langgar

Other Completed 3838

" wei sara ! tunggulah kitaorang ! " tempik tasha tidak jauh dari belakang.dia,ivan dan tina sudah tercungap2 tak cukup nafas untuk mengejar sara yang dah berdesup ke hadapan.

sara berhenti seketika sambil menoleh ke belakang.dia ketawa geli hati melihat keadaan sahabat2 baiknya yang dah macam agar2 tak jadi.

" apalah.baru lari 3 round dah out.tulah dari dulu lagi aku ajak jogging tapi korang taknak..macam2 alasan kau bagi.sekarang tengok apa jadi..mengalahkan atuk aku tau.." ejek sara tanpa rasa bersalah.

" kau ni,tak payahlah membebel..kitaorang bukan macam kau.urat dawai tulang besi.nama je perempuan tapi Ya Allah,macam jantan pun ada perangai kau ! " balas tasha yang masih kelelahan.

tina dan ivan awal2 lagi dah ambil tempat di bangku berdekatan.masing2 tersadai kepenatan.

sara ketawa berdekah tanpa menghiraukan orang sekeliling..ya,dia memang kasar dan lasak macam lelaki.mungkin sebab mengikut karakter bapanya,encik arsyad iaitu seorang pesara tentera.dari kecil dia sukakan aktiviti2 yang lasak.jenuh maknya menegur tapi dia buat tak heran pun. pernah sekali dengan selambanya dia join grup bebudak lelaki gi mandi sungai dan panjat pokok mempelam sewaktu mereka tinggal di kampung dulu.

" kau tak takut nanti takde orang nak kat kau ke? "

" tak..sebab aku percaya jodoh Allah. mesti dia dah tetapkan seseorang untuk aku cuma tak tau sape je.."

" ada ke orang nak pompuan macam kau nii?? macam jantan??" tanya ivan sambil memerhati sara atas ke bawah dengan riak yang sukar dimengertikan.

" mengata aku?? habis kau tu?? ada ke orang nak?? nama je jantan tapi mengalahkan jeli !" balas sara sinis.. tina dan tasha terkekeh2 ketawa sambil menutup mulut. ivan jeling tajam sambil tarik muncung tanda merajuk.

" dahlah.tak kuasa aku nak layan korang nii.baik aku gi sambung dua tiga round lagi.."

"rilekslah weh..kitaorang penat pun tak hilang lagi.."

" tu masalah korang.aku taknak tau.sape lambat kena belanja kat mamak nanti.." sara kenyit mata dan bersedia untuk sambung lari lagi.

ketiga2 sahabat itu mengeluh berat.budak ni memang tak reti penat ke?? siap main ugut2 lagi.

"sara watch out!!" tempik tina tiba2 tapi ianya sudah terlambat.kelam kabut merekA mendapatkan sara yang dah terlentang sambil mengaduh sakit.

"aduh! menatang apa pulak yang langgar aku nih?? tak nampak orang ke apa?? " marah sara seraya menggosok punggungnya yang sakit akibat terhentak sewaktu terjatuh tadi.

" sara kau ok ke?" tanya tina cemas.

" kau nampak aku ok ke??"

"janganlah marah.aku tanya je.salah kau jugakan?sape suruh pusing tak tengok kiri kanan? tak pasal2 kau langgar mamat tu.kesian dia.." tina memuncungkan bibirnya kearah seorang lelaki yang turut menerima nasib yang sama seperti sara. kelihatan dia dibantu oleh beberapa orang lelaki untuk berdiri.mungkin sahabat2nya.

sara memanjangkan leher untuk sama melihat kearah lelaki yang dimaksudkan.dia cebik bibir tanpa sebarang perasaan bila lelaki tersebut mula menghampirinya.

" hello saudara,lain kali kalau nak lari tu,tengoklah orang dulu.jangan main redah je.kang tak pasal2 dah accident."

" bukan salah aku pun.kau yang tak elak kenapa? dah nampak kan aku nak lari?"

" kau nak salahkan aku pulak? hello! kau yang langgar aku dulu ok?"

" aku bukan sengaja pun.nama pun terlanggar.for sure aku tak nampak and tak tau kau lalu kat belakang aku.kira kau pun salah juga sebab kau dah nampak tapi kau tak elak.." balas sara tidak mahu mengakui kesilapan sendiri.

lelaki bertubuh sasa berkulit cerah itu dilihat mengecilkan anak matanya menatap sara dengan tajam..geram mungkin.dia juga dilihat melihat sara dari atas hingga ke bawah.entah apa yang diperhatinya..

" dahlah sara.kau minta maaf jelah.dah salah kau kan? tak payahlah nak kecoh2.malulah orang tengok.." gesa tasha sambil menggongcang2 lengan sara.

" what?? no way ! aku tak salah ok? im on my right..dah sah2 aku tak nampak dia tadi kan? dia yang nampak kenapa tak elak? saja nak cari pasal ngan aku.." bentak sara dengan wajah serius.dia menoleh bila terdengar lelaki itu berdecit sambil ketawa sinis.

" kau ni memang takde adab ke? apa salahnya kalau kau minta maaf je macam yang kawan kau cakap tu? muka je lawa tapi adab xde..bukan susah sangat pun nak minta maaf.."

" aku tak minta maaf kalau bukan salah aku ok? "

" saraa..."

" apa?? " tengking sara geram.tina terkedu.begitu juga ivan dan tasha..masing2 terkebil2 memandang sara.

sara mendengus malas.

" dahlah..hilang mood aku nak lari. aku chaw dulu.." kata sara sebelum membuka langkah.

lelaki tadi ingin menghalang langkah sara kerana masih tak puas hati tetapi ditahan oleh sahabat2nya.dia mengetap gigi geram.

" jangan sampai aku jumpa kau lagi pompuan! kurang ajar !!" tempiknya memberi amaran.

tina berpandangan dengan tasha dan ivan.mereka serba salah dan sedikit terkilan dengan pendirian sara.

" errr..awak,saya minta maaf bagi pihak kawan saya tadi..dia memang macam tu.tolong maafkan dia ya? " kata tasha teragak2.

" its okay.kau pesan sikit kat dia suruh belajar jaga adab dengan orang lain."

" err..ok."

" dahlah..aku gerak lu.."

tasha angguk dengan ralat.gerun juga bila melihat wajah kacak itu dengan riak serius.macam singa lapar pun ada. but wait? kacak ke? kacaklah juga..huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience