putus

Other Completed 3838

di tengah gelanggang,sara dan tina masih lagi aktif memukul bulu tangkis ke sana ke mari.masing2 taknak mengaku kalah.

" ambik nih !" sara bagi pukul smash kesisi kanan gelanggang bertujuan untuk mengenakan tina yang berada di sebelah kiri.

tina kelam kabut berlari untuk menyambut bulu tangkis tersebut daripada jatuh ke lantai tapi nasib tak menyebelahinya.

sara meloncat kegembiraan.akhirnya kemenangan jadi milik dia.berkesan sungguh taktiknya.

" eleh..aku kasi can je kau menang.tadi tu boleh je aku smash balik.tapi aku taknaklah nanti kau melalak macam orang sawan bila kalah." kata tina mengesat peluh di dahi.

" ouh really??" sara mengejek sambil tergelak.

" last round..sape kalah kena belanja minum" sara kutip boleh baru dan bersedia semula.

" ok.." sahut tina.hari ni dia nekad taknak kalah lagi.asyik dia je yang kena belanja,apa kes?

**********

masing2 terbaring keletihan ditepi bangku di luar gelanggang badminton. sebelah kaki sara naikkan keatas bangku sementara sebelah lagi dibawahnya.tak senonoh betul.

tasha menghulur sebotol air mineral kepada sara.

" thanks.." sahut sara dan terus meneguknya dengan rakus.

" weh.." tina menyiku sara hingga gadis itu tersedak.habis tersembur air dari mulut dan meneleh masuk ke hidung.sara segera bangun untuk menyelamatkan nyawanya.

" kau kenapa???" pekiknya geram.

" tu.."

sara toleh dan nampak kelibat ilman yang berjalan mendekati mereka dengan wajah yang semacam.

ilman berhenti dihadapan sara dan merenungnya dwngan pandangan yang sukar dimengertikan.

" apesal kau tengok aku macam tu??" tanya sara dengan muka berkerut.

lama ilman diam sebelum dia mengeluh. sara bertambah pelik.maka makin berlapis2lah kerutan didahinya.

" whats wrong with you dude?"

" i need to talk to you.."

" go on..im listening.."

" just two of us.."

sara kerling teman2nya yang turut terpinga2. kemudian lambat2 dia bangun dan membuntuti langkah ilman menjauhi tina dan tasha.

" whats the matter? are you in trouble? need some help?"

ilman tenung sara lama membuatkan sara tak senang duduk.

" cakap ajelah..tak payah tengok aku macam tu..seram tau tak?"

" dia tak suka aku kawan ngan kau"

" sapa??"

" my girlfriend.shes jealous."

sara mencebik.

" dah kenapa? ngan aku pun nak jeles bagai?"

" dia pompuan yang ada perasaan tau? bukan macam kau.. mana2 awek pun tak suka kalau boyfriend diaorang rapat ngan pompuan lain."

" kau ingat aku patung?? kau bagitahu jelah dia yang kita takde apa2..kita berkawan je kan? takkan tu pun salah?" sara peluk tubuh sendiri.sedikit terasa dengan kata2 ilman.

" aku dah explain dah tapi dia taknak percaya.. dia siap cakap lagi kalau aku betul sayang dia aku kena buktikan yang kita memang takde apa2."

" complicated lah awek kau tu..dia nak bukti apa??"

" dia nak..kita putus kawan.." kata ilman kendur.wajahnya kelihatan sugul dan serba salah.

sara terpegun seketika.masing2 terdiam untuk beberapa minit.

" sara.."

" apa kau cakap kat dia??"

" aku minta dia bagi aku masa untuk fikir.."

" so apa keputusan kau??"

" you know what,kau je satu2 nya kawan pompuan yang aku ada.yang aku pernah rapat.aku selesa doh kawan ngan kau.aku taknak kita putus kawan tapi aku tak boleh juga kehilangan dia..aku...aku tak tau nak buat apa.." ilman raup rambut ke belakang dengan riak yang serabut.

sara faham.

" bro, aku rasa baik kau ikut je cakap awek kau tu kalau betul kau sayang dia..kawan ni,bila2 pun kau boleh cari. aku tak kisah pun.aku faham..apa2 pun nanti,dia yang nak hidup ngan kau..bukan aku..so memang patut kau jaga hati dia.." cewah sara ! bukan main lagi kau cakap ya?? kalau betul ilman putus kawab ngan kau nanti,haa baru padan muka kau..

" takkan lah takde cara lain? aku taknak hilang kau beb.." keluh ilman.

" dah itu yang awek kau nak.."

" aku tak boleh lah kalau takde kau..hidup aku macam tak lengkap tau? aku dah biasa dengan kehadiran kau.aku rasa kosong sangat kalau kau takde..aku tak boleh lah nak buat semua ni.."

sara telan liur.

" kau sayang dia kan? kau swndiri cakap kau taknak kehilangan dia.so ini jelah cara yang terbaik."

" kau lagi penting untuk aku..kau satu kepala ngan aku.kau boleh layan hobi aku.kau boleh sama2 buat kerja gile ngan aku tapi tak dia ,sara. dia tak macam kau..dia tak minat apa yang aku minat.."

haa sudah...

" semua tu tak penting.yang penting perasaan kau tu.."

" kau tau aku macam mana kan? "

" habis kau nak buat apa? kau sendiri yang pilih dia..hadap jelah.."

" kalau aku putus ngan dia,kau nak tak jadi awek aku??"

sara tersedak air liur.bulat matanya merenung ilman.dia tak percaya ilman akan tanya dia soalan tu.

" kau gile?? semata2 sebab dia tak sekepala ngan kau ,kau nak minta putus ngan dia?? plus,aku jadi awek kau??? kau ni demam ke apa??"

" aku serius nih.." ilman kerut dahi.

" serius tak serius ! taknak aku jadi awek kau.."

" kenapa? bagi aku 5 sebab..bagi aku,kita perfect bila bersama doh.kita ada minat yang sama."

" 10 pun aku boleh bagilah..setakat berkongsi minat yang sama tak semestinya kita boleh bersama kalau takde perasaan bro.."

" perasaan tu boleh di pupuk.."

" kau tak rasa geli ke nak bercinta ngan aku? yelah aku kan..."

" but still kau masih lagi pegang title PEREMPUAN kan? kau bukannya maknyah ke apa..pondan jauh sekali.." celah ilman sebelum sempat sara habis cakap.

" yelah tapi..." adoilah sara,dah orang offer tu terima jelah..takyah jual mahal sangat..

" kau suka aku tak??" tanya ilman serius.

dup dap dup dap ! dada sara dah buat hal lagi..dia melarikan anak mata kearah lain. seketika dia terfikir.ilman dah ada awek dan dia seorang perempuan.dirinya pun perempuan.dia cuba meletakkan dirinya di tempat awek ilman yang dia tak tau nama tu..apa perasaannya bila teman lelakinya lebih memilih untuk bersama orang lain berbanding dirinya?? mesti dia akan merasa sedih dan kecewa.mesti dia akan terfikir apa kekurangannya dan apa kelebihan orang lain yang takde pada dirinya..ouh ! tak sanggup dia berperasaan sedemikian.sakit weh !

" kau menung apa?? aku tanya kau ni.."

" kita sekadar kawan je bro..tak lebih dari tu..kau dah ada awek patut kau tak boleh tanya aku macam ni..kalau dia dengar ,tak ke kecik hati dia? aku rasa kau baik ikut jelah kehendak dia..itu yang penting.."

" tapi aku tak boleh kehilangan kau! faham tak??"

" nak taknak kau kena terima..aku tak boleh buat apa..kau sendiri yang cari masalah.." tegas sara.

ilman mengeluh.dia merenung kasutnya lama.mungkin sedang memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.

sara merenung reaksi ilman dngan seribu satu rasa.kalau lah kau tahu apa aku rasa sekarang ni,ilman..aku pun taknak kehilangan kau tapi aku tak boleh nak kecewakan perasaan orang lain juga.. aku pun tersepit macam kau..

" kau betul nak kita berpisah??" tanya ilman kemudian dengan nada yang luluh..seakan dia berat hati dengan keputusannya..

" itu yang terbaik..bila2 je kau boleh cari aku.aku ade je kat sini.tapi awek kau tu,sekali dia dah pergi dia takkan balik ngan kau lagi..aku taknak kau menyesal dengan keputusan kau.."

" kau yakin ni yang terbaik??"

sara angguk penuh yakin seolah2 dia tak rasa apa..tapi hakikatnya....

" for the last time...betul kau tak suka aku? sedikit pun tak??"

sara diam.angguk tak mengiyakan pun tak..

ilman angguk kecewa.faham dengan reaksi sara.

" jujur sara,aku sukakan kau..aku suka kita bersama dan aku taknak kita berpisah tapi,macam kata kau tadi,aku kena buat keputusan.dia yang akan hidup ngan aku..aku nak kau tau,aku tak suka situasi sekarang ni..kalau ada pilihan lain,aku taknak kita berpisah.."

" kau ni,cakap macamlah kita tak boleh jumpa langsung .emo je lebih.." gelak sara menutup rasa pilu di hati..walau mereka masih boleh berjumpa tapi perasaannya dah tak sama macam dulu.mereka dah tak boleh rapat macam dulu demi menjaga hati awek ilman. membayangkannya saja dah buat sara rasa nak menangis..ouh hati ! sabarlah..

" thanks sara sebab kau sudi jadi kawan aku selama ni walaupun kita selalu gaduh.tapi sebab tulah kita jadi makin rapat kan?? kita dah boleh faham perangai masing2.kau dan aku dah boleh terima sikap masing2 tapi aku tak expect situasi skarang ni akan terjadi.sumpah aku sedih sekarang nii.." ilman mencebik .

sara gelak lagi.

" lawak lah kau ni..macam budak2.."

ilman memandang pilu..lama wajah sara ditenungnya.mesti dia akan rindukan wajah ni nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience