BAB 12

Romance Completed 13290

“Ya.. you right. Both of them deserve each other! So sweet!” Mereka bersorak keriangan seperti meraikan pesta kemenangan apa ja. Melihat kegembiraan mereka, menyeksakan aku. Lantas aku keluar dari ruangan makan dan duduk di gazebo.

Aku duduk berhayun kaki sambil dongak melihat langit. Em.. samar-samar nampak awan sirus, tak nampak bintang berkerlipan, bulan pun sembunyi.. nak hujan agaknya malam ni. Huwaa.. macam hati aku sekarang ni pulak! Kenapa rasa macam sedih sangat ni?! Putus cinta ke aku?!

“You ingat you tenung langit macam tu, you boleh ganti angkasawan kah?” Aku terkejut hingga terlompat. Mr Adrean yang duduk di sebelah tergelak melihat reaksiku. Hurm.. gelaklah selagi boleh. Inilah masa aku boleh tengok kau gelak, lepas ni kau dah jadi milik orang lain!

“Kenapa sesat kat sini? Pergilah masuk dengan girlfriend you tu!” Alamak, pesal keluar ayat tone macam kecewa ni. Mr Adrean pandang aku pelik, tapi aku buat-buat tak mengerti.

“You pun macam mereka juga? Sangka I dengan Jas itu pasangan kekasih?”

“So, if not what should I call you guys? Batman and Robin?” Mr Adrean gelak lagi. Amboi, suka hati nampak?

“I dan Jas memang tak bercinta macam mereka sangka. Kami hanya rapat, tapi bukan kekasih. Betul!” Aku masih beku.

“Hey.. I’m serious lah. Kami memang tak ada apa-apa hubungan istimewa. Trust me!” Mr Adrean masih sungguh-sungguh menegaskan. Haa.. kalau betul tak pelah.

“Kenapa? Lega kami bukan kekasih?” Erk? Ketara sangat kah reaksi aku tadi?

“Tadi mesti you kecewa sebab tak boleh mengorat I lagi, kan?” Aku pandang mukanya yang penuh annoying tu!

“Perasannya!!”

“You yang ajar I jadi macam ni!” Kami sama-sama gelak.

“You ada boyfriend?” Soalan dia yang buat gelakku terhenti.

“Kenapa? Just answer me..”

“What if yes and what if not?” Saja aku duga.

“If yes.. I tahu ada orang lain akan jaga you selain I..” kata-katanya yang melelehkan jiwa. Aku terbuai!

“If not, I kena berjaga-jaga sebab takut you akan menggoda I!” Dia gelak tak sudah! Tolonglah, Mr Adrean kelihatan sungguh menjengkelkan!

“So?”

“So??”

“Answer me. Do you have boyfriend? Ah.. chill, just story me. I kan abang you..?” Mr Adrean masih mendesak. Aku tarik nafas dalam.

“Sebenarnya I pernah jatuh cinta tapi kami tiada jodoh. Dia dah kahwin dengan orang lain.. dan dia tak tahu I suka dia.”

“What a sad love story? Betulkah cerita you atau you ambil dari drama tv?” Aku tepuk bahu dia. Sempat lagi nak melawak masa aku tengah sentimental!

“Ini kisah I lah!”

“Ok.. tak apalah. I akan biarkan diri I dipikat oleh you!”

“What?!” Kami ketawa kuat. Tak sangka aku bos aku rupanya sengal jugak!

“I really wish that you not Amanda..” Kedengaran dia berbisik halus tapi masih aku dengar. Ya, aku pun harap aku bukan Amanda, sebab aku tak mahu kecewa dengan rasa ini. Dan satu hari nanti semuanya pasti akan berakhir dan moga pengakhiran yang baik.

Hari minggu dan pekerjaan aku ialah bermalasan di rumah sebab dah akhir bulan! Hehe! Minggu depan dah awal bulan, aku ingat nak balik kampung sementalah aku dah 4-5 bulan tak balik kampung dek kerana ‘shooting’ Amanda Ng ni. Nanti kalau dilewatkan jugak takut mak aku cop aku anak derhaka pulak nanti. Tapi, bila aku syorkan pada Mr Adrean semalam, dia hanya diam tanpa beri jawapan apa-apa. Huh, aku bukannya pergi tak kembali pun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience