kekasih baru

Other Completed 3838

sebelum pulang sara melepak seketika dibangku berdekatan perpustakaan.waktu2 macam ni dah tak ramai pelajar yang ada.

sedang dia ralit satu sms masuk ke peti mesej telefonnya.cepat2 dia buka dan..dahinya berkerut..sms dari nombor yang tak dikenali.

'hai'

'kau sape?' balasnya.

'somebody wants to know you'

' sorry?? nak buat apa? aku tak kenal kau pun..mana dapat nombor aku?' sara bagi ayat klise.huhu

' sebab tak kenallah nak kenal.boleh tak? '

' taknak aku kenal kau.' terus dia matikan handphone dan simpan senyap2 dalam beg.ganggu ketenteraman je..

kemudian dia bernyanyi2 kecil sambil mata melilau ke sekitar.rasa bosan pula bila takde teman2nya disisi..apa boleh buat,mereka dulu lagi dah cabut lepas kelas tadi.cuma dia yang malas nak balik.

" hoi!!"

" makk!!" dia terjerit kerana terkejut dengan sergahan yang tak diduga tu.hampir saja dia terjatuh dari tempat duduknya..

ilman gelak jahat. suka kerana berjaya mengejutkan sara.

sara ketap gigi geram.tak habis2 nak cari pasal! begnya ditarik dan dihempuk keras kearah ilman.ilman mengaduh sakit.

" kau ni kenapa haa?? tak kacau aku sehari tak boleh ke?"

" tak boleh.tak lengkap hari aku kalau tak kacau kau.." ilman ambil tempat disebelah sara. tangan menongkat dagu memandang wajah masam sara.

sara menjeling dengan rasa kurang selesa.

" apesal kau tak balik lagi? ke kau tunggu aku?"

" buat apa aku nak tunggu kau?aku tak tau pun kau still ada kat sini."

" habis kau tunggu sape?"

" tak tunggu sape..apesal kau sibuk nak tau?"

" saje.." ilman membetulkan duduk.

" kau pulak buat apa? bukan kau kata kelas kau dah habis tengah hari tadi ke?"

" urmmm..aku tunggu somebody.."

sara juih bibir..aweklah tu..tiba2 dia dilanda cemburu lagi..isshh ! apa ni sara?? dah2 lah tu..dia tak pandang kau pun..give up jelah sebelum kau semakin parah nanti.

" weh aku nak tanya kau sikit boleh?"

" apa?"

" pompuan suka hadiah apa eik? aku bukan apa,aku tak biasalah nak beli2 hadiah pompuan ni..kau ada idea tak?"

sara herot bibir.

" kau tanya aku macamlah aku tau..kau tanya lah dia sendiri.."

" kau kan pompuan juga..takkan kau tak tau langsung?"

" masalahnya type aku ngan dia tak sama bro..kau tanya aku,sah2 lah aku bagi apa yang aku suka."

ilman berdecit.

" yang kau beria sangat ni kenapa? "

" aku kan baru kenal ngan dia.naklah aku ambik hati dia..aku naklah bagi something kat dia.tapi aku tak tau apa yang sesuai.thats why aku tanya kau.."

" bagi ikut keikhlasan hati kau lah..tak perlu hadiah yang mahal2 pun.cukup kalau dia happy ngan effort kau nak tambat hati dia. paling tak,kau bagi je apa yang dia suka.senang.." kata sara dalam kepahitan.untuk meneruskan pershabatannya ,dia harus redha.dia harus menerima hakikat yang hati ilman dah jadi milik orang lain.

" really? tapi aku tak tau dia suka apa.."

" kau tanyalah dia..tu pun aku nak kena ajar ke?"

ilman garu tepi bibir.dia terdiam memikirkan cadangan sara.tak lama dia tanya lagi.

" kalau kau kan,kau suka apa? "

" apesal nak sabitkan aku plak?" sara kerut dahi.

" aku tanya je..manalah tau nanti kot2 aku ada rasa nak bagi kau hadiah ke,kan?"

" takde maknanya.."

" so kau suka apa?"

sara garu kening.aku suka apa eik?

" urmmm.. aku kan lasak so mestilah aku suka something yang sesuai ngan karakter aku.."

" contohnya??"

" aku kan naik motor so aku sukalah sneakers.. takkan heels plak kan? pastu aku suka kumpul bag..macam bag aku ni hah.." sara tepuk beg galas diatas pahanya.itu salah satu beg kesayangannya.

" betullah kau ni tak macam pompuan..taste kau ...ishh! tak tau aku nal cakap apa." ilman merungut.

" suka hati akulah.." sara menjeling sinis.

" malang betul sape yang dapat kau..tak girlish langsung!" kutuk ilman.

" tak girlish pun aku still perempuan ok??"

" perempuanlah sangat.." ilman mencebik.

" dah arr..aku nak balik.dah lewat nii..kau taknal balik lagi ke??"

" kejap lagi aku balik lah.." jawab sara acuh tak acuh.

" suka hati kau lah..aku caw dulu.."

sara angguk saja tanpa berkata apa2.dia memerhati langkah ilman dari belakang tanpa berkelip.hailah sara..kenapalah kau jual mahal sangat..kan senang kalau kau confess je kat dia..takdelah kau makan hati bila dia tanya macam tadi..

' kau gila? buat malu je! patutnya dia lah yang confess kat aku.dia kan lelaki.jatuhlah maruah aku kalau aku bagitahu dulu.' dia bermonolog sndiri.

'kau jangan mimpilah..dia dah ada orang lain..kau tengok jelah dia bahagia..tu kan yang kau nak?'

' aku pun boleh bahagialah walau tak bersama dia pun..kumbang bukan seekor.lelaki kat dunia ni ramai lagi ok?'

' betul ke boleh bahagia dengan orang lain?'

' betullah..kalau dengan dia pun belum tentu lagi aku akan bahagia.'

' at least kau ada perasaan kat dia.kau dah kenal dia.lain ceritalah.'

' dengan orang lain pun aku boleh kenal juga.boleh pupuk perasaan baru juga.'

' konon.habis tadi apesal buat tak layan sms yang nak kenal kau tu?? cakap je lebih.mengaku jelah yang kau mengharapkan ilman!'

sara tampar pipi sendiri kuat2. geram dengan suara hati sendiri yang tak habis2 nak menyangkal suara mindanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience