pompuan

Other Completed 3838

sara menggeliat sambil menjerit kebosanan di dalam gelanggang badminton yang hanya ada pasukannya sahaja.pasukan2 lain semua dah balik lepas habis training tadi..saja dia dan kawan2nya stay untuk melepak.

" korang tak bosan ke weh?" soalnya sebaik merebahkan tubuh ke lantai gelangggang.

" kita baru je habis training.kau bosan apa lagi?" tina duduk bersila dengan tangan menongkat dagu memerhati gelagat sara.

" aku bosanlah.."

" aku heranlah dengan kau ni..tak reti penat ke? cubalah duduk chilek2 dulu..kau tu pompuan so please buat cara pompuan.." tegur tasha.

" apa kaitan bosan aku ngan pompuan ni?" sara kerut dahi.

" sebab kau tak reti duduk diam.ada je benda kau nak buat.aku yang tengok pun penat tau?"

"aah..cubalah jadi pompuan yang betul2 pompuan sikit.." celah tina.

" ni yang aku malas ni..eh,kau tau tak,pompuan sekarang bukan macam pompuan zaman mak2 kita dulu2 tau..yang typical pompuan tu.duduk rumah jaga anak,jaga laki,berkain batik ikat sanggul semua tu..sekarang zaman moden tau? pompuan dah setanding ngan lelaki.apa lelaki buat pompuan pun boleh buat.lagipun aku bukan buat salah pun.."

" betul tapi at least kau control lah sikit sikap kau tu..ni aku tengok takde langsung ciri2 keperempuanan dalam diri kau tu selain daripada aset2 kau tu..faham tak? pakai dahlah tak serupa perempuan.cakap pun kasar." tina menambah.

" asal?? kau malu ke nak kawan ngan aku? takut orang mengata??" tanya sara seakan terkesan dengan teguran sahabatnya.

" bukanlah macam tu..aku tegur sebab aku sayang kau..kita ni bukan makin muda tau? tiba masa kita akan kahwin,ada suami,ada anak.takkan kau nak tunjuk sikap macam ni kat anak kau nanti?? plus kita kena juga jaga air muka suami kita tu.."

sara gelak sinis..

" kelakarlah kau nii..tetiba cakap soal kahwin. tu bertahun2 akan datang tau,bukan sekarang.. dan masa muda ni hanya sekali.kalau tak sekarang kau enjoy,bila lagi?? nak tunggu dah bertongkat dulu? nanti nak kahwin aku berubahlah.."

" tapi.."

" dah..off topic.aku taknak cakap Magi.." celah sara.

ivan angkat bahu bila tasha memandangnya.dia malas komen apa2 sebab dah masak sangat dengan sikap sara.kalau A kata dia maka A lah jawabnya.takkan ada B atau C lagi.

tina hanya mampu mengeluh dengan sikap keras kepala sara tu.

" jom gi makan.aku laparlah.." sara bangun dari pembaringan dan membetulkan ikatan rambutnya.

" kau bayar?" ivan tersengih.

" asyik aku je? ingat aku tukang cop duit?"

" alah,kau kan banyak duit."

" hah yelah banyak..kau tau tak tu duit biasiswa aku??"

" tak kisahlah biasiswa ke apa,janji namanya duit sudahlah.." ivan gelak dengan ayunya.naik berdiri bulu roma siapa yang mendengar.seram!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience