pendek

Other Completed 3838

entah sejak bila hubungan sara dan ilman semakin rapat.masing2 dah boleh duduk semeja walaupun hari2 masih lagi bergaduh.nama masing2 pun dah tahu.dalam hati sara memuji nama ilman.ilman darwish,sedap nama tapi tuan badan, ya allah ! mulut bukan main.kutuk aku tak pernah tak sakit hati.entah kenapa aku boleh setuju nak jadi kawan ngan mamat ni.mungkin sebab dia dah tolong aku masa kat hutan lipur hari tu tak? orang berbudi kita berbahasa.dia taknaklah dicop sombong.dah orang offer cara baik kan,dia terima sajalah..lagipun dia senang berkawan dengan ilman.

wait!? senang ? haa,senanglah sangat.-;dengan mata terjuling keatas tangan ke bahu - hahaha

waktu rehat antara kelas,sara turun ke taman tempat lepaknya seperti biasa. tak lupa dia membawa sketch book dan alatan melukis.salah satu hobi dia adalah melukis.walaupun tak cantik macam lukisan picaso tapi tak buruk juga macam lukisan budak tadika..huhuhu..

port favorite nya dituju tanpa menoleh kiri kanan lagi.. selesai duduk,earphone disumbat ke telinga dan dia mula menyanyi2 seiring dengan pergerakan tangannya. dia lebih selesa melukis dengan rileks berbanding memfokuskan kepada sesuatu.

***********

" hoii !"

sara tersentak sebaik disergah kasar dari belakang.dia menoleh dengan wajah bengang dan serius.

ilman cuma ketawa mengejek.

" kau pergi mana tadi? aku cari kat kafe kau takde.. tanya tina ngan ivan,diaorang pun tak tau kau lesap ke mana.."

" apesal kau cari aku??" sara kerut dahi.

" salah ke aku nak cari kau? kau kan kawan aku yang paling pendek.takutlah nanti kau hilang ke apa..nanti kang aku juga yang susah nak kena cari.."

" whattt??? kurang ajar kau ! aku tak pendek ok?? boleh je kaki aku ni jejak tanah bila bawa motor..mulut tu cantik sikit" marah sara.pantang betul orang kata dia pendek.

" yelah tak pendek.ketot je.." giat ilman lagi.

sara ketap gigi dan cuba memukul ilman dengan beg sandangnya.ilman sempat mengelak dan ketawa mengejek.suka benar dia menyakat sara.

" lepas ni kau nak gi mana?"

" gi mati !"

" huishh ! janganlah cakap macam tu.aku tak puas lagi tau cari gaduh ngan kau..kita kan baru je nak rapat2..rilekslah..kau ni takleh bawa bincang betullah.."

" sape nak rapat ngan kau?" sara jeling maut.

" kau lah..sape lagi.. kau tau tak,kau lah satu2nya pompuan yang paling rapat ngan aku setakat nii..patutnya kau bersyukur tau aku yang handsome nii nak berkawan ngan kau yang tak berapa lawa tu.."

sara juih bibir siap buat bunyi macam orang nak muntah lagi.loya tekak !

",kau ingat aku nak percaya?? lagikan,boleh tak kau jangan perasan sangat? kau tak handsome mana pun.handsome lagi bapak aku.aku pun tak ingin sangatlah nak berkawan ngan kau.menyampah lagi ada.." kata sara dengan kening yang bertaut.

ilman gelak agak kuat kali ni..

" salah ke aku puji diri sendiri? nak harap kau puji,memang taklah..patutlah kau ni tak ramai kawan.perangai macam apa je..kasar betul.aku heran,macam mana kawan2 kau tu boleh tahan ngan perangai kau eh??"

" mana aku tau.kau pergilah tanya diaorang.." cebik sara lagi.. tali beg yang tersangkut di bahu dibetulkan sebaik dia tiba disisi superbikenya. topi keledar dicapai dan ditilik seketika sebelum disarungkan ke kepala.

" kau tak takut ke bawa motor besar macam ni? yelah kau tu kan pendek.."

" nak takut apa? bukan dia boleh telan aku pun.."

" kau bawa laju ke?"

" kenapa? kau risau eah?" soal sara dengan kening terangkat2.

" risau tu adalah sikit.yang risau banyaknya kat motor ni hah..kesian dia beli mahal2 tapi nanti jahanam juga bila dapat tuan macam kau.."

sara tayang muka mak singa lapar. ilman pula tayang gigi sambil tergelak.

" malas aku nak layan kau ni..aku gerak lu.."

" hati2 tau..jatuh bangun sendiri..sakit jangan nangis tau??"

sara menjeling sebelum memecut superbikenya keluar dari kawasan parking.

ilman geleng kepala.gerun juga dia melihat gaya sara memecut.tak serupa pompuan langsung! berdesup macam pelesit.sekejap je dah hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience