BAB 16

Romance Completed 13290

Lama jugak aku berkeadaan begitu. Hidup dalam terpinga-pinga dan tanda tanya. Adalah ambil masa dalam setahun. Dalam setahun juga aku tak dengar cerita pasal Mr Adrean. Kalau Syikin nak bukak kitab pasal Mr Adrean pun aku larang sekerasnya. Dalam jangka masa ini juga status aku, ‘masih cuba melupakan dia’. Susah woo!

Aku ambil keputusan untuk pergi bercuti ke Langkawi dengan Syikin. Seronok! Boleh juga membeli-belah, dapat hilangkan tekanan! Dah penat terhuyung-hayang jinjit beg plastik sebesarnya, aku lepaskan lelah dan penat sambil duduk di bangku. Kaki dah tak larat nak ikut jejak Syikin. Syikin ni pakai bateri energizer ke? Tak lenguh ke kaki dia berjalan?!

“Kau tunggu aku kat sini, aku nak pergi kedai sana pulak. Mak aku kirim ni!” Aku angguk-angguk sambil tangan halau Syikin pergi cepat. Aku kipas-kipas muka guna surat khabar sambil mata melilau ke kiri dan kanan, tengok ragam orang yang pelbagai.

Mata aku tertangkap satu susuk badan yang macam aku kenal. Tak semena kaki yang kononnya penat tadi jadi bugar dan laju menapak ingin dekat dengan orang tadi. Penat berjalan, aku berlari. Yes, gotcha! Terus aku tepuk belakang bahunya.

“Ean..?” Panggilku perlahan, tapi aku rasa dia tak pekak untuk dengar. Dia berpaling. Tapi, aku kecewa sebab bukan dia yang kudamba. Muka yang tadi bercahaya dah jadi muram.

“Sorry.. salah orang..” Aku menunduk dan aku perasan lelaki tadi hanya menggeleng kepala.

Dalam aku menunduk tu, aku tak perasan air mata aku boleh jatuh. Hee.. kenapa aku ni sentimental sangat? Sebab dah kecewa agaknya? Rupa-rupanya dalam aku cakap aku dah boleh lupakan dia, sebenarnya aku tipu diri sendiri.

Nak mintak maaf dengan siapa ni kalau tipu diri sendiri? Cepat-cepat aku kesat air mata sambil berfikir balik mana tempat aku tinggalkan barang tadi!

“Amanda..?” Aku rasa macam jantung aku terkena renjatan bila aku dengar ada orang menyebut nama itu dan aku rasa ditujukan untuk aku. Terus aku mendongak. Mr Adrean Ng terpacak di depanku! Ah, nak pengsan!

“You memang betul-betul rindukan I macam I rindukan you, kan?” Tiada sangsi lagi, memang ya! Dah separuh mati rasanya! Tapi semua kata ni bergema dalam hati je, tak terluah dek kerana terkejut. Mr Adrean nampak makin kurus. Derita merindu.. kasihan!

“No doubt. Tak dengar suara you, tapi lihat reaksi you pun I tahu jawapannya.” Aku boleh angguk-anguk dengan air mata masih meleleh. Hee.. aku benci betul Aisha binti Abdul Rahman version sekarang. Pekerjaan nak menangis je. Tak kental langsung!

“Sorry.. I minta maaf atas apa layanan I pada you dalam masa setahun ni. I sebenarnya mendera perasaan I sendiri. I tak boleh pandang muka you. I tak dapat tahan perasaan suka I. So, I thought dengan ignore you I boleh lupakan you, or sedarkan diri I yang you ialah adik I. I try.. but I failed.” Aku hanya menjadi pendengar setia. Memang ini pun yang aku tunggu selama ini, sebuah penjelasan kepada sebuah kebisuan!

“I pernah juga terfikir untuk ajak you kahwin dan langgar kan semua peraturan dunia ni, tapi I tahu you tak akan setuju, kan? Tapi, I bersyukur sebab dalam perjalanan I untuk melupakan you sebagai orang yang pernah I kasihi, I jumpa sesuatu yang lebih bermakna dari semua ini.” Terus aku mendongak memanah anak matanya yang nampak berkaca. Apa maksud dia ni?

“I kenal apa itu islam, iman dan ihsan.. I bersyukur, Allah menemukan I dengan Aisha untuk mendekatkan diri padanya.” Huh? Apakah?

“Satu hari, I berhentikan kereta di jalan dan menangis di tepi kereta. I tak dapat terima lagi semua ni, I tertekan. Tiba-tiba ada seorang pak cik kejutkan I dan bawa I tidur di rumahnya sebab nampak I dah tak bermaya untuk berjalan. Dari situlah pak cik yang merupakan bilal masjid kenalkan I pada ketenangan yang abadi. Lepas ni panggil I, Muhammad Adrean bin Abdullah.. abang kepada Aisha binti Abdul Rahman..” Dia senyum sambil kesat matanya. Jadi, Mr Adrean dah jadi muslim? Jadi orang islam? Alhamdulillah!

“I in love with Islam. I in love with Allah. Rasa lebih lega dan tenang sekarang. Alhamdulillah!” Mr Adrean masih lagi senyum. Aku mengamati wajahnya.. ya nampak lebih tenang. Syukur, syukur Ya Allah!

“Itu sebab I cari you sampai sini sebab I rasa I dah bersedia untuk berdepan dengan you sebagai abang. Harap you pun sama, I dah tak mahu lihat ada air mata pada muka adik I ni. Terima semua ini sebagai satu ujian, tanda Allah sayang dengan kita. Allah ialah sebaik-baik perancang.” Aku macam melopong. Wah, dia pulak sekarang ni ambil tugas menasihat orang, dan orang itu ialah aku?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience