BAB 13

Romance Completed 13290

Aku berlalu dari dapur ke ruangan depan dan aku perasan ada ‘balak’ tengah berkubang kat sofa ruang tamu utama.

“Sunshine.. kejutkan Ean! Dari pulang berjogging tadi dia belum lagi mandi. Katanya mahu bawa mummy keluar.. Baik kejutkan sekarang,” laung mummy dari atas dan kemudian dia menghilang. Hee.. ini yang lemah. Kejutkan bos. Mesti tidur mati!

“Ean.. wake up..” Aku bersuara. Tak berhasil.

“Hey.. bangunlah!” Aku gerakkan bahunya. Pun tak menjadi. Sempat aku menelek wajahnya. Dahinya, keningnya, bulu matanya, lubang hidungnya, bibirnya. Wah, dia sangat kacak juga kalau masa tidur pun. Alahai, inilah padah dipanah asmara. Kentut pun bau wangi, bunga tahi ayam pun nampak bunga ros!

“Amanda.. Aisha.. Aisha..” Eh, menyebut-nyebut pulak nama aku!

“Yes.. I’m here. Just wake up now and you can see me clearly!” Dia tambah menyebut nama aku, dah macam meracau pulak.

“Please.. don’t leave me!” Hai, janganlah nak menakutkan aku pulak!

“Ean, bangunlah! Jangan main-main. You takutkan I saja!” Mukanya dah berkerut, dah berpeluh.

“Adrean?!” Bahunya aku gerak kasar.

Matanya tercelik besar lalu dia lantas bangun laju dengan posisi duduk. Nasib sempat aku melompat bangun, kalau tak mahu aku dipeluknya! Dia pandang aku macam tak percaya aku ada di depannya.

“What wrong with you?! Are you okay?” Aku dah berdiri di tepi menghadapnya.

“Chacha.. please don’t leave me..” Dia merayu sambil memaut jemariku. Aku terkesima. Rayuannya merintih hingga nampak macam dia hampir menangis.

“Please.. please.. Chacha.. I begging you..”

“Ey.. calm down. I ada lagi sini..” Aku terduduk sama aras dengan dia.

“I have a bad dream.. like a nightmare.. Please, don’t leave me.. I tak dapat bayang hidup I tanpa you!”

“Ok.. ok.. but please let me go for now..?” Aku tunjukkan genggaman erat tangannya di tanganku.

“Oh.. ops.. sorry!” Dia lepaskan tanganku lalu aku menggosok tanganku yang dah memerah. Apahal mamat ni? Sketsa betul! Saja lah tu alasan. Cakap je lah tak kasi aku balik kampung!

Lepas dari kejadian Mr Adrean mengigau hari tu, terus dia macam pelik je dengan aku. Bukan dengan aku saja,

dengan semua orang pun dia macam tu. Dia asyik termenung, mengelamun macam sedang memikirkan atau takutkan sesuatu. Takkan lah sebab aku? Atau sebab Amanda? Aku sebenarnya terfikir juga macam mana Amanda ni boleh hilang. Tapi aku takut nak tanya soalan tu sebab takut nanti akan sedihkan mereka, terutamanya mummy. Jadi aku diamkan saja dan Mr Adrean pun terus dengan kepelikan dia hinggalah dia outstation ke Langkawi untuk seminggu. Hadoi, lama lah aku tak nampak wajah kesayangan hamba tu! Biasalah, kalau dah kemaruk asmara ni pandang muka pun dah lepas rindu. Auww!

Aku pulang ke rumah dengan langkah longlai. Penat meeting dari pagi ke petang. Masalah jugak bila bos tak ada ni, semua keputusan kena pending dan KIV dulu. Dari luar rumah aku dah dengar suara bertengkar. Eh, apahal pulak tu? Macam suara memetir Baby?

“Hah.. ini dia orang yang mummy tunggu dah sampai. Why mummy.. why mummy lebih sayangkan dia dari Baby? Dari dulu lagi kan.. mummy dan Ean lebih sayangkan Amanda lebih dari Baby. Kenapa Amanda, kenapa dia.. bukan Baby?!” Baby dah mencerlung aku tajam dan mummy pula hanya diam menggeletar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience