangan ayahnya . Dengan lemah tangan itu jatuh terkulai . Amanina mula cuak .
" Ayah , bangun yah . " kejut Amanina . Sepi tiada pergerakan . Matanya mula berkaca .
" Yah , bangun yah . Jangan main main . Tak kelakar ayah . " kejut Amanina . Masih lagi tiada respons .
Airmatanya turun laju . Dia memeriksa nafas ayahnya . Masih lagi bernafas .
Amanina panik . Apa yang harus dilakukannya . Dia buntu . Airmata tidak henti mengalir .
Dia terus berlari ke luar rumah . Dia harus mencari bantuan . Dia berlari dan terus berlari . Fikirannya bercelaru . Dia tidak henti henti berdoa agar ayahnya selamat .
Tiba tiba kedengaran bunyi hon kedengaran yang kuat . Amanina terpaku . Terasa terhenti degupan jantungnya . Seinci sahaja lagi kereta itu akan melanggarnya .
" Ya Allah , Niena kamu tak apa apa ke ? " soal Pakcik Mohmad sebaik sahaja dia turun dari kereta .
Amanina jatuh terduduk . Laju degupan jantungnya .
" Pakcik , pakcik kena tolong saya ! Ayah ! Ayah , tak sedarkan diri . Tolong saya pakcik ! " rayu Amanina . Suaranya diselangi dengan esakan tangisan .
" Ya Allah , Samad ! Mari nak , cepat ! Kita hantar ayah kamu ke hospital ! "
Laju Amanina bangun membuntuti Pakcik Mohmad .
Ya Allah , selamatkanlah ayah !
Share this novel