BAB 11

Romance Completed 13290

“Bukan mummy je risaukan you, I pun risaukan you.. I tak mahu apa-apa jadi pada you kalau you jauh dari I. So, please, come with me..” Ah, ni yang aku lemah ni kalau melibatkan hati dan perasaan. Sekejap je melebur hati beku aku!

“Err..”

“Chacha..?” Itu dia suara aura ugutan dah keluar. Cepat-cepat aku bersiap ala kadar dan keluar rumah mengikut langkahnya.

Balik rumah, kelihatan Angel sekeluarga, Andy dan Baby. Kalau Baby ada di rumah, mesti aku rasa tak selesa. Pandangan dia tu macam cakap, ‘aku tak suka kau!’. Tapi tak tahulah kalau itu cuma tanggapan pertama aku sebab sejak dari hari pertama aku jumpa dia, memang dia tak bercakap dengan aku. Jeling je lebih. Dia ingat aku ni Siti Nurhaliza tengah berduet dengan dia nyanyi lagu Tan Sri SM Salim lagu Pandang-Pandang, Jeling-Jeling?

Kata mereka, hari ini ada makan malam special. Tak sempat pula aku bertanyakan mereka apa yang special sangat sehinggalah kami menerima kunjungan seorang tetamu. Seorang gadis, muka ala-ala pan Asia sikit, memakai dress biru, tinggi lampai dan menyanggul rambutnya. Cantik! Model mana pulak ni?

“Kenalkan.. Jasmine!” kata mummy kepada aku. Aku menyambut huluran tangannya. Lembut mengalahkan roti Gardenia! Jasmine tersenyum manis kepadaku. Cair.. nasib aku perempuan, kalau aku jejaka dah lama aku tackle awek ni!

“Oh, inilah Amanda! Cantik nya kamu!” Mak, dia puji aku? Betul ke bohong ni?! Aku tunduk malu tapi dalam masa yang sempat membanggakan diri pada Mr Adrean dengan angkat kening berkali-kali. ‘Engkau ado?’ Mr Adrean cebik tanda menyampah.

“Jangan puji dia melebih sangat. Nanti dia kembang sampai tak muat pintu untuk keluar rumah!” Seisi rumah tergelak mendengar kata yang terlahir dari mulut becok Mr Adrean. Huh, memalukan aku memang kau johan kan? Sejak bila pandai berjenaka ni?!

“I percaya dialah Sunshine. Hope this prosperity continue with new sunshine!” kata-kata si jelitawan ini mengundang tepukan gemuruh seisi rumah. Dia tambah senyum. Siapa sebenarnya Jasmine ni?

“Sunshine, mesti you tertanya-tanya siapa Jasmine kan?” Baby bersuara macam tahu-tahu je apa yang bergema dalam hati aku.

“Jas seorang doktor di hospital pakar dan doktor peribadi mummy. She is one of my bestfriend and soon will be my sister in law! Ah, can’t wait!” Ohh.. doktor, sahabat, kakak ipar. Er.. Jasmine ni nak kahwin dengan Andy ke? Tak mungkin pulak sebab Andy beriak biasa je. Er.. Jasmine ni akan kahwin dengan Mr Adrean ke? Mungkin jugak sebab Mr Adrean beriak luar biasa dengan berkerut muka pandang Baby. Hah? Kiranya Jasmine ni girlfriend Mr Adrean? Kenapa aku tak tahu pun? Jadi dia bawak aku balik bukan sebab risaukan aku sangat, tapi semata-mata nak kenalkan aku dengan minah ni? Kenapa aku terdengar bunyi kaca pecah? Aku pandang keliling. Tiada. Hati aku berkecai?

“Baby?” Mr Adrean berbunyi.

“What? I just nak share berita gembira! Adakah ia menjadi kesalahan?” Baby membentak.

“I dan Jas tiada hubungan istimewa. Kami hanya kawan, rapat sebab mahu membincangkan soal mummy. Jangan salah faham..” Mr Adrean menegaskan. Tak payahlah nak tegakkan benang yang basah! Mengaku jelah.. ada aku kesah?

“And why not you guys try to be together? You two looks suit and sweet what, together? Betul tak mummy?” Mummy hanya senyum dan mengangguk-angguk.

“Mummy gembira untuk yang terbaik bagi kamu! Betul apa yang Baby katakan. Tidak salah untuk kamu bersama, kita pun dah lama kenal Jas!” Jasmine hanya senyum. Tidak mengiakan, dan tidak pula menafikan.

“Apa pendapat you, Sunshine? You yang paling rapat dengan Ean, betul? Kita harus memikirkan mengenai kebahagian Ean pula sekarang..” tiba-tiba namaku pulak diseru Baby. Aku hanya sengih terpaksa melayan asakan soalan Baby.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience