khemah

Other Completed 3838

sara kelegaan bila dia ditempatkan dalam khemah yang sama dengan gang2 masuk airnya.jadi tak perlulah dia rasa kekok sangat bila dia bersama dengan orang yang dia tak kenal.huhu..

tapi yang menjadi masalah sekarang ni,macam mana nak pasang khemah??? tina dan tasha dari tadi lagi terkial2 cuba mendirikan khemah tu tapi tetap tak jadi juga..masing2 dah garu kepala.

selama ni dia tak pernah pun guna khemah bila buat aktiviti luar.dia lebih suka check in chalet je.senang,tak payah nak susah2 macam sekarang ni.. akhirnya masing2 duduk menongkat dagu merenung khemah didepan mata.

tina dengan otak sengalnya dah main pling pling dah.. sekali pling dia harap khemah tu siap dengan sendirinya.pling lagi dia harap semua barang akan tersusun dengan kemas.sekali lagi pling dia harap biskut ditangannya akan bertukar menjadi burger atau nasi lemak ibunya.gila punya orang.ingat ni dreamland ke? semua benda nak tukar guna magik.haru betul.

" need some help ladies?" tegur satu suara dari belakang.serentak mereka menoleh dengan pantas.macam tau2 je orang tengah tunggu bantuan..tapi...

sara segera melarikan wajah kearah lain.malunya masih belum hilang dan sekarang mamat tu datang lagi tunjuk muka kat sini.isshh ! kenapalah ??!!

" aah..memang kitaorang perlukan pertolongan pun..macam tau2 je awak nii." kata tina dengan tergedik2.tak kurang juga dengan tasha.diaorang ni memang pantang nampak lelaki dahi licin.pengaruh drama korea ! hampeh.

" tengok gaya pun dah tau awak perlukan pertolongan..orang reti pasang khemah tak duduk melangut macam nii.." perli zarif sambil tergelak. tina dan tasha sengih tersipu2.sempat mereka menyiku sara yang tiba2 jadi kucing disebelah.dah kenapa?

sara buat tak dengar.lantak koranglah..dia bangun memberi lalu kepada kedua2 lelaki tersebut.dia berdiri tak jauh dari situ sambil sesekali menjeling mereka yang cekap sekali melakukan kerja.tak sampai sepuluh minit,khemah dah pun terdiri dengan megahnya.dia mencebik mengakui kepakaran ilman dan zarif.

tina dan tasha tak henti2 memuji dan mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka.dan lagi mereka berborak.

ilman menjeling sara tanpa pengetahuannya.entah kenapa sekarang ni dia nampak sikap yang berlainan pada diri sara . tak sama macam sara yang dia kenal.sara Sekarang lebih cantik bila dia malu2 dan mendiamkan diri.

seakan tersedar,dia mula menyalahkan diri sendiri.kau dah kenapa puji dia tetiba?? kau sedar tak sekarang ni kau tak suka dia..dia kan suka cari pasal ngan kau? ingat,kau tak suka pompuan macam dia..

tapi hati kau dah lain macam,bro..hakikatnya kau kan suka pompuan macam tu.yang ada minat yang sama macam kau..yang tak tergedik2 macam pompuan2 lain.. ilman tepuk pipi bila terdengar suara lain didalam kepalanya.tak betul ! aku tak suka dia !

" kau dah kenapa?? sawan ke apa??" tanya zarif kepelikan dengan tingkah ilman yang tiba2 tu..tina dan tasha turut kehairanan.terkebil2 keduanya memandang.

ilman malu sendiri..

" err..takde apa.." dalihnya dengan wajah yang merona.kepala yang tak gatal digaru perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience