BAB 3

Romance Completed 13290

“Have a seat. Hai sopan santun pulak you hari ini? Kalau tak, tak perlu jemput pun you dah duduk dengan muka tak malunya!” Sempat lagi dia perli aku dengan pelatnya! Kurang asam jawa Adabi betullah!

“Cepat sikit boleh tak? Mak I marah kalau balik lewat..” Sorry lah, budi bahasa aku kalau berdepan dengan lelaki bernama Adrean Ng ni memang tak beradap sikit. Ala-ala balas dendam sebab dia dah sound aku setepek tadi kan?

“Mak you yang marah, tapi mummy you tak marah sebab you ada dengan your big brother..” Hek eleh, ada aku kisah? Aku cebik bila pandang muka dia yang tak beriak tu. Menyampah!

“Mari I ceritakan mengenai our family..” Siap ‘our family’ mulut dia! Tak pasal-pasal aku bertambah mak. Mak yang seorang pun aku tak terjaga. Ini pulak tambah ada abang macam si kayu depan aku ni! Apalah nasib aku ni!

“You mesti dah maklum mengenai hal mummy. Dia memang tak sihat, hari tu sengaja I bawa dia jalan-jalan. I tinggalkan dia sekejap sebab mahu pergi toilet, tak sangka pulak jadi macam itu. Sebenarnya, dulu mummy ada seorang lagi anak perempuan.” Mr Adrean berjeda sekejap sambil tunduk. Ambil mood agaknya?

“Nama dia Amanda Ng, tapi I selalu panggil dia Sunshine sebab dia lahir pada hari yang sangat baik dan terang. Lately, mummy makin sakit, dan kerinduan dia pada Amanda membuatkan keaadan dia bertambah teruk. Kami bawa dia ke pakar di Singapore, tapi bila dia tahu dia tidak dapat dipulihkan dia mahu pulang ke Malaysia. So, I’m bring her back. Dia cakap dia ada instinct yang Amanda masih ada, I menafikan until I met you. First time I jumpa you, I’m very shocked. Ingat tak masa di lift?” Memang aku takkan lupa pada seorang Chinese guy yang keluar lift lalu bertembung dengan aku di muka pintu lift yang dalam gerakan nak masuk lift, dan tatkala ternampak aku dia terkejut macam heart attack sampai mata sepetnya membulat dan mulut ternganga. Tak tahan aku tengok muka dia terus aku gelak berdekah-dekah dan aku berhenti gelak bila Syikin cakap itu bos besar tempat kami bekerja. Dari situ kami mula bergaduh! Hehe.

Aku gelak dan Mr Adrean berdehem.

“Sila sambung gelak di rumah.” Aku terdiam.

“I ingat you Amanda. Tapi, I takut untuk buat andaian sebab khuatir mummy akan tambah kecewa. I biarkan mengenai you dan sedaya upaya cuba mengelak untuk bercerita pasal you atau munculkan you di depan nya. Akhirnya I tak mampu berselindung sebab you all dah berjumpa dan terus dia mahukan you sebagai Amanda Ng. So, I harap you faham situasi yang sedang I berhadapan sekarang..

“ Aku je kena faham dia? Dia tak nak faham aku ke? Aku ni ada mak bapak lagi tahu, apa aku nak cakap kat mereka nanti? Ah, aku nak tarik diri! Aku tak nak tanggung risiko kalau ada apa-apa jadi pada aku nanti!

“.. Itu pun kalau you rasa nak kerja lama lagi di sini..” Sempat lagi dia peras ugut aku dengan muka dia yang konon-konon macam cool tu! Hey, itu bukan cool macam cool-fever tu, itu namanya tak berhati perut, bos!

“I’m done!” Terus aku bangun dan berpaling darinya.

“Kemas kain pakai you. Pindah rumah I. Jumpa malam ni untuk makan malam dan sesi perkenalan dengan adik beradik kita yang lain. You ingat lagi jalan ke rumah I, kan? You kan pernah attend party Planet of The Apes last year, remember? 8 pm, jangan lewat. Amanda Ng tak pernah lewat. Tapi kalau ingkar, I potong gaji you untuk bayar bill masuk hospital hari tu.” Aku pulak yang ternganga melihat dia bercakap sambil membelek dokumen di fail. Perasan aku masih statik, dia mendongak dengan ekspresi muka kosong ala-ala lagu Najwa Latif.

“Chacha.. I mean now.” Terus aku berkejar turun ke meja aku. Mak, aku tak mahu jadi Amanda Ng!

Aku melihat spageti di dalam pinggan aku sambil meneliti satu persatu lauk yang terhidang di meja. Halal ke ni? Hee.. boleh tak kalau aku nak pinjam labtop Mr Adrean sekarang untuk taip surat berhenti berkuatkuasa 24 jam?

Aku geleng-geleng kepala. Tak, tak boleh. Aku kena kerja. Sekarang dah lah susah nak cari kerja. Nanti kalau aku berhenti mesti mak bapak aku susah hati, dah lah aku sensorang je anak mereka. Dah lah susah payah Syikin rekomenkan aku kerja ni. Kalau aku berhenti kerja, aku telah mengecewakan Syikin, sohabat zaman uni aku tu! Kalau aku berhenti kerja, siapa pulak nak bayar kereta first hand aku tu, takkan nak harapkan mak bapak aku lagi, mereka dah pencen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience