5

Romance Series 5211

Muzik bergema dengan bunyi drum yang bergema rancak. Diiringi satu bunyi seperti kaca pecah terhempas ke lantai, menyambut ketibaan kami masuk ke dalam bilik ketiga. Bunyi yang kuat bergema dari atas siling hingga ke dinding, menyebabkan satu bingkai gambar keluarga bergoyang dan hampir terjatuh dari tempatnya.
Aku menahan bingkai gambar itu dari terjatuh. Gambar lengkap sebuah keluarga. Suami isteri serta dua anak mereka, lelaki dan perempuan. Lelaki di dalam gambar itu sedang ketawa lebar sambil memegang cawan berwarna putih. Wajahnya terlalu ceria.
Selepas bunyi drum itu hilang, bunyi piano pula kedengaran. Muziknya lebih perlahan, dengan dentingannya yang amat sentimental. Menimbulkan rasa tidak enak dalam dadaku.
“Keluarga bahagia.” Bisikku.
Selepas menggantung semula bingkai gambar itu, aku perhati pula keadaan bilik. Aku berjalan ke bahagian kanan dan meletakkan jag air yang aku ambil dari ‘ROOM 2’ tadi, di atas dapur masak di bawah tingkap kaca.
Suhu dingin dari penyaman udara, bunyi cengkerik dari luar tingkap, betul-betul menimbulkan suasana malam yang penuh kesuraman di dalam bilik terakhir ini.
Selain dapur memasak, ada sesuatu yang membuatkan perasaanku semakin tidak enak. Patung lelaki berpakaian compang-camping yang sedang duduk di kerusi goyang berhampiran pintu keluar, membuatkan aku dan Martin curiga.
Aku tidak berani mendekat kerana menyedari yang wajah dan pakaian si bapa dalam bingkai gambar tadi, sama dengan patung lelaki itu. Namun aku cuba berpura-pura tidak mempedulikannya dan melangkah ke arah Martin yang menghampiri sebuah meja yang terletak di tengah-tengah bilik.
Ada satu permainan di atas meja itu. Permainan dam dadu yang dilukis menggunakan helaian kertas tebal yang amat lusuh dan terkoyak sedikit di tepinya. Tulisan tangannya kemas, bercorak italic.
Sebenarnya jika dilihat betul-betul, pada bahagian tengah tempat laluan bernombornya telah dilukis dengan jelas di atas permukaan seperti cermin ataupun plastik tebal. Cuma aku yang tidak berani menyentuhnya.
“Kita berdua kena main benda ni?” Aku bertanya kepada Martin yang sedang menimbang dadu. Ada satu nota di tepi meja itu.
‘CUMA KEMENANGAN JALAN KELUAR UNTUK ANDA BERDUA!’
Aku melihat Martin yang sedang berfikir sejenak sebelum menjawab.
“Kita berdua mesti mengatasi pihak lawan. Tentu ada klu kalau kita dapat kalahkan dia.”
Aku tahu penting untuk menang permainan itu, tetapi ada hal yang buruk tentang permainan dadu itu bila aku teringatkan pasal almari cermin tadi. Permainannya sama seperti dadu ular, cuma berbeza dari sudut susunan kotak yang berbentuk ular dari nombor 1 hingga 50 sahaja.
“Kita mula dulu. Awak jangan takut, Lila.” Martin terus memberi semangat.
Aku menghela nafas dengan rintihan ketakutan yang gagal aku sembunyikan. Bersedia menghadapinya memang tidak mungkin. Aku gagal berbuat demikian. Aku tak pernah setakut ini. Barangkali disebabkan aku betul-betul berada di tempat kejadian.
Mengalami ketakutan secara realistik boleh membuatkan aku trauma kalau aku gagal mengawal emosi. Walau bagaimanapun, mahu atau tidak aku mesti turut serta dan berdiri di sebelah Martin sebagai seseorang yang kuharap dapat melindungiku.
Mengikut undang-undang yang tertulis di atas kertas, kami berdua harus bersilih ganti melambung dadu.
?

drop your comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience