BAB 7

Romance Completed 13290

“Sejak bila you pandai bersopan santun sampai nak tanya pun berhemah sangat?”

“Sejak I dah jadi abang you dan sejak itu you dah tak pandai senyum?” Aku terus berdiri pandang dia.

“Janganlah over emo sangat.. I hanya nak tahu you dah makan atau belum. Sebab kalau sakit you akan menyusahkan I!” Bunyi macam ikhlas tapi rupanya tak!

“I bukannya suka sangat menyibok hal orang especially you, tapi mummy keep on asking me. Dia sampai tertidur tunggu you balik. Adakah you marahkan I? Kalau ya, jangan marahkan mummy. You boleh buat apa sahaja pada I tapi bukan mummy. Please.” Aku macam terkesan dek kata-katanya. Sayangnya dia pada mummy. Sanggupkah kalau aku ditempatnya akan buat begitu demi mak aku?

“Tolong jangan lukakan hati mummy. Tolong jangan kecewakan mummy. Tolong jangan buat mummy risau.” Aku diam lagi mendengar butir bicaranya yang kedengaran lain dari di pejabat yang selalu-selalu aku dengar. Bicaranya kali ini seolah-olah marah seorang abang kepada adiknya. Kemarahan dek kerisauan kepada adiknya, menandakan dia benar-benar peduli kepada adiknya. Aku terbuai.

“I tahu, you susah untuk hadam semua ini. Ini semua sesuatu yang baru dan amat mengejutkan dalam hidup you, betul?” Aku angguk.

“Tapi, I minta tolong you untuk bertahan buat masa ini. Anggaplah ini satu kerja kebajikan amal you atas dasar kemanusian. Takkan you lokek pada kasih sayang dan kebahagian yang tiada gantian dengan wang ringgit? You tak perlu bayar pun. So, jika you rasa kesulitan, you boleh share with me. Ya, I tahu kita selama ini pun selalu bertengkar dan tak akrab, tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba untuk perbaiki keadaan.” Panjangnya syarahan! Aku angguk lagi.

“Amanda ada abang Ean disisinya dan sekarang Amanda ialah you dan Ean ialah I. Got it?”

Perlahan-lahan aku masuk ke bilik mummy. Aku tarik selimut hingga menutupi dadanya.

“I love you, mummy..” Bisikku sambil kucup dahinya. Tak kira siapa pun mummy, mummy adalah seorang ibu. Ibu yang layak untuk dikasihi.

Aku masuk ke bilik dan dail nombor telefon mak aku. Tidak juga aku bercerita tentang Amanda dan mummy. Sekadar pengubat rindu biarpun hanya dengar dia membebel pasal ayam jirannya yang buang najis di tangga rumahnya. Hehe. Mak, mak.. Chacha sayang mak!

Sekarang rutin jaga mummy buat aku macam rasa janggal nak berjauh darinya. Bukan jaga sangat pun sebab mummy pun ada bibik dan personal nurse sendiri. Kerja aku setakat temankan mummy makan, temankan mummy berbual, teman mummy pergi check-up, teman mummy pergi berjalan-jalan dan banyak lagi lah aku teman. Kadang-kadang aku terasa macam aku gedik pulak bila sampai pernah aku tertidur sekatil dengan dia! Malunya bila bangun tidur mummy dan Mr Adrean tengah tenung aku tidur lalu aku menggelabah bangun.

“Ingatkan kucing sesat mana berlingkar atas katil mummy. Rupa-rupanya nenek kucing!” Macam biasa ayat sarkastik Mr Adrean akan keluar bila tak puas hati dengan aku!

Aku mendapat email. Ada site valuation. Sebagai quantity surveyor (yang sangat komited terhadap tugas yang diamanahkan) kepada sebuah firma perunding pembinaan, sebelum client meluluskan project claim yang dipohon aku kenalah bersama-sama client dan contractor pergi melawat site untuk inspection actual site progress dan material yang dipohon. Dan sekarang.. outstation! Malasnya.. tapi dengan berat hati aku berangkat jugak lah ke Johor Bahru.

“Kenapa you tak beritahu I yang you pergi JB? Hari ini? And alone?” Aku pandang skrin telefon. Apahal mamat ni tiba-tiba nak datang bulan, tak ada signal tiba-tiba nak meradang puting beliung ni? Adakah menjadi satu kesalahan kepada aku untuk ke luar daerah bagi menjalankan tanggungjawab kerja? Company kau jugak!

“You ni tuan tanah JB ke sampai I kena daftar dengan you dulu sebelum sampai sana?”

“Hah?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience