malu tapi mahu

Other Completed 3838

tiba dibawah pohon mempelam,sara menghentikan langkah dan menyingsing lengan baju sampai ke siku.dia berpusing dan mereka keempat2 mereka dengan wajahnya yang merah menyala.tangan dah naik ke pinggang.macam gaya nak ajak bertumbuk pun ada.

ivan lantas bersembunyi dibelakang tina.dia dah boleh hidu bahaya yang bakal meletup tak lama lagi.

" so explain! ni kerja sapa? haah??"

ilman,ivan dan tasha pantas menunding jari kearah tina.

" apa aku plak? korang pun terlibat juga kan? mana aci tuduh aku sorang !"

" sape suruh kau memandai hah?" gertak sara.

" alaa..kitaorang cuma nak tolong kau je.dah kau susah sangat nak ngaku yang kau suka si ilman ni.kalau tak buat macam ni,ntah tahun bila baru korang boleh bersama.." kata tasha membela diri.

" tu bukan urusan kau pun.yang kau sibuk nak jadi pengatur jodoh ni kenapa?? maknanya hari tu korang dah berpakatlah berlakon depan aku?" sara terus menyinga bila teringatkan hari tu.

" yelah. kalau kau tau ,rosaklah plan..bukannya kitaorang tak tau kau macam mana.." sahut tina pula.

sara menjeling mereka satu persatu.tiba wajah ilman,dia segera ketap gigi dan melarikan wajah kearah lain.sakit hati !

" kau marah ke?" tanya ilman.

" kau nampak aku suka??"

" ok aku minta maaf tapi janganlah salahkan diaorang.aku yang minta cadangan diaorang..macam yang tasha cakap,kalau tak buat macam ni bila lagi kau nak mengaku yang kau memang ada hati kat aku? "

" eh,bila masa aku ada hati kat kau hah?? jangan nak perasan sangat ok?"

" eleh..macam aku tak tau..eh,senang sangatlah nak baca gerak hati kau tu.kau mane reti nak sembunyi air muka kau..kau ingat aku lembab sangat ke untuk tak perasan?" tanya ilman. sara mengecilkan anak mata.

maka bermulalah sorang2 menjelaskan keadaan sebenar dari awal sampai akhir.sara rasa macam nak lari terjun sungai je sekarang ni.baik dia punya simpan rahsia akhirnya kantoi juga.semua tina punya pasal! jaga kau nanti.

" so sebenarnya kitaorang dah lama tau pasal perasaan kau tu cuma buat2 tak tau je sebab nak tengok sejauh mana kau boleh menipu diri sendiri..dan tak sangka pulak yang kau smpai sanggup nak putus kawan.."

" and thats the reason why i do love you so much my sweetie!"

"uuuuu..." tina dan tasha serta gelak mengejek dengan luahan ilman yang kedengaran agak romantik.

" love lah sangat..eh kau tau tak aku...."

" tau..tau sangat.. tapi kan aku dah kata,aku tak boleh kehilangan kau? hidup aku tak lengkap tanpa kau..aku tak tau sejak bila aku mula sayang kau..awalnya aku pun macam kau.aku benci sangat kat kau sebab kau annoying gila kot ?! tapi tulah,orang tua2 kan selalu pesan,jangan benci sangat nanti lama2 akan sayang sangat.macam kita.."

" perasan nya kau ni ? sape sayang kau?" lagi sara taknak mengaku.

" udah2lah sara oi ..berapa lama lagi kau nak simpan rahsia kau tu hah?? kau ngan dia pun dah jadi tunang..terima jelah.." tina mengeluh bosan.

" sebab kaulah semua ni jadi !"

" patut kau ucap terima kasih tau kat aku sebab dah satukan korang..ni nak marah plak."

sara ketap gigi lagi.lama2 boleh relai gigi dia yang cantik tu.

" serius cakap,aku memang sayang gile kat kau..aku tau ayat ni klise tapi jujur,kau first love aku.aku tak pernah suka mana2 pompuan sebelum ni sebagaimana aku sukakan kau..tak percaya kau boleh tanya mama aku.tak pun kau tanya zarif.dia kawan aku sejak kecik lagi.dia tau semua pasal aku.dan aku serius nakkan kau.aku nak kau jadi sebahagian daripada hidup aku.aku nak kau jadi isteri aku dunia akhirat.jadi ibu kepada anak2 aku.menantu kepada mama dan papa..aku janji,aku akan jaga kau sebagaimana aku jga diri aku sendiri.aku akan sayang kau sepenuh hati aku..aku takkan sia2kan kau..aku sukakan siapa diri kau yang sekarang.kau tak macam pompuan lain yang tergedik2 nakkan aku sebab apa yang aku ada.. betul kata zarif.kau unik.." ujar ilman panjang lebar.

sara merasakan seakan dadanya kembali sesak. nak taknak dia terpaksa mengaku yang kli ni memang dia agak terharu dengan kata2 ilman.

" huish!! mana plak datangnya habuk ni? dahlah tasha,jom naik..kang tak psal2 becak plak laman makcik salmah ni.ivan kau pun jom naik.." tina mencelah sambil pura2 menepis habuk didepan muka..sara menjeling tajam.dia ni kalau tak bagi aku malu tak sah !

" so sara..please..kita boleh teruskan ikatan ni kan?aku betul2 maksudkannya.." tambah ilman sebaik ketiga2 rakan mereka berlalu.dia berdiri tegak menghadap sara yang berpeluk tubuh.

" aku..."

" takyah nak malu..aku tau kau ego.aku pun ada ego sendiri.kalau kita teruskan dengan ego tu,sampai bila kita nak pendam perasaan? berapa lama kita nak merana rindukan masing2? "

" bukan malu lah bodoh..aku cuma tak tau nak cakap apa je.." balas sara.

ilman tergelak.comel betul.

" maknanya kau dah boleh terimalah yang aku ni bakal suami kau?"

sara jeling maut.dah tau lagi nak tanya..saja nak bagi aku tambah malu. ilman ketawa bahagia..

" thanks sweetheart.."

" eh kau takyah nak sweet2 sangatlah .geli ketiak aku tau tak?"

" takpe.masa ni kau jual mahal.lepas kahwin nanti kau tau lah apa makna geli yang sebenar..masa tu baru kau tau aku sape..dan lagi satu, aku rasa kau dah boleh mula practice lidah kau tu untuk panggil aku abang..takkan selama nya kita nak beraku kau? kan tak manis orang dengar?"

" whattt??? " sara buat muka geli lagi.abang?? omaigadd!

"yes..heehee..kalau kau degil,taulah nasib kau macam mana nanti."

" gile! taknak aku! " sara bergerak laju untuk naik ke atas semula.

" kau nak gi mana?"

" aku nak cancelkan pertunangan kita nih"

ilman cepat2 berlari dan menghadang sara sehingga memaksa gadis itu berhenti.

" kau berani buat esok juga aku suruh family kita kahwinkan kita.kau jangan cabar aku.." ugut ilman.

" whatt?? kau .."

" aku tak main2.. kalau kau rasa kau nak kahwin esok kau pergilah naik bagitahu diaorang yang kau nak putus tunang.for sure pagi esok tok kadi siap menunggu di masjid."

sara geleng kepala dengan muka berkerut.

" sah kau ni dah gila.." rungutnya perlahan dan segera mengelak hadangan ilman. dalam diam dia tersenyum sendiri.

" sara.."

" aku nak putuskan pertunangan ni sekarang jugak !"

ilman ternganga seketika kemudian perlahan2 bibirnya menarik senyum sebelum tawanya meledak.kuat lagi tu..terloncat2 dia macam kera dapat bunga.akhirnya menjadi juga rancangan si tina..terima kasih semua yang terlibat..tunggulah jemputan kahwin esok..hahaa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience