what the fish????

Other Completed 3838

hari sabtu,sara dan seluruh ahli keluarga berkumpul dirumah kerana menurut mak ada orang nak datang.entahlah sape.bunyi macam ramai je sebab mak siap suruh ajak gang2 masuk airnya sekali.

dan sekarang semua sibuk melakukan tugas masing2 sementara tunggu tetamu mak tu sampai. sara and the gang duduk melepak di beranda sambil lap pinggan mangkuk.

dah boleh agak tetamu mak tu istimewa sebab mak guna pinggan kesayangannya untuk hidang makanan.kalau hari biasa,setahun sekali belum tentu mak nak guna pinggan kaca yang dibeli semasa lawatan mereka ke langkawi tak lama dulu tu.

" akak..mak suruh akak masuk mandi pastu pakai baju yang mak dah gosok semalam tu.." suraya datang membawa utusan dari dapur.

" nak buat apa? akak kan dah mandi pagi tadi?"

" ntah..mak suruh akak mandi lagi sekali dan pakai lawa2..baik akak ikut je sebelum mak laung pakai speaker masjid.."

sara kerut dahi tak faham dengan kehendak maknya.

" eh,sape sebenarnya yang nak datang ni?? apesal mak kau beria sangat ha?? macam PM pulak yang nak datang melawat.." tanya tina.

" manalah aku tau..dari tadi aku tanya,sorang pun tak jawab apa2.naik bosan aku.."

" ntah2..." tasha dah buat saspen..serentak enam pasang mata memandangnya.

" apa?" ivan menyiku lengan tasha.

" ntah2 tunang kau tak yang nak datang??" teka tasha penuh keterujaan.

dumm!! guruh berdentum dan kilat sabung menyabung.sara dah keras kejung.

" boleh jadi juga kan?? weh kau! ayook tak tau !" tina dah siap mengejek.

" diaorang nikan ..!" sara ketap gigi. dia mula rasa membahang.ni mesti kerja mak ngan ayah.. aku dah cakap hari tu taknak jumpa tunang aku tu tapi diaorang buat juga hal hari ni.sakitnya hati !

" janganlah marah dulu.kita tak tau lagi betul ke tak kan?tu cuma tekaan aku je.."

" tak syak lagi..ni mesti kerja mak aku..patutlah beria sangat nak aku siap lawa2..isshhh!! stress nya aku !" bentak sara.

tina berpandangan dengan tasha dan ivan.masing2 dah kecut perut melihat reaksi sara.jangan dibalingnya pinggan makcik salmah ni sudah.kang tak pasal2 ribut satu kampung kecoh pasal mak ngan anak bergaduh.

" tapi kan,kalau ye pun tunang kau yang nak datang,bagus apa? at least kau boleh kenal rupa dia macam mana..handsome ke tak,tinggi ke tak..kotlah dia lebih ketot dari kau,tak ke naya? " ivan berkata tanpa ragu2.

sara merenung tajam.ivan cepat2 tunduk semula dan sambung mengelap pinggan.

" tapikan,ada betul juga kata jeli tu..kau nak ke menyesal di kemudian hari? kau nak ke laki kau nanti lebih rendah dari kau??" tina cuba memujuk.

" aku tak...."

" sara!!!! kamu tunggu apa lagi? kanbmak suruh kau bersiap?? orang dah nak sampau tuh!" laung puan salmah bergegar dari arah dapur mengejutkan keempat2 sahabat tu.

" tak syak lagi !" sara genggam jari sambil ketap gigi kemas2.

**********

dari dalam bilik lagi sara dah boleh dengar suara mak ngan ayah riuh menjemput tetamunya naik ke rumah.dia mengeluh cuak seraya menilik diri yang siap berbaju kurung dihadapan cermin.entah apalah nasib..

ikut hati nak je dia lari dari rumah tapi bila mengenangkan maruah dan air muka keluarganya yang mungkin tercalar,dia sabarkan juga dirinya untuk bertahan.dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan mungkin ini takdir yang dah tertulis untuknya..huhu..

tak lama,suria datang mengetuk pintu untuk menemaninya keluar.dengan langkah yang berat,dia ikut juga.terkial2 dia cuba mengayukan cara jalannya.yelah,depan bakal mak mertua kenalah buat2 baik.ye dok??? huhu uweerkk! plastik sungguh kau ni sara ..

tiba diruang tamu,dia pergi menyalami setiap tetamu yang ada tanpa sikit pun mengangkat wajahnya.dia malas nak tengok muka tunangnya sebenarnya.takut dia bermuka macam the shrek kot? kahhh.

" amboi kau sara? dengan kitaorang pun kau nak salam? bukan main lagi kau ya? acah2 ayu macam gadis melayu terakhir gitu.."

sara angkat kepala sedikit dan ternampak ketiga2 sahabatnya yang sedang tersengih.ciss !

" haa sara,pergi angkat air kat dapur tu bawa ke sini.mak dah siap bancuh tadi.." suruh puan salmah sambil tersenyum. sara senyum plastik dan angguk menurut. adoyaii! drama apa ni??

selesai mengagihkan gelas kepada semua orang,sara pergi duduk bersimpuh berdekatan maknya. manis je dia dari tadi tertunduk2 sampai naik lenguh batang tengkuknya.

" haa sara,nilah keluarga bakal suami kamu tu..ini ayahnya dato fikri dan itu ibunya datin diana." kata ayah memberitahu.

mak datuk ! sara terperanjat bukan main. dato? datin? biar betul?? tuah apa pula yang menyebelahi aku ni sampai dilamar anak dato? dia kerling dengan ekor mata sahaja dan tersenyum kecil. sesekali dia bagai terdengar suara orang tergelak2 halus dari belakang.siapa lagi kalau bukan tina dan tasha! sukalah tu boleh gelakkan aku.takpe,diaorang balik nanti taulah nasib kau berdua macam mana.

" haa sara, panggil je saya mama.tak lama lagi sara pun dah nak jadi menantu kami kan? tak payah nak segan2." kata datin diana lembut.

alahai mak datin.agaknya kalau kau tau perangai sebenar aku macam mana,ada ke kau nak berlembut macam tu lagi? silap hari bulan kau batal terus pertunangan nih..

" err..ba..baik datin..eh ..mamaa.." jawabnya gugup.maklum kali pertama berjumpa bakal mak mertua.huhu..nasiblah..

puan salmah menepuk paha sara sambil tergelak.macam2lah kau sara..

" err maaf bertanya tapi bakal menantu saya mana ya? dia tak datang sekali ke?" tanya ayah tiba2..

lah ! takde rupanya mamat tu..buat penat aku je tertunduk2.haromm betul .. sungut hati sara. sejurus itu,dia lantas angkat kepala. mak aih ! lawanya mak datin ni..vogue lagi..sesuai ngan title dia.laki dia pun boleh tahan..boleh kalah aku macam ni..mesti anak dia pun lawa macam mak bapak dia kan? banyak untung kau ni sara.yelah sekali dapat anak orang kaya.kacak lagi tuh..wahhh!

" eh ada..kejap saya panggilkan..apa yang dibuatnya kat bawah tu tak taulah.."

haa sudah ! sara kalut.sangkanya mamat tu tak datang.dia meramas2 hujung baju puan salmah sambil menggeleng tanda tak mahu. puan salmah cerlung biji mata dan suruh dia duduk diam2.

mak tolonglah !!

"assalamualaikum.." satu suara lelaki memberi salam tak lama kemudian disambut dengan jawab salam seisi rumah.

sara kerut dahi.macam pernah dengar je suara ni tapi kat mana ya? di dorong rasa ingin tau,laju je dia angkat kepala dan...

" kau???!" hampir terpekik dia dibuatnya.bulat lagi besar matanya memandang tetamu tak diundang tu..kini hampir seisi rumah memandangnya.

ilman sengih sambil angkat tangan.

" apa kau buat kat sini??" tanya sara macam orang bodoh.

" saraa.." puan salmah mencuit anaknya memberi amaran.

" apa ni mak??"

" dialah tunang kamu tu.."

" what????" sara benar2 terkejut.jadi selama ni???

" ayah??" sara memandang bapanya,encik arsyad mohon penjelasan tapi selamba je lelaki tu buat tak tau sambil pura2 tilik kuku sendiri.

lepas tu sara toleh pula mencari para sahabat sejatinya.masing2 dah buat muka toya.siap buat2 tilik dinding rumah lagi.kurang asam betul!

" konspirasi apa ni?? dan kau, apa kau buat ni??" sara mensasarkan peluru pepandunya kearah ilman.

" err...rasanya baik korang berdua berbincang kat luar dulu.tak elok bising2 depan orang tua.." tegur encik arsyad.

tak tunggu lama sara terus bangun dan turut mengarahkan tina,tasha dan ivan mengikutnya ke bawah.siaplah kau !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience