hundred plus strawberry

Other Completed 3838

selesai memilih bahan bacaan untuk tugasan kajiannya di perpustakaan,ilman mengambil keputusan untuk bersantai sebentar di laman kolej yang agak tersorok dari pandangan ramai.disitu port yang paling dia suka sebab tak ramai orang yang datang dan buat bising.jadi bolehlah dia berehat2 atau tidur sekejap sementara menanti kelas seterusnya bermula.

tempat biasanya dituju dan dia duduk berlunjur di umbi sebatang pokok yang sedang merendang.angin petang begitu lembut menyapa tubuhnya yang tegap. dia suka suasana begitu.sungguh mendamaikan.

ipad dikeluarkan dari beg galas dan dia mula melayari laman sosialnya.tak banyak hal yang menarik berlaku hari tu.cuma banyak info2 yang tak berapa penting sahaja.

sedang dia ralit,tiba2 telinganya menangkap satu suara yang bernyanyi2 perlahan tak jauh darinya.bila diamati,merdu juga suara tu.suara seorang perempuan.entah lagu apa yang akan dinyanyikan tapi dia ikut menghayatinya tanpa sedar.

*********

setelah genap 3 bulan memulakan kuliah,kelab persatuan pelajar telah menganjurkan satu aktiviti perkhemahan di sebuah hutan lipur. ramai pelajar melaporkan diri untuk menyertai aktiviti tersebut termasuk sara and the gang kecuali ivan. takkan lah ivan yang jeli tu nak join aktiviti macam tu.korang boleh bayang keadaannya nanti macam mana? menyusahkan saja .so baik dia stay kat rumah je daripada dia terjerit terlolong takutkan lintah dan pacat.kang tak pasal2 kena debik sebiji ngan sara.hahaha..

sedang sara beratur untuk mengisi borang,matanya tertangkap sesusuk tubuh yang dikenali juga sedang beratur tak jauh darinya..serta merta darahnya naik ke kepala.kenapalah dalam banyak2 kelab kat kolej ni dia boleh nak join kelab ni jugak?? menyampahnya aku ! rungut sara tanpa suara.hanya bibirnya saja yang tergerak2 meluah rasa tak puas hati.

" kau buat apa sara? terherot2 bibir kau tu aku tengok..exercise nak mungilkan bibir ke??" tegur tasha kehairanan. tina dah siap tiru dah.

sara jeling meluat.ni lagi satu masalah.kenapalah kepala otak diaorang ni masuk air sangat?? nak kata lembab,cerdik bukan main dalam kelas.tapi bila dah jadi macam ni,aku rasa macam nak hantuk je kepala kat tiang. kata bodoh kang tau merajuk empat tahun taknak tegur aku. rungut sara.

" xdelah..aku tengah stress nih.."

" stress apa? kang ni aktiviti favorite kau? apa lagi yang tak kena?"

" takde apalah." jawab sara malas.malas nak terang panjang2 nanti dia akan tau juga.

*********

tiba di tapak perkhemahan,masing2 terjerit penuh keterujaan sebaik terdengar deruan air terjun. ada yang siap terloncat2 macam kera kena belacan.ada yang baca doa konon2 taknak bagi kerasukanlah apalah.poyo je semua tu..

tapi keterujaan itu tiada langsung pada sara.semua gara2 mamat perasan handsome tuh ! arrghh ! kenapalah selama ni aku tak sedar yang dia dalam kelab yang sama ngan aku? kalau tau kan senang boleh tukar kelab awal2.tapi sara,kau betul ke boleh tukar kelab? tak menyesal? soal ssatu suara lain dalam kepalanya.

dia menggelengkan kepala sambil menepuk2 pipi untuk cuba menyedarkan diri dari khayalannya..sepasrah mungkin dia cuba menerima hakikat yang dia dan ilman memang ditakdirkan untuk selalu terserempak dan cari masalah..

" apalah malang nasib aku jumpa orang macam tu.." rungutnya tak bermaya.

sewaktu dia sedang sibuk memunggah barangnya dari perut bas,terasa lengannya dicuit seseorang dari tepi.bila dia menoleh,terus matanya dijulingkan bersama satu keluhan panjang.

" kau nak apa lagi? boleh tak kali ni kau jangan kacau aku? aku datang sini nak rileks2 je tau..aku malas nak bertekak ngan kau lah..lain kali jelah kot ya kau nak ajak aku bertekak.aku takde mood ni." katanya tak bersemangat.

ilman terkebil2 sendiri.belum cakap apa2 lagi dah kena sembur.memanglah budak ni takleh bawa bincang.

" bila masa aku kacau kau?? "

" kalau tak kacau abis sekarang ni apa? takkan kau nak mengorat aku plak? banyak2 kelab kenapa kau join kelab ni haa?? "

kening ilman terangkat sebelah.

" kenapa salah ke? patutnya aku yang tanya soalan tu kat kau.kau tu pompuan asal masuk kelab ni? "

" suka hati akulah.dah aku suka."

" haa samalah jugak ngan aku.."

sara herot mulut tanda menyampah.taknak hirau lagi,dia terus tunduk untuk mengangkat begnya.tapi dia pelik bila tiba2 ilman menghulurkan sehelai sweatshirt kepadanya.dia memandang hairan.

" kau dah kenapa?" soal sara dengan dahi berkerut.

" ambillah ..pakai kat...." ilman serba salah.nak bagitahu dia takut nanti sara malu dan menuduh dia bukan2.tapi kalau tak bagitahu nanti sara juga yang terlebih malu.

" pakai nak buat apa? aku bukan demam kura2 pun..sejuk pun tak..simpan ajelah baju kau tu..aku tak pakai baju lelaki even perangai aku macam lelaki." kata sara dengan angkuh.

dia segera membuka langkah tatkala ketua rombongan memanggil namanya untuk dibahagikan dalam kumpulan.

ilman garu kepala.gigi menggigit bibir dengan rasa yang pelbagai..dia serba salah dan malu juga sebenarnya.

" tunggu.." ishh ni yang payah ni bila tak tau nama.selama ni asyik beraku kau saja bila berjumpa.

" kau nak apa lagi??" sara dah mula nak naik angin. dia memerhati saja ilman mendekatinya dan menghulurkan sekali lagi jaket kepunyaannya.

" aku kan dah kata..."

" ada tumpahan strawberry kat belakang kau.aku nak kau cover ngan jaket aku ni..kalau tak nanti kau juga yang malu.." pintas ilman laju sambil meletakkan jaketnya keatas tangan sara sebelum berlalu.tak sanggup dia nak tengok wajah sara lepas ni.

sara terdiam..serta merta wajahnya terasa berbahang sebaik dia melihat belakangnya.macam mana dia boleh tak perasan? dan kenapa mamat tu yang nampak? mana aku nak taruk muka ni?? makkkk !!! dia sudah tersebik2 macam nak menangis.

dengan rasa malu yang menebal,dia lilitkan juga jaket hitam kepunyaan ilman ke pinggangnya dan kemudian menundukkan kepala berlalu kearah kumpulannya.

dari kejauahan,ilman tahan tawa melihat gelagat sara.tulah sape suruh sombong sangat tadi.malu lah tu..ingat aku nak sangat ke kacau kau??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience