parking

Other Completed 3838

jam sudah menunjukkan pukul 9.50 pagi dan sara sudah benar2 terlewat kerana waktu kelasnya bermula adalah pada pukul 10 pagi.

gara2 tidur lewat semalam pagi ni dia juga terlewat bangun. tak boleh nak salahkan sesiapa juga.huhu.

kurang dari seminit sebelum pukul 10,dia selamat terpacak dihadapan kelas dengan nafas tercungap2.mahu tak macam tu,dari bawah lagi dia dah speed sehabis laju berlari keatas.

tina dan tasha tarik nafas lega melihat kehadiran sara.sangka mereka sara tak datang hari ni..nasib baik lecturer mereka xmasuk lagi.

dengan sengihan dan lambaian selamba kepada seisi dewan itu,sara melangkah ke tempat duduknya dibahagian belakang.

" kau pergi mana hah?? nasib baik cik kepoh tu tak masuk lagi..kalau tak naya je kau kena halau keluar kelas dia." tegur tasha.

" sorrylah.aku bangun lambat tadi.mak aku lupa nak kejut. tu pun aku speed dah habis laju dah.nasib baik sempat gak.." sara tayang gigi yang tersusun rapi.

" kau speed superbike tu?" tanya tina dengan mata yang membulat.dia tau sara lasak tapi dia tak pernah tau sara boleh speed superbike kesayangannya laju2. selalu sara bawa steady je..

" haah..ini sara lah..apa je yang aku tak boleh buat?" sara mendabik dada.

" kau gile? tak takut mati ke??"

" rilex lah..aku kan pro? aku tau lah macam mana nak handle motor tu.."

tasha dan tina sama2 geleng kepala.tak tau nak kata apa. agaknya mak ayah sara pun macam diaorang juga.dah tak larat nak tegur.nasib baiklah dia tak potong rambut ikal mayangnya jadi pendek macam lelaki.kalau tak,tak mahulah dia berkawan lagi dengan sara.

sara gelak halus dengan reaksi teman2nya.apa nak buat.dah hobi aku macam tu..

*********

habis kelas pertama tengah hari tu,sara dan teman2 sepakat untuk keluar makan tengah hari di restoran berdekatan kolej.alasan dah jemu makan mee goreng makcik bedah di kafe.walaupun sedap,kalau dah pekena hari2 mau tak jemu,ye dok??

oleh kerana hari ni masing2 datang naik motor,so terpaksalah mereka pergi berasingan.tina dan tasha naik bersama.sara pula dengan superbikenya.ivan? hari ni dia xde kelas.so dia cutilah.

sewaktu tiba di tapak parking,sara kebingungan.dia tertoleh kiri kanan mencari sesuatu.kepala yang tak gatal digaru2.

"mana pergi motor aku? rasanya tadi aku parking kat sini..takkan dah tukar jadi kereta kot? ajaibnya?" dia mengomel sendiri sambil menilik2 toyota vios putih yang terparking cantik dihadapannya.

" hoi sara,kau intai apa kat kereta tu? kata tadi lapar sangat?" tegur tina kehairanan.

" aku cari motor aku.."

" cari motor?? asal kat situ? pergilah kat tempat parking motor.kau ni dah sewel ke apa?" tasha kerut dahi.

" masalahnya,tadi aku parking kat sini.sebab dah lambat sangat,aku cilok ajelah kat sini.nak cepat punya pasal plus aku tengok tempat ni kosong.tapi heran,takkan superbike aku dah jadi kereta plak?"

tasha dan tina cepat2 turun dari motor mereka dan menghampiri sara.mereka sama2 menghendap kereta terbabit.

" wahh! hebatnya motor kau sara.boleh tukar jadi kereta.kalau macam tu,aku pun nak beli superbike lah.." kata tina sambil berbisik.

" aahlah..aku pun nak beli satulah..lepas ni tak yah dah aku berpanas2 naik motor.kalau hujan habis basah.. " bisik tasha pula..

" ajaibnya..kau beli motor tu kat kedai mana sara?" tanya tina sambil tangan mencuit badan kereta dihadapan mereka.

"kenapa kita berbisik tina? takut orang dengar ke?" tasha memandang tina dengan wajah yang bingung.tina terkebil2 memikirkan sesuatu.kemudian mereka sama2 mendongak melihat sara yang sudah bercekak pinggang dengan muka menyampah. tak lama masing2 berdiri tegak sambil gigi.

" kau boleh tak jangan buat aku nampak bodoh kat sini??"

" sorrylah..kitaorang teruja tadi.kitaorang main2 je.." cebik tasha.

" main2 adik kau..aku tengah serius ni! " kata sara bengang.macam manalah dia boleh berkawan dengan diaorang ni..kalau dah datang otak kartun diaorang tu,sinchan pun boleh kalah tau?? stress aku.

" aku mana ada adik?"

tina menyiku tasha bila sara dah cerlung biji mata.jangan kejap lagi ada yang kena baham sudah.

" so sekarang macam mana?" soal tina tidak mahu sara terus naik angin lagi.

" macam mana apa lagi? pergi carilah motor aku tu.kalau tak aku nak naik apa? kalau aku tau sapa tuan punya kereta ni,siaplah dia..sesuka hati alih motor aku tak bagitahu.." katanya dengan gigi terketap2 tangan terkepal2.

" err..apa kata tanya kat pak guard tu? mana tau dia tau?" cadang tina sambil menunjuk kearah seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu disitu.

tak tunggu lama,sara segera mendapatkan lelaki warga india tersebut.dengan muka garangnya dia bertanya.konon mamak tu nak takut tapi apa,dia buat tak heran pun.

" haa,itu pun tuan punya kereta.awak tanya sama dialah mana dia letak motor awak.tadi dia punya kawan yang alihkan.saya takdak tau.." jawab pak guard.

sara menoleh dan kali ni matanya terbuntang lebih luas lagi. dia ni lagi???

tina dan tasha dah sama2 terpegun melihat kekacakan makhluk ciptaan allah yang sedang berjalan menuju kearah mereka dengan penuh gaya.hampir saja mulut mereka menyebut wwwoooww ! hampir meneleh air liur masing2.mata pun tak berkelip memandang.

sara yang masih bengang terus mengetuk kepala kedua2 temannya yang sewel tu. tengah aku panas ni pun dan lagi nak buat drama.aku karate kang baru tau.

" kau lagi?? eeei apalah malang nasib aku.asal jumpa kau je mesti ada benda tak kena.mana kau letak motor aku hah??" sergah sara dengan ganasnya.

ilman memandang sara dengan wajah yang kurang faham.

" kau ni dah kenapa? tetiba nak marah aku? aku takde buat salah apa pun ngan kau kan?"

" takde buat salah kau kata? eh,hari tu dahlah kau tumpahkan air atas baju aku,hari ni kau alih motor aku plak.apa masalah kau haa?? apa yang kau tak puas hati sangat ngan aku haa??" tanya sara garang.

" wait..pasal hari tu aku dah minta maaf kan?apa lagi yang kau tak puas hati ? and motor? motor apa?"

" kau jangan nak buat2 tak tau.pagi tadi aku parking motor kat sini.mamak tu cakap,kau yang alih.so mana kau letak?"

ilman cuba mengingatkan sesuatu.dia kemudian memandang zarif disebelah dan selepas tu dia pandang sara balik.kali ni dengan renungan yang tak percaya.

" superbike tu...."

" hah ! mana kau letak?? sesuka hati je kau alih kan?"

" padanlah dengan muka kau.sapa suruh parking kat sini.dah terang2 papan tu tulis ni parking kereta bukan parking motor." kata ilman sambil mencebik.dalam hati dia masih tak percaya gadis seperti sara,maksudnya yang cantik dan perempuan bawak superbike datang kolej.ingatkan motor lelaki tadi. wait ! kau baru cakap dia cantik ke? uweekkk ! cantik lah sangat..mata dijulingkan keatas.

" asal muka kau camtu? kau pikir apa? haa? "

" pikirlah apa2 pun..bukan urusan kau pun.."

" habis mana motor aku? cakaplah cepat.aku nak keluar nih.." desak sara lagi.hampir2 saja dia merayu.macam nak menangis pun ada.yalah,motor kesayangan dia kot yang dia beli dengan hasil titik peluh sendiri.hasil simpanan selama dia bekerja di kedai makan sebelum dia masuk kolej dulu.punyalah gigih dia kerja semata2 nak beli motor tu. nasib baik abah baik hati tolong settle separuh harga.kalau tak sampai sekaranglah tak merasa dia nak bawak superbike yang digilai tu.

" kalau aku cakap,kau nak bagi upah apa?" duga ilman.seronok pula tengok muka budak ni keresahan.

" upah apanya? janganlah main2.aku nak cepat nih."

" kau nampak aku macam main2 ke? eh,aku pun takde masalah nak layan kau.senget."

sara terlopong.tina dan tasha juga.zarif tahan gelak.

"what?? kau panggil aku senget?? eh,kau ingat kau tu betul sangat ke?? psycho!"

" kau tu yang psycho..aku tak cari masalah ngan kau pun.kau tu yang tetiba datang marah2 aku.plus bukan salah aku motor kau kena alih.dah sini memang tempat parking kereta." balas ilman sebelum membuka pintu keretanya.

sara ketap gigi.laju je tangannya menghalang pintu kereta tersebut dibuka.dengan wajah serius dia berdiri bercekak pinggang menghadap ilman.oleh kerana ilman ni sedikit tinggi,jadi dia terpaksalah mendongak.

ilman angkat kening sambil menentang pandangan sara.ingat aku takut ke budak kecil? dahlah pendek,ada hati nak lawan aku.

" baik kau cakap,mana kau letak motor aku? kalau tak..."

" kalau tak apa?haa??"

" err sara.." tina cuba bersuara untuk meredakan suasana yang tegang.dia memandang zarif untuk meminta bantuan tapi lelaki tu sekadar angkat bahu.tina mendengus.tak boleh harap !

zarif senyum kecil.bukan taknak tolong tapi dia kenal ilman macam mana.dia taknak masuk campur urusan mereka selagi tiada keperluan.

dengan sengihan senget,sara mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dan diangkat tangannya separas bahu.ilman melirikkan mata melihat objek di tangan sara..serta merta senyuman sinisnya hilang dari bibir.

" kau nak buat apa ngan kunci tu?"

" kau rasa??" sara bermain mata sambil jungkit kening. kau tak kenal lagi sape sara.jangan main2 ngan aku.hatinya gelak jahat.

perlahan2 tangan diturunkan dan dirapatkan kearah dinding kereta bercat putih itu.

ilman membeliakkan mata.gila! tidak ! jangan calar kereta aku !

" ok2!! aku bagitahu..just dont do anything to my car..please.." dia angkat tangan macam orang bersalah.tak sanggup dia kesayangannya dicalarkan.menangis tak berlagu dia nanti.

sara senyum kemenangan.tau takut.lain kali jangan pandang aku sebelah mata. ini sara arianni anak jeneral arsyad ok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience