sedih

Other Completed 3838

sara menutup buku diatas meja lalu menggeliat keletihan.jam kecil disudut meja dikerling.uish! dah pukul 11 malam.punyalah khusyuk aku menelaah sampai tak sedar masa berlalu.patut dah boleh dapat anugerah dekan ni.haha.

seiringan dengan itu,matanya pun dah mengantuk.mulut pun dah ternganga2 beberapa kali sejak tadi..nasib baik esok takde kelas pagi kalau tak harus aku terlambat lagi.

baru kepala nak mencecah bantal,telinganya dikejutkan dengan raungan mak dan adik2nya.dah kenapa malam2 buta nak menangis?

dek rasa ingin tau, dia bangun semula dan keluar dari bilik..dia terpinga2 melihat suria dan suraya berpelukan sambil menangis di ruang tamu.

" kenapa ni? tetiba memekak malam2 buta? buang tabiat ke apa?" tegurnya dengan muka yang serius.

" akak, nenek dah takde!" kata suria teresak2.

sara tersentak.antara tergamam dan terkejut.ditambah rasa kurang percaya. lama juga dia terdiam dan berdiri tegak didepan pintu bilik.bila semangat dah datang balik baru dia bertanya semula.

" kau merepek apa ni? semalam elok aje kan nenek tu? "

" betul kak..tadi ayah call cakap nenek dah takde..mak pun tengah bersiap nak pergi rumah nenek.akak ikutlah sekali.."

ya allah ! biar betul?? semalam elok aje aku jumpa nenek.takde pun dia sakit2 ke apa.siap boleh gurau2 lagi ngan aku. dugan apakah ini?

tak semena2 air matanya sendiri turut mengalir turun ke pipi.dia memegang dada menahan rasa sebak sementelah sebelah tangan menahan dinding menghalang dirinya dari rebah..kalau dia tau nenek akan pergi malam ni,tentu dia tak balik semalam.dia belum puas bermanja dengan nenek.

" sara,kamu pergilah bersiap..kita ke sana sekarang." tegur puan salmah seraya mengelap matanya dengan tisu.

" mak,cakaplah semua ni tak betul..nenek ada lagi kan?" sara merengek sayu.dia masih tak percaya.

" nenek dah takde sara..percayalah..pergilah bersiap.mak tunggu.kesian ayah kat sana sorang2. makcik ngan pakcik kamu tak sampai lagi..atuk pun dah tak sihat sangat sejak petang tadi.." gesa puan salmah.

" nenek.." kali ni sara meraung lebih kuat daripada adik2nya..ya allah! sakitnya hati aku. kenapa kau duga sampai macam ni sekali?? kenapa sekarang kau ambil nenek??

**********

di rumah nenek, sara berteleku dekat dengan makciknya.dari semalam dia tak henti2 menangis sampai bengkak matanya.sedih benar dia dengan kehilangan satu2 nenek kesayangannya.

" akak,kawan2 akak dah sampai..diaorang tunggu kat bawah." suraya datang menyampaikan berita. sara angguk faham.

dengan langkah tak bermaya akibat keletihan semalaman tak tidur,dia mengagahkan diri untuk bertemu dengan teman2 yang datang menziarahi.

tina meluru ke hadapan sebaik ternampak kelibat sara.terus tubuh shabatnya dipeluk erat2 dan mengusap belakangnya lembut.tasha turut sama merangkul kedua2 sahabatnya sebelum mengucapkan takziah.

sekali lagi tangis sara terhambur didakapan tina dan tasha.terhingut2 bahunya kesedihan.dia langsung tak sedar yang ilman,zarif dan ivan turut berada disitu.dia terus tenggelam dalam perasaan sedihnya. tina kelam kabut memujuk dan cuba menenangkan sara.pertama kali mereka melihat sara menangis seteruk itu.

ilman agak tersentuh melihat keadaan sara yang baginya tak serupa sara langsung.wajahnya kelihatan suram dan sembab.terkejut juga dia bila menerima berita sedih itu dari tina pagi tadi.patutlah sara tak jawab telefon bila dia call awal pagi tadi.

ikut hati dia nak sama2 menenangkan sara tapi dia tahu batasnya di mana.tambahan mesti sara pun rasa tak selesa untuk berhadapan dengannya dalam keadaan begitu.jadi dia cuma hanya mampu melihat dari tepi sahaja.

*********

seminggu lepas tu,sara dah mula datang ke kelas semula.pun begitu dia masih lagi dalam mood sedih.sejak seminggu ni,dia benar2 jadi sensitif.pantang silap mesti dia akan menangis macam budak kecik.

ilman melambai sara dari tempat duduknya di tengah kafe.satu senyuman dihulur sebaik sara melabuhkan punggung dihadapannya.wajah muram sara ditenung dalam2.rasanya tak kena masa lagi kalau dia nak menyakat pun.

" kau ok?" tanya ilman lembut.

sara tongkat kepala keatas meja.wajah ilman dipandang sekilas.rasanya sekarang ni ilman lah yang banyak membantunya move on dengan kata2 nasihat dan pujukan setiap kali dia bersedih.sedikit sebanyak dia rasa agak tenang dan dah boleh terima kenyataan yang neneknya memang dah takde.

" hurmmm.."

" come onlah sweetie..janganlah sedih lama2.tak cool tau? aku rindu dengan kau yang dulu.aku bosan tau takleh gaduh ngan kau..kalau kau still rasa sedih,banyak2kanlah berdoa dan sedekah alfatihah untuk dia..tak baik tau kau duk nangis lama2..terseksa dia nanti.."

sara kerut dahi.dia salah dengar ke?? ilman panggil dia sweetie dan....dia rindukan aku?? dah kenapa??

" apesal kau buat muka macam tu? salah ke aku cakap?"

" kau panggil aku apa tadi?"

" kenapa?" ilman senyum nakal.

sara hela nafas lelah.taknaklah dia tanya banyak kali.takde mood.yang penting,dia taknak jantungnya yang sihat ni berlari tak tentu arah..cukuplah ilman menganggu gugat keharmonian organnya yang satu tu selama ni..

" sara..."

kali ni serius sara terbuai dengan panggilan yang dirasakan sangat lembut sekali nadanya.belum pernah mana2 lelaki memanggilnya dengan nada selembut itu selain daripada ayah dan atuk. dan jantung sara dah tak boleh duduk diam lagi.

" kau takde kelas ke??" soalnya untuk membuang debaran didada.

" ada pukul 2 nanti.." ilman memandang sara tanpa berkelip. entah sejak bila dia semakin suka menatap wajah sara yang kemerahan itu.kalau tak tengok sehari dia akan mula tercari2 dan mula merindu.

rindu?? ya rindu.mesti korang tak percayakan? aku sendiri pun tak tau sejak bila aku mula merindui sara.dalam diam aku rasa aku dah mula sukakan dia. bila teringat kata2 zarif tak lama dulu,aku tergelak sendiri.kalau zarif tau aku suka sara,mesti aku kena gelak kaw2 dengan zarif.

" kau nak tau something tak sara?"

" apa?"

" kau....nampak cantik sangat bila menangis dan berbaju kurung hari tu.."

sara berdecit.

" kau nak perli aku kan??"

" tak..serius kau cantik.." kata ilman bersungguh.. sara tergelak tiga harakat.

" kau ni mentallah..ada ke orang menangis kau kata cantik? sah mata kau rabun.." dia menjeling sekilas.dalam hati dah menyumpah macam2.malu bila ilman melihat dia menangis sakan hari tu..hilang 'macho' dia.. yang tina pun satu,kenapalah diangkutnya sekali mamat ni ke rumah nenek aku.haiishh..

" aku cakap betul nii..karang aku kata rupa kau buruk macam kayu reput kau sentap pulak..orang puji ikhlas bukan nak ucap terima kasih ke apa.." giliran ilman pula buat2 berkecil hati..

sara ketawa halus dengan kepala tergeleng2.

" yelah..terima kasihlah ya sebab puji aku walaupun aku tau kau takdelah ikhlas mana,kan?" dia menekankan perkataan terima kasih itu dalam nada memerli.

ilman senyum lebar.

"macam tulah..kan lawa kalau kau ketawa dan senyum macam tu..madu boleh kalah tau??"

" kau ni kalau tak mengata aku tak sah kan?"

ilman cuma angkat kening dan terus tersenyum..mungkin bagi sara dia main2 tapi hakikatnya dia memang benar2 memaksudkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience