BAB 4

Romance Completed 13290

Siapa pulak nak bayar loan study aku tu? Siapa pulak nak bagi duit bawak pergi haji kat mak bapak aku? Ah.. aku kena kuat!

“Janganlah nak buat perangai epilepsy berbuih mulut you kat sini. Thanks to you sebab tak pasal-pasal kami kena halalkan semua makanan, dan tukar tukang masak kepada orang Islam Indonesia..” Mr Adrean dah berbisik di sebelah aku. Aku hanya tersengih-sengih sambil memandang sekeliling. Epilepsy dia kata aku? Bila pulak aku sawan?

“I wonder kenapa lah Amanda tak muncul kembali dan tidak menjadi lelaki. Kalau tak boleh I pikat!” kata Andy dan disiku oleh Angel. Haa.. malam ini baru aku tahu yang Mr Adrean ni ada lima orang adik beradik. Mr Adrean yang pertama. Angel adik perempuannya yang dah berkahwin dengan business man dunia permotoran dan mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun yang sangat comel. Diikuti dengan kembar Andy (pincang jantina sebab aku tak boleh nak kenalpasti dia ni lelaki ke perempuan) seorang pendandan rambut antarabangsa dan Baby seorang model. Adik bongsu Mr Adrean sudah tentulah aku.. eh tak, Amanda.

“Behave, Andy..” Tegur Angel sambil senyum manis ke arah aku.

“No need to be hypocrite. We just show the truth about ourself, am I right Andy?” Baby hanya mencebik dan Andy mengangguk macam burung belatuk. Patutlah mereka ni dilahirkan kembar. Perangai pun nak sama. Aku nampak Baby seperti kurang senang dengan kehadiran aku, tak seperti Angel yang lebih ramah dan sentiasa senyum seperti mummy.

“Apa pun yang terjadi, apa pun yang you all fikirkan sekarang, mummy mahu you all terima Amanda di depan ini sebagai our Amanda yang selama ini kita pernah ada. Dan mummy berharap kita boleh bersatu kembali sebagai keluarga bahagia walaupun tanpa daddy. Harapnya kebahagian ini berkekalan.” Mereka semua hanya menangguk lagi, mungkin sekadar mengambil hati mummy.

Selesai makan malam, Andy dan Baby dah menghilang dan hanya Angel yang menemani aku berbual-bual di ruang tamu bersama anaknya. Menurutnya, Andy dan Baby memang tak tinggal sekali di rumah besar ini sebab mereka banyak meluangkan masa ke luar negara untuk bekerja. Angel pula tinggal dengan suaminya di kejiranan berhampiran dan hanya Mr Adrean yang menemani mummy di rumah. Alamak, alamatnya aku nanti sebumbungnya lah dengan bos aku? 24 jam lah aku berserkup ni!

“Mummy tak mahu dia buat DNA test.” Kedengaran suara tegas mummy yang berada di ruangan berhadapan kolam ikan di halaman rumah. Aku hanya pasang telinga dan Angel pula leka dengan anaknya.

“But, why?” Mr Adrean kedengaran pelik.

“Frust. Mummy takut kepada kecewa. Sudahlah mummy akan menghadapi mati, Ean mahu tambah ketakutan mummy pada kekecewaan pula? Biarlah instinct mummy saja mengatakan yang gadis di depan ini adalah Amanda, mummy tak perlukan bukti lain. Biarlah kematian hidup mummy diakhiri dengan kebahagian dan rasa gembira. Mummy yang mahukan gadis ini untuk berada di sisi mummy sebagai Amanda, dan mummy yang akan tentukan tentang dia.” Kata-kata dari mummy membuatkan Mr Adrean diam.

Dari pemerhatian aku, Mr Adrean ni memang anak yang taat dan patuh kepada ibunya Apa yang mummy cakap semuanya dia akan buat. Mungkin sebab dia saja anak yang ada sebab Angel dah hidup berkeluarga, Andy dan Baby pula jarang ada disamping Auntie dan selalu berada di luar negara. Mungkin juga sebab tu Mr Adrean ni walaupun dah berumur 32 tahun pun masih tak kahwin lagi? Huh.. anterlusia!

“Itu bilik you, Sunshine..” Mr Adrean luruskan telunjuk pada satu bilik berwarna merah jambu.

“Panggil I Chacha kalau belakang mummy!” Aku berbisik, takut mummy dengar nanti kecik hati pulak!

“Peti suara I tak menggunakan peti suara you. So, suka hati I.” Hee.. dah lah bercakap senada, menyakitkan hati lagi! Aku terus hempas pintu bilik sekuat hati.

“Pecah kaca, pecah gelas, pintu pecah, gaji you balas.” Mr Adrean bersuara di balik pintu. Amboi, ke main berpantun pulak? Boleh tahan. Kena balas ni. Apa ya? Pen merah pen biru, you marah, I love you. Eh? Ada pulak?! Tak relevan langsung! Dah lah, malas aku nak jual beli pantun. Ingat ni pesta pantun kebangsaan ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience