BAB 10

Romance Completed 13290

“I wish that you not Amanda Ng. I selalu harap yang you bukan Sunshine.” Amboi, jujurnya! Apa hodoh sangat ke aku ni kalau nak dibandingkan dengan adik kandung dia sampai tak mahu aku jadi adik dia?

“.. But you bring us Sunshine. I pun tak tahu. Kadang-kadang I keliru dan lupa, siapa you sebenarnya. Kadang-kadang you Chacha, tapi banyak masa you Sunshine. Sebenarnya, ini pertama kali dalam hidup I, I tak dapat jawab soalan yang nyata di depan I.” Aku berfikir lagi untuk soalan cepu cemas seterusnya.

“Em.. lets say that one day semua ini berakhir.. terbukti yang I memang Aisha binti Abdul Rahman, apa akan jadi pada I?” Ceh, soalan macam pasangan bercinta kalah zaman Azura Ogy dan Jamal!

“Hurm, you akan tetap selamanya jadi Sunshine.”

“Ok.. what if I am Amanda Ng?”

“Still.. you akan tetap selamanya jadi Sunshine.” Aku dah pandang dia dengan wajah berkerut. Bengang sebenarnya.

“So apa bezanya?! Buang masa betul!” Aku dah bangun dari tempat duduk bila perasaan soalan aku hanya jadi bahan jenakanya! Dah pandai melawak bos aku ni sekarang!

“Bezanya.. kalau you Amanda, you akan jadi Sunshine kepada kami tapi kalau you Aisha, you akan jadi Sunshine kepada I. I wish you be Aisha.” Jawabnya perlahan tapi masih aku yang tak pekak ni dengar. Bezakah itu? Sunshine kepada I dan Sunshine kepada kami? Tersirat!

Balik dari JB, jenuh jugak aku nak menjawab pertanyaan mummy bila nampak aku balik dengan Mr Adrean dan dahi pulak bertampal. Sungguh, mummy betul-betul sayangkan aku bila dia sangat risau dengan keadaan aku. Aku pandang Mr Adrean. Sebenarnya, semua orang ambil berat dan sayangkan aku disebabkan aku ni Amanda atau Aisha? Aku dah rasa macam aku ni split personality pun ya jugak.

Tapi, lepas balik dari JB ni aku makin akrab dengan Mr Adrean. Sebab utama kerana seminggu jugak aku kena menumpang dia sebab kereta aku yang masuk bengkel. Mulai dari sini lah staff dah mula perasan yang kami ni rapat dan aku paling tak suka bila ada timbul gossip.

“Chacha goda bos lah tu! Tak pakai kipas dah, pakai air cond!”

“Tak sangka aku, bertudung tapi perangai macam tu pulak! Teruk betul!”

“Mentang-mentang muka dia nak sama dengan adik bos, ambil kesempatan pulak!”

“Ada apa-apa ke tu? Entah-entah berlakon je kata bukan adik bos?”

Aku mendengus. Macam-macam aku dengar. Itu baru nampak aku balik dengan bos, tak nampak aku balik rumah bos lagi! Syikin relaks je suruh aku tenang, tapi aku ni rasa macam nak tendang orang! Terus hari tu aku balik dengan teksi dan balik rumah sewa aku dengan Syikin.

“Mummy tanya kenapa you dah 2 hari tak balik rumah..” Suara Mr Adrean mendatar dalam talian. Aku garu kepala cari alasan.

“Cakap je lah I outstation..”

“Eh, macam tu pulak? You nak suruh I bersubahat dengan you untuk tipu mummy? Dah lah bersubahat tu berdosa, tipu mummy lagi tambah dosa I, tahu!” Aku jadi pelik. Tahu pulak mamat ni dosa pahala? Dia pergi belajar agama ke?

“Chacha.. pedulikan mereka tu. I know you well. You jadi macam ni sebab cakap-cakap orang, kan?” Gulp! Aku telan air liur. Tahu je? Ada sixth sense ke? Tak pun ada sense of humour?

“Eh.. tak lah. I memang ada hal. Pasal mereka tu memang I tak ambil peduli pun!” Aku pura-pura gelak bagi menutup gabra.

“Ok good. Packing baju you sekarang. Balik rumah mummy. Mummy risaukan you, tahu. I ada di luar rumah you.” Aku terus bangun ke jendela. Ya, Mr Adrean sedang menyandar pada badan kereta siap kaki bersilang. Hee.. ni mesti kerja Syikin! Bila aku keluar dari bilik, Syikin tengah menyeringai sengih sambil angkat ‘peace’. Cis!

“Err.. I rasa esoklah I balik rumah mummy. Cakap pada mummy, don’t worry. I’m fine here. Later on I call mummy.” Aku cipta cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience