coklat

Other Completed 3838

sara tepuk dahi melihat gelagat tina dan tasha yang saling berbisik dihadapannya.nama je berbisik tapi sebatu boleh dengar.kali ni entah apa pula yang difikirkan oleh otak kartun diaorang tu.

mujur ivan tak sespesis seperti mereka.kalau tak,mahu dia tak mengaku kawan.

" hoi! kau buat apa tu hah?? boleh tak jangan buat aku angin kat sini? nak bisik2 balik rumah lah.."

" mak singa dah angin.." giat ivan sambil menyedut minuman kotaknya.

tina dan tasha menoleh sambil tersengih2..

" rileks lah..kau ni sikit2 nak marah.nanti cepat tua tau?"

" sebab kaulah aku cepat tua!" sergah sara. tina juih bibir.

" lepas kita nak gi mana? takkan nak lepak sini je? bosan lah.." rungut ivan.

sara memikirkan sesuatu sebelum dia ukir senyum penuh makna.

" oh please ! jangan kata kau nak ajak kitaorang buat outdoor activities lagi hari ni.." tasha cepat2 mencelah sebelum sara sempat buka mulut. tengok sengih tu pun dia dah faham sangat maksudnya.

" dah kau kata bosan kan?"

" bukan aku ok.just ivan.kalau kau nak pergi,ajak dia je..aku taknak..kan tina kan?" tasha menyiku tina menyuruh dia mengiyakan saja..tina angguk macam burung belatuk.

sara pandang ivan lain macam.

" so amacam jeli? kau setuju tak?"

" kau nak bawa aku ke mana?"

" main paintball!"

" whatt???" hampir terpekik ivan dibuatnya.. tina dan tasha berhigh five.nasib baik dah reject awal2.nasib kau lah jeli.sape suruh merungut sangat tadi.

" yess ! dan kau akan ikut aku.no excuses..alright jeli??"

" tapi..." ivan dah serba salah..dia mencebik sedih menyesali perbuatan sendiri.habislah dia kena kerja ngan sara nanti..dia menjeling sakit hati kearah tina dan tasha yang sakan menggelakkannya.

" takde tapi2.tadi kau cakap bosan sangat kan?"

" takde benda lain dah ke kau nal buat?"

" kau expect aku nak buat apa?? shopping? dressing? sorry lah bukan style aku.." balas sara menyandarkan tubuh ke kerusi. ivan mengeluh penuh tekanan.

" nasib kau lah jeli.." gelak tina terkekeh2.

" korang nikan memanglah..suka buli aku kan? mentanglah aku macam ni.." rajuk ivan.

" salah sape juga? kau yang mula dulu.padanlah muka kau..dah tau makcik ni macam ni,lagi lau berani bersungut." perli tasha.

" hurmmmm...."

" dah2..jom gerak.kang lambat plak..tak puas main nanti..tapi sebelum tu aku nak ajak somebody dulu.." sara mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

" amboi..somebody you ! kau nak ajak ilman sekali ke? wahh! sejak bila kau reti nak ajak dia? selalu kan kau tau ajak gaduh je.." sakat tina.

" diamlah kau..debik kang baru tau.." sara menjeling tajam.sebenarnya malu bila tina menyakat begitu.

********

di gelanggang paintball,ilman sedia menanti kehadiran sara dan ivan.kebetulan dia berada berdekatan gelanggang tu sewaktu sara menghubunginya,itu yang dia setuju untuk turut serta.sesekali lepas gian best jugak.dia pun dah lama tak main.

" wah cepatnya kau sampai !" tegur sara ceria.dia angkat tangan pada dua orang lagi teman ilman yang turut berada disitu selain zarif.masing2 tersenyum dan membalas sapaan sara.

" kebetulan aku ada dekat area ni masa kai call tadi.tu yang aku sampai dulu..mana tina ngan tasha? tak join ke?"

" dorang taknak..jadi aku bawak jeli je..kan jeli??" sara angkat kening kearah ivan.ivan jeling menyampah. ilman tergelak halus.habislah kau ivan.

" so tunggu apa lagi? jom lah mula..kau dah bayar belum?"

" dah.."

" berapa?"

" takpe..hari ni aku belanja.."

" wuuu..tak sia2 aku ajak kau.." sakat sara dengan riak nakal. ilman jungkit bahu. turut senang hati melihat keceriaan sara yang luar biasa tu.

mereka sama2 bergerak ke tengah gelanggang dengan dua kumpulan. ivan,sara dan zarif satu kumpulan manakala ilman dan dua lagi satu kumpulan.

baru beberapa minit bertempur,ivan dah kecoh terjerit sana sini takut kena tembak. macam bapuk je dia lari sembunyikan diri disebalik halangan.eh tapi,dia memang bapuk pun kan? hahaha

sara pula,langsung tak beri peluang kepada pihak lawan untuk menyerangnya.dia menyasarkan mereka dengan bersungguh2 dan tepat sekali.

ilman memuji kecekapan sara dalam diam.boleh tahan budak ni main.tapi tunggu dulu,kau tak tengok aku betul2 main lagi..dia sengih jahat disebalik topi pelindung muka.

sejam kemudian mereka selesai bertempur dengan kemenangan berpihak kepada team Ilman.sara yang tak puas hati terus terduduk diatas rumput dengan muka masam mencuka.ilman ketawa geli hati.

" kau ni macam budak kecik lah.benda macam tu pun nak merajuk."

sara rasa benar2 tercabar.selama ni belum pernah dia kalah pada sesiapa. wajah ilman dipandang geram sebelum dia menggelupur macam budak2 tak dapat makan aiskrim.

ilman ketawa berdekah diikuti teman2nya.sara memang lawak.

" eh beb ! kau dah kenapa? omaiigad ! controllah sikit malu aku weh !" ivan menepuk2 bahu sara sambil cover muka.

" ni semua kau punya pasal ! kalau kau tak lari tadi,aku tak kalah macam ni tau?? " marah sara sambil memukul2 ivan semula.ivan apa lagi terjerit2lah dia macam mak lampir.

" sakitlah ! janganlah pukul kuat2! aku bukan sengaja pun tadi dah aku takut,aku larilah" ivan membela diri.jenuh dia cuba mengelak dari dikerjakan.

" aku tak kira !!"

ilman geleng kepala.comel betul reaksi sara tu.tak tau pula sara yang kasar tu boleh jadi macam ni kalau dah kalah teruk.tadi pun jenuh dia cuba mengelak dari terkena tembakan gadis itu.bukanlah dia sengaja nak kalahkan sara tapi dah adat perlawanan kan?

" hoi kau ni sudah2lah..kesian dia..kalau kau tak puas hati,lain kita main lagi nak?" ilman cuba memujuk.

" taknak ! serik dah aku main ngan kau ! ngan pompuan pun tak kasi can." dengus sara.

" alaa rileks lah..nama pun game.mesti ada yang menang dan kalah..dah nasib kau kalah di tangan aku hari ni,nak buat macam mana? "

" argh! aku tak kira !aku nak balik !" sara bangun dan meluru kearah superbikenya.ivan terkedek2 mengejar macam angsa tonggeng.sakit mata pula melihat cara dia berlari.

" tunggulah aku !"

" jangan ikut aku ! ni semua kau punya pasal!"

" what?? habis aku nak balik ngan apa? kau janganlah kejam sangat nak tinggal aku kat sini.bawalah aku sama." rengek ivan.

" aku tak peduli..pandai2 kau lah.nak topi kau ni.."

" sara .jahatnya kau.??" ivan mencebik hampir menangis.

" sapa suruh kau buat team kita kalah?? padan muka kau !" sara menyarung helmet dan bersedia untuk menghiduplan enjin motor.dia menjeling bila ilman datang membawa sesuatu.

" wei rilekslah..janganlah marah..tak coollah kau ni.ok aku minta maaf..lain kali aku kasi can kau menang. "

" no more lain kali !"

" ek eleh..camtu pun nak merajuk.nak coklat ni..hadiah untuk kau.." ilman menghulurkan satu beg kertas yang penuh dengan pelbagai jenis coklat dan perisa.sara buat tak heran.jangan harap nak ampu aku ngan benda tu.tadi bukan main gelakkan aku.

" ambillah..jual mahal pulak."

" aku tak makan coklat! lemak !"

" yeker?? hari tu aku tengok bukan main lagi kau tapau sampai satu plastik kat kedai apek tu?" ilman sengih nakal.

err ada ke? bila?

" tu bukan aku yang nak.tu adik aku suruh belikan.. "dalihnya menutup malu.

" come onlah weh..aku taulah perangai kau ni even kita kenal takdelah lama sangat.ambil jelah.jangan menyesal kalau aku bagi orang lain.." ilman setia menghulurkan beg tersebut.

" ada aku kesah??"

" betul ni?? kau taknak??" ilman jungkit kening..seminit berlalu sara masih buat tak tahu.baru kira2 nak serah pada ivan,sara dah dulu menyambar dengan muka yang takde reaksi.cepat2 dia turunkan cermin topinya untuk menghalang wajahnya daripada dilihat ilman.dalam hati allah je tau apa yang dia tengah rasa.nak2 pula bila ilman dah tersengih2.

" tau ambil.lain kali jangan jual mahal sangat..sudah2lah merajuknya ya? aku kan dah minta maaf??"

sara mencebik dsn terus memecut motornya dari situ.ivan terkebil2 kebuntuan tak tau nak balik ngan apa.dia tersebik lagi nak menangis.

" sudahlah bro.kau balik jelah ngan aku.apalah kau ni.macam tu pun nak nangis macam pompuan.buat malu kaum je. sapa suruh kau lari tadi.."

" dah aku takut aku larilah ! kau bukannya tak tau sara tu macam mana.silap besar aku ikut dia tadi..lain kali taknak dah aku tegur dia.." kata ivan dengan muka yang sedih.

" nasib kaulah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience