BAB 6

Romance Completed 13290

“By the way, talking about berdosa.. you tak sembahyang pagi-pagi tu tak berdosakah?” Dia terus berpaling dah blah tanpa dengar penjelasan aku.

“Itu namanya sembahyang Subuh dan sekarang I datang bulan so I tak payah sembahyang Subuh lah, big brother!!” Aku jerit bila dia dah menjauh. Pagi-pagi dah buat aku emo!

“Mr Adrean!” Mr Adrean yang khusyuk membaca kandungan suratkhabar itu tak berpaling ke arah aku. Hai, takkan lah aku baru menjerit sekali terus pekak bos aku ni?

“Pssst.. bos! Bos!” Mummy memaut lengan aku.

“Sunshine.. mummy rasa you patut panggil your brother dengan panggilan Ean, dari Mr Adrean or bos yang macam you selalu panggil. Dengan nama itu, barulah dia perasan tentang kewujudan orang di sekeliling dia semasa di meja makan. Kan Ean?” Mr Adrean yang pekak itu berpaling ke arah mummy.

“Err.. yes mummy?”

“Haa.. kan mummy dah cakap. So, lets try, Sunshine?” Empat biji mata pandang aku tanpa kelip. Sambil tunduk aku menyatakan hasrat.

“Err.. Ean. Hari ni I pergi sendiri kerja. Tak payah tumpangkan I.” Bila aku mendongak, mummy dah sambung kunyah roti tapi Mr Adrean masih lagi terpaku pandang aku.

“Ok, bye!” Terus aku tarik handbag dan berlari keluar rumah. Tapi aku patah balik demi memeluk mummy.

“Take care mummy!” Dalam terpaksa aku bertindak demikian demi menjaga hati mummy. Mummy hanya senyum senang.

“Ean.. ? Are you ok?” Kedengaran mummy bertanya kepada Mr Adrean.

“No.. er. Yes, I’m fine. Just feel like Sunshine already back!” Aku tertoleh ke arah Mr Adrean. Nampak matanya berkaca.

“Oh, son! I already told you before. She is Amanda, she is our Sunshine!” Mr Adrean memeluk mummy.

“I’m happy for you, mummy!”

Kenapa aku rasa lega lihat mereka gembira? Entah. Adakah tindak tanduk aku beberapa detik tadi disebabkan aku baca diari Amanda Ng atau memang semulajadi? Entah. Adakah aku memang Amanda Ng bila tengok gambar semalam. Entah.

Tak Tercapai Akalku bak kata Elyana. Dan, Erra Fazira cakap Yang Terindah Hanya Sementara. Ada hidup lain yang

menanti aku di luar sana. Aku ada keluarga aku sendiri. Aku ada bahagia aku sendiri. Apa pengakhiran bagi semua ini nanti?

Hari ini berlalu tanpa aku tak nampak batang hidung abang aku. Baguslah, tak adalah aku muak sangat tengok muka dia sebab nanti balik aku kena tengok muka dia lagi! Tapi, sengaja aku bermalasan lagi di pejabat. Malas aku nak balik rumah. Malas.. sebab berada dalam rumah mewah tu umpama aku berada dalam pementasan teater. Kena pura-pura

senyum, kena pura-pura suka. Plastik! Pastinya tidak bombastik!

Bila aku balik ke rumah itu, ruangan hadapan rumah dah gelap. Maknanya dah gelap. Semua dah tidur barangkali. Aku melepaskan nafas panjang dan duduk di gazebo di hadapan rumah Gazebo itu sangat menenangkan bila dihiaskan berhadapan dengan air pancut dan tumbuhan hijau di sekelilingnya. Aku duduk berhayun kaki sambil dongak melihat langit. Em.. nampak awan kumulonimbus, nampak bintang berkerlipan, nampak bulan sabit.. tak hujan agaknya malam ni.

“Tembus sampai nampak planet Marikh dah?” Satu suara mengejutkan aku hingga berdiri bulu roma. Aku kalih ke sisi. Huh, gerangan kekandaku yang membelah mimpi indahku ini! Cis, bedebah sungguh kamu, ya?

“Taklah.. dah sampai planet Pluto dah pun! Nak apa?” Aku jeling Mr Adrean yang dah saing duduk di sebelahku tanpa undang.

“Nak tanya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience