meluat

Other Completed 3838

" kau tengok apa?" tegur ivan pada tina yang kelihatan sangat ralit memerhatikan sesuatu saat mereka berempat sedang menjamu selera di kafe kolej.

pertanyaan ivan turut menarik perhatian tasha dan sara yang ikut mengalih pandangan kepada tina.

dengan dahi berkerut,tina mengecilkan anak matanya.riaknya seakan sedang memikirkan sesuatu tapi dia sendiri tidak yakin dengan tekaannya.

" kau kenapa?" tanya sara pula.buang tabiat ke apa budak ni?

" macam pernah nampaklah muka tu tapi kat mana ya??" omel tina antara dengar dengan tak.

" kau cakap apa weh? kau ni betul ke tak?" tasha lambai2 tangannya depan muka tina.mana tau dia tengah bermimpi di siang hari ke.

" tina dah gile ke weh???" tanya ivan dengan riak sedih seakan2 mahu menangis.

" ya allah,sape yang buat kau macam ni tina? ya allah kau lindungilah sahabat aku ni ya allah.." tasha siap angkat tangan tadah doa.

sara memandang mereka berdua dengan reaksi menyampah.suka sangat buat drama makhluk dua orang nii..

" hoi tina ! kau pekak ke? " sergahnya memeranjatkan tasha dan ivan. terhenti suapan mee goreng ivan dengan sudu terlekat diantara giginya..tasha perlahan2 angkat buku cover muka bila semua orang mula memandang kearah mereka. sara memang tak makan saman.buat malu je!

" yang kau jerit kenapa? aku tak pekak lagilah..aku tengah make sure kan something nih.." balas tina dengan muka serius campur malu.

" padan muka kau..lain kali buat lagi mcam tu..kau fikir apa?"

" tu.." tina memuncungkan bibir ke belakang sara. sara ikut menoleh.

" aku macam pernah nampaklah tapi kat mana ya??" tina garu kepala.dari tadi dia cuba mengingat tapi tak juga dapat2.misteri sungguh.

ivan dan tasha menoleh setelah reda dari rasa malu mereka.masing2 buat muka berkerut.

" tu bukan mamat hari tu ke? apa dia buat kat sini?" tanya tasha.

" mamat mana? kau kenal jugak ke?"

" tu kan mamat yang sara langgar kat tasik masa kita jogging seminggu sebelum start kelas balik tu..kau tak ingat ke?" tasha mengingatkan.

tina petik jari dengan wajah bercahaya.

" hah betullah ! maknanya memang aku tak salah oranglah..tapi apa dia buat kat sini? dia cari kau ke sara? mana dia tau kau study kat sini?"

" korang ada nampak macam dia tengah cari aku ke? "tanya sara dengan kening terangkat sebelah.

" tak..habis dia buat apa kat sni? takkanlah..."

"dia pun study kat sini?? omaigadd!! " ivan terlebih excited.

tina menyengetkan bibirnya.

" yang kau excited sangat ni kenapa,jeli?"

" beb..kau tak teruja ke mamat handsome tu study kat sini juga? sah2 nanti ramai secret admire dia..hot gitu.." kata ivan dengan gedik.

tasha nganga mulut buat2 terkejut.

" ivan ! nauzubillah! kau minat lelaki ke? sebab tu ke kau jadi macam ni?? omaigadd!"

" huiishh! mulut kau tu jaga sikit ya..aku jadi macam ni takde kena ngan lelaki ok..jeli2 pun aku still minat pompuan ok??" balas ivan dengan muka menyampah. tasha ketawa mengejek.

" nak excited buat apa.bukan dia sorang je handsome kat sini..poyo je lebih." celah sara.

" means kau mengakulah dia handsome??" giat tina pula..sara jeling meluat.

" macam tu kau kata handsome?? handsome lagi bapa aku"

" aku rasa kau ni ada masalah rabun lah sara.baik kau gi check doktor.bahaya kalau dah teruk sangat nanti..takut buta plak.." usik tasha dengan sengihan bak kerang busuk.

" korang ni kan,kalau bab lelaki cepat je kau kutuk aku kan?? sorry lah ea tapi aku tak minat nak bercakap soal ni sekarang ni.aku nak fokus study dan fokus hobi aku dulu ok.."

" kau jangan berlagak sangat sara.karang kau betul2 jatuh cinta,haa baru padan muka kau..kau tak tau aturan allah tu macam mana.kalau dia nak kau bercinta hari ni,hari ni juga kau akan jatuh cinta.." pesan tina macam makcik2.

" eleh..aku tak heran pun.." cebik sara lagi. sempat lagi dia menjeling dengan penuh keangkuhan.

**********

ilman dan zarif serentak menoleh sebaik terdengar suara perempuan menjerit mengalahkan guruh dari arah belakang. tergeleng2 kepala kedua2 mereka dengan tingkah kumpulan gadis tersebut.

" tak malu betul.tak.padan perempuan.." komen ilman lalu menyambung makan.

" girls nowday bro..kau faham2 jelah..tapikan.." sempat dia menyedut seteguk teh aisnya sebelum menyambung kata.

" aku macam kenallah budak tu.."

"budak mana?"

" yang jerit tadi tulah."

ilman menoleh sekali lagi dan mengamati wajah orang dimaksudkan zarif.walaupun tak nampak sangat sebab dia membelakangi dirinya,rasanya dia pun dah ingat sesuatu.tiba2 rasa meluat datang lagi di hatinya bila teringatkan peristiwa lalu.

" tu bukan.."

" budak kurang ajar tu.." celahnya.

" kau ingat bro?" zarif senyum senget.

" kalau dah perangai rupa itu takkanlah aku boleh lupa.aku tak fahamlah.apa yang tak kena ngan dia tu eh? macam orang takde perasaan langsung.tengok tadi,selamba badak je dia menjerit kat kafe yang orang tengah penuh ni.tak malu ke?"

" tapi kau tak rasa dia lawa ke?? aku tengok comel je doh.." zarif sengih gatal.

" lawa pun kalau perangai ke laut buat apa??" rungut ilman.

" kau ubahlah dia lepas dia jadi awek kau.."

ilman tersedak.laju dia capai gelas teh o ais dan disedut rakus.terbatuk2 dia dengan kata2 zarif tadi.

" apahal plak dia nak kena jadi awek aku? tak ingin aku perangai macam tu..simpang malaikat 44..meluat adalah.."

zarif gelak lucu.

" kau jangan sombong sangat.aku takut nanti kau yang tergila2 kan dia..orang macam tu unik tau? kenalah kau dengan dia yang sama2 keras kepala dan ego ni."

" taknak aku..boleh dapat mimpi ngeri tau?"

zarif juih bibir..sekali lagi dia menoleh dan memerhatikan gelagat kumpulan gadis itu.mereka memang tak hirau orang sekeliling. dan kelibat salah seorang daripada mereka berjaya mencuit hatinya.dalam diam dia tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience