BAB 14

Romance Completed 13290

“You.. you hidup semula dan mahu merampas kasih sayang mummy dan Ean dari I, kan? Kenapa tak dari dulu lagi you mati?!” Aku dah terkejut kalah beruk Pak Mat jiran mak kat kampung. Apakah ini? Aku ni mati hidup semula ke apa?

“For your information.. I dah selidik pasal you. You sebenarnya memang Amanda. Yes, you are Amanda Ng. Kenapa you tak ingat? Sebab semasa accident bot karam dulu you amnesia, you hilang ingatan dan you dijumpai di pantai oleh bapa you sekarang. Anak dia, Aisha binti Abdul Rahman dah meninggal seminggu sebelum mereka jumpa you. So, sebab itu mereka replace you as Aisha binti Abdul Rahman dengan surat beranak yang sama! Itupun you masih ada hati mahu kahwin dengan Ean? Huh.. hilang akal!” Aku ternganga. Otak macam tak boleh fikir betul ke tidak.

Aku terus berpaling untuk melangkah pergi tapi aku lagi terkejut bila Mr Adrean terpacak di muka pintu utama. Huh, rasa nak relai jantung. Mana satu nak buat ni? Mummy pulak asyik berteriak panggil Amanda.. Amanda.. Di depan aku pulak Mr Adrean dah pandang aku dengan pandangan berkaca. Aku nampak bibirnya menyebut Amanda jugak! Ah, boleh naik darah tinggi aku macam ni!

Aku dah tak ingat macam mana aku meloloskan diri dari kediaman itu tapi yang pasti sekarang ni aku dah duduk dalam bilik air berkunci dari dalam dan pancuran air hujan jatuh atas kepala aku yang masih bertudung litup. Aku buntu. Aku tak tahu apa aku patut lakukan sekarang. Nak telefon mak untuk sahkan, macam tak sampai hati. Nak balik semula ke rumah Mr Adrean dan double check dengan Baby, memang taklah. Ya Allah.. berikanlah aku petunjuk-Mu!

Aku dah macam kucing hilang anak. Handphone aku off dan sekarang aku berjalan tanpa arah tuju di sebuah pusat membeli belah. Aku masih ulang balik tayangan di rumah mummy tadi. Kata-kata Baby masih terngiang-ngiang.

Aku Amanda Ng? Aku Amanda Ng? Aku Amanda Ng?

Baby yang macam ahli sihir terlebih make-up tu kakak aku? Andy si pondan pincang identiti tu abang aku? Angel yang lemah lembut macam Snow White tu kakak aku? Dan Adrean jejaka yang berjaya menggoyah tembok ego cinta aku macam prince charming menjejak Rapunzel tu abang aku? Kiranya aku tak boleh lah nak bercinta dengan Adrean Ng?

Sedang aku berangan dan mahu melintas jalan, tanpa aku sedari sebuah motorsikal meluncur laju ke arahku. Tanpa sempat aku mengelak, aku hanya dengar bunyi hon dan rempuhan yang kuat. Segala-galanya gelap, kelam dan sunyi.

Aku buka mata perlahan-lahan. Aku nampak mak, ayah dan Syikin. Mak menangis. Ayah hanya senyum. Aku lihat sekeliling. Oh, aku dihospital dengan kaki bersimen dan kepala berbalut.

Aku terus raih mak dan peluk dia sambil menangis.

“Mak.. tadi kita mimpi. Kita mimpi kita pergi bercuti ke pulau dengan bot. Tapi mak tak ada. Ada orang cina je. Lepas tu bot tenggelam dan kita lemas. Kita terkapai-kapai panggil nama mak. Tapi mak tak ada jugak. Penat cari mak. Kita panggil mak. Tapi mak tak menyahut. Kita ingat kita dah mati. Kenapa mak tak menyahut kita panggil? Kenapa mak tak ada, mak tak pegang tangan kita biar tak lemas! Nasib mimpi je! Kita sayang mak! Ayah pun!” Mak masih menangis sambil usap belakang aku.

“Mak ada ni.. ayah pun ada.. Chacha tak apa-apa. Chacha kan anak kami yang kuat? Tapi itu bukan mimpi.. itu yang terjadi pada Chacha sebelum kami jumpa kamu!” Aku merungkai rangkulan mak dan memandang ayah. Ayah mengangguk lambat-lambat. Jadi, betullah? Betullah aku ni memang Amanda Ng?

“Kami minta maaf sebab tak beritahu perkara sebenar kepada kamu. Kami takut kehilangan kamu! Kami sayangkan kamu. Tapi kami terlalu pentingkan diri sendiri sehingga kami dah pisahkan kamu dari keluarga kamu.. maafkan kami, Chacha!” Mak masih memeluk aku kembali, menyambung tangis yang masih bersisa.

“Mak.. mak dan ayah tak salah. Chacha beruntung sebab dapat jumpa mak dan ayah yang baik macam ni. Sampai bila-bila pun Chacha tetap sayang mak dan ayah, sebab kalau mak dan ayah tak jaga Chacha sampai besar panjang macam ni, mesti Chacha dah tak hidup macam ni punya sihat sekarang!” Mereka tergelak mendengar celotehku, sihat kunun padahal terlentang kat hospital!

“Ok.. cukuplah buat drama samarinda kat sini! Cha.. ada orang tunggu kau kat luar. Mesti kau nak jumpa dia kan? Kami tinggalkan kau dengan dia ya?” Syikin sengih tersirat. Ah, dia memang suka berteka-teki dengan aku! Aku mendengar pintu dibuka dan terjengul satu wajah. Mr Adrean?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience