BAB 15

Romance Completed 13315

“Terima kasih sebab dah buat I risaukan you selama ni dan sekarang.” Dia berkata sambil duduk tertunduk di sebelah aku.

“Apa yang I takutkan betul-betul dah terjadi. Patutlah I nak sangat balik rumah awal hari tu. Patutlah I rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya I dapat tahu hal sebenar yang I tak mahu tahu. You memang Amanda, adik kami.” Dia mendongak dan aku terkejut bila matanya penuh dengan air mata!

“You tahu kenapa I tak mahu you jadi Amanda?” Aku geleng kepala laju-laju sambil air mata aku pun turun laju-laju. Tak semena-mena aku menangis tengok dia menangis.

“Sebab I sedar yang I dah fall in love with you. I dah fall in love with you when I deny that you not Amanda. Cause if you Amanda, mana mungkin I bercinta dengan adik I, kan? I always hope that you not Amanda, I convince myself that you not Amanda. But why you ialah Amanda? Kenapa? Kenapa takdir mempermainkan kita bila I dah truly love you?” Aku geleng kepala.

“I tak tahu.. I tak tahu, Ean. I pun harap I bukan Amanda..” Air mata masih menitis, tak dapat ditahan.

Kami sama-sama menangis begitu, sepi antara kami, hanya suara esakan airmata dan membiarkan diri kami tenggelam

dalam perasaan masing-masing, untuk satu masa yang agak lama sehinggalah nurse masuk sambil menatang dulang ubatan dan dia pelik melihat keadaan kami. Nurse tadi pun berpaling dan membatalkan hasratnya untuk masuk ke bilik. Tak lama selepas itu Mr Adrean terus bangun dan keluar tanpa pamitan.

Keesokkannya, aku dikejutkan dengan berita yang mummy nazak. Angel yang beritahu aku manakala Mr Adrean dah hilang ke mana. Terus aku berkerusi roda ke wad yang menempatkan mummy. Dah memang kami ni berjodoh, mummy pun ditempatkan di hospital yang sama dengan aku. Sepanjang malam, aku hanya menemani mummy. Aku mahu membuat dia bahagia pada detik-detik terakhirnya. Banyak kali aku beritahunya yang aku sayangkan dia dan aku nampak dia hanya tersenyum sambil mengangguk lalu ada titisan air mata meleleh di tubir matanya. Mummy hanya terlantar dan tak mampu lagi berbicara. Badannya penuh dengan wayar-wayar. Baby nampak lebih banyak menangis, mungkin dia rasa menyesal dengan tindakannya.

Aku tidak sedar bila waktunya aku terlelap di sisi mummy. Aku tersedar bila Mr Adrean mengejutkan aku dan aku pelik bila orang disekelilingku menangis. Aku tanya Mr Adrean mengapa, dan dia beritahu yang mummy dah tiada. Aku terkedu. Terkejut hingga aku sama menangis bersama mereka.

Angel membawa aku ke dalam dakapannya sambil menangis bersama.

“Be strong our Sunshine!” katanya membuatkan aku makin lebat menangis. Mummy, ibu kandungku yang melahirkan aku dah pergi selamanya dan aku hanya mampu mengingatinya pada 6 bulan terakhir aku bersama dengannya? Aku macam sedang bermimpi. Kalau aku bermimpi, segeralah aku terjaga. Aku dah penat menangis di penghujung begini. Hiba!

Mereka menguruskan mummy mengikut adat agama mereka dan aku tidak turut serta. Aku hanya menunggu di hospital sambil terlayar kembali semua peristiwa indah antara kami. Sungguh aku tak sangka, inilah pengakhiran kepada cerita kisah kami. Airmata aku menitis, berjuraian. Mak muncul, dan demi melihat aku hampir membanjirkan hospital, dia membawa aku dalam dakapannya lama dan ketat-ketat. Kata mak, ‘tak mengapa, sekurang-kurangnya aku masih ada mak dan ayah, biarpun hanya keluarga angkat. Kasih sayang mereka kekal hingga ke syurga’.

Sejak dari itu, hubungan aku dan Mr Adrean renggang. Syikin pun pelik dengan kami. Bila aku dah keluar hospital pun keadaan masih sama, kami macam tak saling mengenali. Kami dah tidak berbicara berdua, apatah lagi mahu bertanya khabar. Aku hanya berhubungan dengan Angel, tidak dengan yang lain. Aku pun tak tahu kenapa aku dan Mr Adrean perlu menjadi orang asing, padahal kami adik beradik. Bab kerja pula, sengaja aku minta ditukarkan ke site JB, biar jauh dari Mr Adrean dan aku bersyukur ia diluluskan. Biarlah, mungkin ini yang terbaik yang Allah dah aturkan untuk aku.

Aku menjalani hidup aku macam biasa sambil cuba melupakan Mr Adrean. Dah lah kisah cinta yang lama pun tak terlupa, ini nak lupakan kisah yang baru. Aku sengaja menyibukkan diri dengan kerja seharian aku. Tak pasal-pasal aku terlibat dalam satu badan amal, menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga dan masa pada yang kurang berkemampuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience