BAB 5

Romance Completed 13290

Aku telentang di atas katil. Memikirkan hidup aku yang dah upside down 2,3 menjak ni. Ini belum masuk kes mak aku tahu aku menumpang tidur rumah orang ni. Penat jugak nak berjawab kalah wartawan berita hiburan.

Kedengaran deringan SMS masuk di telefon bimbit.

Amacam first day as Amanda Ng? Best? – Kikin

Not bad. Angelina Ng ok, peramah. Tapi, Audrey Ng dan Andy Ng si kembar yang menjengkelkan – Chacha

Hehe. Biasalah, baru-baru. Dalam dunia ni tak semua orang suka kita, tapi tak semua orang benci kita. Jangan pula kita mengadili seseorang dari luarannya sahaja – Kikin

Terima kasih cikgu Kikin sebab selalu mengingatkan saya! Akan saya ingat dan saya menghargai nasihat itu! –

Chacha

Jangan Amanda Ng celup ni in love dengan Adrean Ng sudah! Haha – Kikin

Shut up! – Chacha

Aku telengkup hand phone dan menadah ke syiling kapur bilik Amanda Ng. Seketika aku terpandang deretan buku-buku yang memenuhi rak bilik itu. Aku terpanggil untuk membelek, mana tahu dapat menerokai kehidupan Amanda Ng. Semua buku novel orang putih, novel penyiasatan, buku ulangkaji darjah enam dan buku muzik. Aik, Amanda ni belajar sampai UPSR je ke? Aku menarik salah satu buku yang tersusun tapi terjatuh pulak buku lain di kaki aku. Aku mengutip buku berwarna emas itu.

Diari? Aku membuka muka surat pertama. Sekeping gambar. Aku ternganga lalu menutup mulut dengan tapak tangan. Gambar Amanda Ng! Serupa sangat dengan wajah aku! Patutlah mummy sungguh-sungguh menyatakan aku anaknya! Aku tak nampak sebarang tanda yang membezakan kami. Teringat aku pada gambar aku semasa aku di tingkatan 1 yang tersimpan di dalam fac. Rakan sekolah lama aku yang tag gambar aku pada profile aku. Tak apa, esok aku nak bandingkan gambar ni dengan gambar aku. Betullah kalau orang cakap dalam dunia ni ada 7 orang muka yang sama dengan kita!

Satu persatu isi diari itu aku baca hingga aku terlelap.

“Bangunlah! You tak mahu pergi kerja kah?!” Aku terjaga dek satu suara garau yang asing di pendengaran aku. Terus aku melompat bila otak dah boleh proses dekat mana aku ada sekarang. Mr Adrean dah terpacak tepi katil dan dah siap berkemeja lagi.

“AHH!!” Aku menjerit lalu membalut kepalaku yang tak bertudung itu dengan selimut.

“Hey, I kejutkan you, tapi

tak payahlah you nak kejutkan satu rumah pula! Bukan nak ucap terima kasih I dah kejutkan you, malah menjerit pula you bagi!” Mr Adrean dengan selamba betulkan tali leher di cermin dalam bilik itu.

“Ey.. kenapa you masuk bilik I?! Macam mana you boleh masuk sini?!” Mr Adrean dah mencerlung ke arah aku.

“You dah hilang ingatan atau dah hilang akal? Inikan rumah I. Opss.. inikan rumah kita? Of course lah I ada kunci bila I ketuk pintu bilik ni macam nak pecah macam you hempas semalam tapi you masih tak terjaga! Cepatlah bersiap, dah lambat lagi banyak tanya!” Aku masih tak puas hati lalu bangun berdiri di atas katil.

“Hey.. you tahu tak yang kita ni ada batas-batas. Bila you buat macam ni, you dah tengok aurat I! Berdosa I tahu!” Aku dah memekik dan Mr Adrean dah pandang aku pelik.

“Bukan you pakai tudung kalau keluar rumah sajakah?” Aku dah berang.

“Ey.. I pakai tudung bukan nak lindungi rambut dari pancaran UV, tapi I nak lindungi rambut dan aurat I dari pancaran pandangan mata bukan mahram I iaitu lelaki yang layak dikahwini macam you!” Mr Adrean membalas dengan mood dia yang cool tak berperasaan tu.

“Oh.. ok. Sorry, Sunshine..” Terus dia berjalan keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience