BAB 8

Romance Completed 13290

“Tak.. maksud I, sebelum ni tak ada termaktub dalam prosedur pun nak pergi outstation kena inform MD? In fact, I got instruction

from my operation director apa?” Kedengaran dengusan halus di hujung talian.

“That was before, when you as Aisha binti Abdul Rahman. But now, you as Amanda Ng. In case if anything happens to you, what will I tell mummy?” Aku garu kepala. Susah lah kalau dah bergelar primadona ni, semua orang nak cari aku. Aku kena hired PA or PR ni!

“Hello.. are you still there?!”

“Ya.. ya.. So, you nak I buat apa sekarang? U turn balik?” Aku dengan naifnya bertanya, malas nak bertekak panjang lebar. Lama aku dengar jawapan bisu dia.

“Hello.. are you still there?!” Aku pulang balik ayat dia. Saja buat dia bengang! Hehe.

“Hurm.. no need. Just make sure that you will take care of yourself. Drive safely.” Aduh, lembut sungguh kedengaran suaranya di koklea telinga aku. Rasa macam nak mencair je cuping telinga. Bunyinya sungguh mengambil

berat. Manis!

“Ean.. adakah you pesan ini kepada Aisha binti Abdul Rahman atau kepada Amanda Ng?” Tiba-tiba terlucut soalan tu ke mulut aku. Tak sedar sebenarnya dah berkumandang soalan tu. Aku tepuk dahi. Apahallah aku bagi soalan macam tangkap leleh ni? Harap-harap dia pekak sekejap!

“Pesanan I untuk kedua-duanya. Kepada Chacha dan kepada Sunshine. I harap you akan pergi dan balik dalam keadaan yang sama, supaya you boleh menyambung kembali kasih sayang you kepada mummy..” Ahh.. merdunya! Aku senyum-senyum macam orang kurang senyuman!

“.. Menyambung kasih sayang kepada mummy atau menyambung kasih sayang pada you?” Erk, apa soalan aku ni?! Aku tekup mulut.

“Haa?!”

“Eh.. tak ada apa-apalah! Ok, bye!” Cepat-cepat aku matikan talian. Macam termalu pulak!

Selalu aku terfikir. Apa kesudahan kepada kisah aku dengan Amanda Ng ni? Dan bila ia akan berakhir?

Aku tak tahulah kalau aku ni sangat kuat berangan atau memang dah nasib aku tak baik tapi dalam perjalanan balik ke KL aku pulak accident! Tidak lah parah sangat tapi kereta aku yang parah! Huwaa!

Semasa kejadian, aku tengah bawa kereta mengikut had kelajuan yang ditetapkan sambil tangan ketuk-ketuk stereng ikut irama lagu. Lagu In Love With You, nyanyian Aizat Amdan dan Noh Hujan.

Aaa.. ku lebih tampan dari dia

Aaa.. ku lebih segak dari dia

Kau inspirasi ku oh wanita

Ku akan pastikan kau bahagia

Dalam sepi senja ku sentiasa ada

Tahukah kau aku.. in love with you

Aaa..pa pun yang ku berikan

Aaa..patah lagi intan berlian

Kecantikanmu membakar segala

Membara kita sampai ke syurga

Dalam sepi senja ku sentiasa ada

Tahukah kau aku.. in love with you

Amat mencintaimu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience