BAB 9

Romance Completed 13290

Alangkah seronok kalau ada orang tujukan lagu ni khas untuk aku? Berbunganya rasa jiwa! Terbayang muka Mr Adrean. Huh? Jap.. Kenapa aku teruja sangat dengan lagu ni? Padahal bukanlah masuk ranking lagu favourite aku pun? Dah lama jugak pun lagu ni main dekat radio, tapi sebelum ni tak adalah aku masyuk sangat menyanyi sekali lagu ni? Ey.. takkan lah aku dah ‘in love with’ somebody? Terbayang muka Mr Adrean. Eh? Jap.. Kenapa akhir-akhir ni kalau bicara bab cintan-cintun kepala aku ni mesti nak terbayang muka dia? Tak mungkin.. tak mungkin Aisha binti Abdul Rahman in love with Adrean Ng?! Aku suka mamat kayu tu?!

Tiba-tiba, aku terasa kereta aku dihentam dari belakang dan aku cuba mengawal kereta hingga aku tersasar ke bahu jalan. Jantung berdegup kencang, nafas tak teratur, tangan menggeletar. Aku kaget. Blank.

Dalam keadaan tak boleh berfikir dengan waras tu, aku perasan ada seseorang ketuk pintu cermin kereta aku. Dia mintak aku turunkan cermin kereta. Aku akur. Lelaki. Mr Adrean. Eh, Mr Adrean kat depan aku? Oleh sebab otak masih tak betul untuk mengecam, aku hanya pandang dia kosong.

“Are you okay?!” Dia bertanya cemas.

“I.. don’t know.. I..” Terus aku keluar dari kereta dan menangis kat tepi kereta. Speechless sangat sampai menangis.

“Hey.. calm down.. I’m here.. Answer me.. Are you ok?” Dia bersuara halus.

“You nampak I ok ke macam ni?!” Haa.. salah timing lah ni namanya, peperiksaan Matematik pergi tanya soalan Sejarah memang mintak kena maki lah ni!

“Ok.. you betul-betul tak ok ni. You stay here, let me settle all this.” Dia yang aku nampak Mr Adrean masih nak jadi hero di tempat kejadian. Aku hanya mampu pandang dia, bercakap-cakap dengan pemandu yang langgar aku tadi, dengan keadaan sekeliling penuh dengan kereta bergerak perlahan-lahan melihat kami, dan aku masih lagi mencangkung di tepi kereta sehinggalah sekarang aku dah ada di depan Selat Tebrau dengan dahi bertampal handiplast.

Percaya atau tidak, memang lelaki tadi Mr Adrean. Entah turun dari langit ke apa mamat ni pun aku tak pasti. Yang pasti kalau dia tak datang macam Superman tadi, memang ke sudahlah aku masih mencangkung di tepi kereta. Sudahnya kereta aku masuk bengkel dan aku bergerak dengan Mr Adrean. Salah pemandu tadi sebab dia nak mengelak lubang tapi terlanggar aku.

“Nasib you tak apa-apa.”

“Mana? Kereta I dah masuk ICU tahu!”

“So, you lebih sayangkan kereta dari diri you sendiri? Sebab masa accident tadi you tak tengok diri you pun, tapi you menangis bila lihat kereta you kemik dan lampu belakang pecah.. betul tak?” Aku angguk dan dia hanya gelak sambil geleng-geleng kepala.

“I wonder dari mana you datang? You stalk I, ya?” Aku serkap jarang dan nampak dia cuba mengelak.

“Actually I from somewhere for meeting. Kebetulan lalu situ..” Mr Adrean masih beralasan.

“I see.. coincident meet accident? Ok.. tapi apapun thanks a lot, superman! Tak tahu apa akan jadi pada I kalau you tak datang tadi. I hutang you!”

“No need. I pun nak ucapkan terima kasih pada you. I tak tahu apa akan jadi pada I kalau you tak datang dalam hidup I. Err.. I means for mummy. Mummy berubah banyak. Dia makin ceria sekarang. So, kita 1 sama!”

Aku hanya senyum sambil pandang ‘abang’ aku lama. Mencari keikhlasan dalam tutur katanya yang selama ini pada aku hanya sinis dan sarkastik.

“Siapa I pada you..” Mr Adrean nampak terkejut dengan pertanyaan aku.

“I mean.. adakah I pada you ialah betul-

betul Amanda Ng?” Aku serius dengan soalan aku. Dia pulak pandang aku lama sampai aku rasa macam nak cungkil biji mata dia biar jadi macam Kassim Selamat!

“I’m waiting..” Dia tersedar lalu senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience