BAB 17

Romance Completed 13290

“Sudah lah buka pintu mulut untuk lalat masuk! Dah, mari pulang. Lagi lama you duduk sini, makin banyak you shopping! Cepat call Syikin suruh dia pulang dah berhenti menghabiskan duit!” Mr Adrean dah kembali pada perangai zionisnya sambil heret aku menyainginya. Oh ya, tak batal air sembahyang!

Dalam ikut langkahnya yang panjang tu, tak perasan pulak aku terlanggar bahu seseorang. Habis tercampak barang dia. Cepat-cepat aku minta maaf sambil kutip barang dia. Mr Adrean di tepi hanya jadi penonton. Apa punya abang daa?!

“Eh, kalau tak silap awak ni Chacha, kan?” Aku mendongak pada suara itu. Alamak, Hakimi kah? Hakimi kekasih lama?!

“Ya.. awak ni Hakimi kan? Dah lama tak jumpa! Apa khabar?” Dia gelak. Kacak, masih tak berubah! Aduh, kenapalah hari ni hari berkumpul kekasih tak kesampaian? Mr Adrean di sebelah dah jungkit kening.

“I Adrean, abang kandung Aisha.” Mr Adrean dah hulur tangan dan Hakimi yang memang good manner itu menyambutnya sambil senyum.

“Eh, tak tahu pulak Chacha ada abang?” Berkerut mukanya. Memanglah dia tahu sangat pasal aku, kata bestfriend dulu. Dulu lah..

“Rapat sangat kah you dengan Chacha, pasal family dia pun you tahu?” Aku dah siku perut Mr Adrean. Apahal yang nak berlagak macam bapak askar pencen nak jumpa bakal menantu lelaki ni?

“Kami dah buat jejak kasih! So, you dah kahwin atau belum?” Eh, ek Mr Adrean ni tanya soalan jatuh saham aku tu

buat apa? Tapi, aku pun teruja jugak nak ambil tahu. Mana pergi isterinya yang cantik vogue meletops tu? Supermodel lah katakan!

“Sebenarnya, saya dah kahwin tapi kami baru saja bercerai. Dia mahu kehidupan yang bebas katanya, masih belum bersedia untuk komited pada keluarga, tak mahu ada anak. Itu yang saya datang ke Langkawi untuk tenangkan fikiran..” Aku melopong lagi. Semacam tak percaya pun ya jugak. Dulu bukan main hebat mencanang kisah cinta? Tapi, dah jodohnya sampai ke situ. Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.

“So, since you pun dah single dan Chacha pun memang dah lama sukakan you, apa kata you kahwin dengan Chacha?” Hah?! Apakah soalan Mr Adrean ni? Aku rasa macam nak menyorok dalam bonet kereta! Memalukan betullah abang aku ni! Aku tahulah memang aku memang cintan habis dengan Hakimi si pilot ni tapi jangan ketara sangat di depan mamat ni!

Hakimi nampak terkejut dengan soalan drastik Mr Adrean. Seketika dia tergelak, berfikir yang mungkin Mr Adrean berjenaka. Tetapi melihatkan Mr Adrean masih lagi dalam mood serius terus dia kerut muka.

“I maksudkan kata-kata I,” kata-kata Mr Adrean yang membuatkan aku rasa muka aku tebal 10 inci!

Aku tergelak mendengar celoteh Amira pada mak dan ayah. Terubat rindu mereka pada si kecil ni yang dah berusia 4 tahun. Umur 4 tahun tapi bercakap macam nenek umur 40 tahun! Tak tahulah ikut perangai siapa jadi banyak cakap budak ni. Aku kah? Takkan papa dia.. papa dia bisu. Siapa papa dia?

Haa.. siapa sangka aku jadi kahwin juga dengan pujaan hati aku ni. Bak kata orang ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua. Dah jodoh aku dengan Hakimi. Nikmatnya sebuah kesabaran. Betul, sabar itu indah!

Mr Adrean, sekarang dah tak kerja di Malaysia. Buka company di Australia sambil uruskan jemaah yang nak menunaikan umrah dan haji ke Makkah. Wah, aku tak sangka dialah Mr Adrean yang aku kenal dulu boleh berubah ke arah kiblat yang sama macam aku. Walaupun dah berlainan agama, hubungan kami dan Angel masih sama. Cuma Andy dan

Baby yang masih renggang, tapi kami dah mulai bertanya khabar.. kira baiklah dari lansung tak bertegur sapa.

Ah, hidup.. hidup. Hidup ni banyak yang tak terjangka. Rata-rata mesti mahukan hidup yang happy ending macam cerita Korea yang kita selalu tengok di tv. Tapi tidak semua yang kita impikan itu kita dapat. Sebab Allah ajar kita bahawa dalam hidup ni tak ada yang sempurna dan abadi selain-Nya.

Aku still in love with Adrean, tapi sebagai abang. Kehadiran semula Hakimi berjaya membuatkan perasaan sayang kepada Adrean itu berubah makna. Cinta itu tak bermakna untuk kekasih yang harus berakhir kepada perkahwinan. Usah bersedih, masih ada cinta lain yang boleh membawa kepada kebahagiaan seperti cinta untuk orang tua dan adik beradik kita, sahabat dan paling penting, pelihara dan jaga cinta kita kepada Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa terpelihara dan di bawah rahmat serta kasih Allah.

Dunia ini berputar tidak seperti yang kau mahu dan perasaan orang untuk mencintaimu boleh jadi tidak berlaku seperti yang kau minta, namun teruskan berdoa, kerana yang terbaik akan sampai pada masa yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience