sneakers

Other Completed 3838

dari balik dinding,sara peluk buku sambil mengetap bibir.dia teragak2 samada mahu pergi kearah ilman atau pun tidak.dia still malu sebenarnya.hari tu dia beria2 merajuk.sekarang bila ilman dah kurang layan dia,dia mula rasa kehilangan.dia nal berbaik semula dengan ilman.huhuhu

akhirnya nafas ditarik dalam2 dan dihembus panjang.dia nekad,kali ni dia akan mengalah.ya mengalah.kali ni je ok?? next time no more! setelah mengumpul kekuatan,dia pun keluar dari tempat persembunyiannya.tapi....

" maakkkkk!!! " jeritnya lantang sebelum jatuh terlentang.dia mengaduh sakit seraya mengusap punggung. kepala diangkat bila terdengar suara orang tergelak.

" buruknya rupa kau terkejut?? macam pontianak.." perli ilman.

" kau dah kenapa gile?? sejak bila kau hendap aku ni hah??" marah sara.

" aku hendap kau?? hello,tak kuasa ok? aku kebetulan je lalu sini then ternampak kau.apa kau buat kat sini? kau intai aku ea??" teka ilman dengan riak nakal.

sara berdecit mengcover malu.lambat2 dia bangun menghadap ilman.

" takde keje aku nak intai kau." dia menjeling tajam.

ilman mencebik.

" kau dari mana nak ke mana?

" tak ke mana.asal?"

" saja tanya tak boleh ke?"

" tak boleh!"

"amboi ..bukan main kerek kau ngan aku sekarang kan? "

sara angkat bahu.tiba2 ilman merendahkan badan dan wajah mereka berjarak kurang sejengkal.sara benar2 terkejut.jantungnya mula buat hal lagi.laju je dia tonyoh muka ilman agar menjauh.

" kau dah kenapa? gila ke??"

" kenapa ya sekarang ni aku tengok kau lain macam je hah??"

" lain macam apa? im still the same ok?"

" no you're not.."

"apa kau merepek? apa yang lainnya?"

" kau nampak...makin lawa...makin sweet.."

aaah sudah ! dia buat lagi..Dia tenung ilman dengan kening bertaut.

" kau demam ea??" tanya sara pelik.

" betul..kau nampak lawa.kau make up eh??"

" what?? nonsense! sejak bila aku pakai make up? kau ni dah rabun ke?"

" really? yelah agaknya..mustahillah kau boleh jadi lawa tetiba kan??" sakat ilman dengan gelak jahat.

" what the..?? kau nak kata aku tak lawa lah selama ni??" soal sara dengan nada tinggi.

" sikitlah.."

" kurang ajar ! sini kau !" sara mengejar ilman yang dah berdesup melarikan diri sambil ketawa mengejek.maka berlakulah adegan kejar mengejar antara mereka di dataran utama kolej.tak hirau dah pada mata yang memandang.yang sara tau,dia nak hempuk ilman je..

***********

" eh sara.." tina menyiku sara yang ralit menaip sesuatu di telefon bimbitnya tanpa tengok kiri kanan dah.

" apa..?"

" tengok tu.."

" tengok apa?" tanya sara malas.mata lebih fokus pada gadjetnya saja.

tina mendengus sebelum merampas telefon sara.sara kerut muka tanda bengang.

" kau dah kenapa? bak balik!"

" kau ni kan.aku tengak bercakap ngan kau ni ,yang kau ralit ngan menatang ni kenapa??" marah tina.

" bercakap dengan mulut,dengar dengan telinga bukan dengan tangan.kau nak cakap,cakap ajelah..aku dengar.bukannya pekak lagi.bak balik phone aku.." balas sara.

" betul tapi kau dengar tak tadi aku suruh kau tengok..tengok pakai mata kan? so tadi mata kau kat mana??"

sara mendesah bosan.

" yelah..kau nak suruh aku tengok apa?"

" tu.." tina memuncungkan bibirnya kehadapan. dengan reaksi kurang senang,sara menoleh juga.dan seketika dia kaku.keras kejung tak kata apa.jantung hati paru2 semua macam tak berfungsi je..

tiba2 rasa itu datang lagi bertandang disudut hati.

" sweet kan?? untung pompuan tu..tulah hari tu kau jual mahal sangat kan? sekarang ilman dah cari orang lain..melepaslah kau.." ujar tina sambil menggenggam kedua belah tangannya dan membuat muka terharu.

di depan sana,ilman dengan penuh gayanya tunduk membetulkan tali kasut seorang gadis yang tak kurang hebatnya.lawa pun lawa.seksi tu adalah sikit tapi tak keterlaluan sangat.

sara mencari wajah tina.

" kau merepek apa ni?? bila aku jual mahal? bila pula aku feeling ngan mamat tu?? kau jangan nak memandai..suka hati dialah nak couple ngan sape pun.."

" yeke kau takde feeling? bukan kau rapat semacam ke ngan dia? hari tu bukan main mesra lagi kau ngan dia aku tengok.takkanlah kau tak rasa apa2 langsung??kau jangan nak cong aku lah.."

" hello..aku ngan dia takde apa2 ok? we both just a close friend like us two.macam kita ngan tasha and ivan.tak lebih dari tu ok?? kau jangan nak melebih.." nafi sara.

" but why aku tengok kau pandang ilman semacam lately nih? macam kau suka dia? haa??" tina giat mengusik.

" bila? mana ada! kau je yang memandai.." sara harap wajahnya tak berubah rona sekarang.kalau tak saja2 je dia dapat malu.

tina ketawa mengusik.kalau ada tasha ngan ivan lagi syok dia kenakan sara ni.dah terang2 dia nampak reaksi sara macam mana waktu dia nampak ilman tadi.sara cemburu! tapi malu nak mengaku.takpe sara,kau taknak mengaku ya? taulah nasib kau nanti..

" ok..tapi serious weh..pompuan tu memang sepadan ngan ilman.lawa lagi.dia pun nampak lagi vogue dari kau.sah anak orang loaded. kau rapat ngan ilman dia tak citer apa2 ke?"

" citer apa?"

" pasal awek dia tu lah.."

" takde pun..aku pun taknak ambik tau.lantak dia nak couple ngan sape.aku cuma kawan je ngan dia.." jawab sara acuh tak acuh.mata menjeling ilman yang dah berlalu bersama kekasihnya.sekarang dia tau,ilman memang tak sukakannya.ilman tak pandang dia lebih dari seorang kawan.nampaknya cuma dia je yang lebih2. nasib baik dia tak cakap kat sesape soal hatinya.kalau tak berganda lagi malu yang dia dapat.yelah cinta bertepuk sebelah tangan.huhuhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience