BAB 2

Romance Completed 13290

“Diamlah! You mesti kasihan lihat dia terpaksa berkerusi roda sebab nak selamatkan you, kan?” Eleh, tak mintak pun tolong!

“Buat masa ini, jangan hampakan permintaan dia. Ikutkan sahaja. Nanti I akan jelaskan dan terangkan. Sekarang, dia mummy you dan I abang you.. faham?”

“Tak faham! Kenapa pulak I kena buat macam tu?”

“Hish.. you ni memang degil, kan? Suka melawan!” Mr Adrean berbisik lagi sambil jegil mata dia yang sepet tu. Eleh, aku pun boleh beliakkan mata sepet aku jugak!

“You rasa nak kerja lama lagi tak dengan M&A Consult?” Mr Adrean dah masuk irama mengugut. Tak aci batu caves betul! Guna cara kotor! Dia dah angkat kening berkali-kali dengan muka tak perasaan dia tu membuatkan aku rasa nak stapler je kening dia biar tak bergerak-gerak sampai 7 keturunan!

“Er.. mummy..! I suka apple hijau better than apple merah!” Aku dah menggedik membuatkan mummy hanya senyum sambil mengangguk-angguk mengiakan. Drama!

Aku ceritakan kisah aku, peragut, Mr Adrean dan mummy baru aku pada Syikin bila aku dah keluar wad dah kembali ke rumah sewaku. Reaksi Syikin, gelak sampai nak keluar isi perut! Kejam!

“Itu je kau boleh buat?! Gelakkan aku?! Apa punya memberlah kau ni, Kikin!” Aku dah tarik muka 14 belas.

“Ya lah, aku dah cakap dari dulu lagi. Kau dengan Mr Adrean tu memang berjodoh, kau tak percaya! Tengok, dah lah muka korang tu nak sama.. dengan mata sepetnya, hidung peseknya! Cuma beza kau ni pakai tudung, kalau tak mesti orang cakap kau adik dia!”

“Dah jadi adik dia pun sekarang!” Syikin galak gelakkan aku.

“Haa. Korang ni dah lah pekerjaan nak bertekak je kalau bertentang mata, sekarang dah jadi adik-beradik lagi akrablah korang bercakar, ye tak?”

“Hey, kau ingat aku spesis kucing ke?”

“Ye.. kucing dengan anjing!

Sebenarnya korang tu bertekak sebab nak selindungkan perasaan masing-masing, kan?”

“Aik, ni apasal masuk mood balada hati membelai jiwa ni?” Syikin sambung gelak lagi. Hey, aku gam gajah jugak peti gelak minah ni kat tekak dia biar ketawa sepanjang hayat dia!

“Sebenarnya, aku bukan saja-saja nak cari pasal dengan dia, bos kita tu. Tapi dia tu hati kering kontang kalah gurun sahara sangat. Tak berperasaan langsung kalau nak bernada tu, masa beri arahan, masa beri pendapat, masa bersosial lagilah kelabu! Itu aku suka pangkah dia. Tapi kalau time aku bangkang tu pandai pulak dia nak keluar perasaan marah!” Syikin tongkat dagu dengar cerita aku yang dah hampir setahun kerja bawah pemerintahan kuku besi Mr Adrean. Er, boleh ke aku klasifikasikan dia sebagai kuku besi ye?

“Tapi kau perasan tak.. dia hanya lawan balik cakap kau je..”

“Perasan.. sebab pendapat aku je tak masuk akal!”

“Ha’ah.. ada ke patut kau cadangkan tema Planet of The Apes masa annual dinner tahun lepas. Memang mengelegak lah mamat tu!” Kami sama-sama ketawa kuat bila mengenangkan merah padam muka Mr Adrean bila dengar suara aku yang beri pendapat dengan lantangnya. Haha.

“In my office. Now.” Intercom berbunyi. Aku dah mengeluh. Hee.. nak apa lagi lah ‘abang’ aku ni? Tak tahu ke sekarang ni telah masuk waktu balik bagi wilayah pejabat ini? Aku pun berjalan lah dengan lemah lembab ke bilik dia yang berada di tingkat atas. Terserempak dengan Syikin, dia hanya tersengih-sengih sambil melambai-lambai tanda nak balik. Pui, dasar budak account tak ada kerja! Datang nak lambat, balik nak cepat!

Aku ketuk pintu yang tertulis Managing Director, Mr Adrean Ng.

“Coming!” Aku akur dengan muka masih menekur ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience