dilema

Other Completed 3838

ilman tak keruan.dah seminggu dia tak jumpa sara.gadis tu masih merajuk dan tak mahu bertegur dengannya.jenuh dia cuba memujuk tapi sara buat tak hairan.dia pun dah mati kutu tak tau nak buat apa.

catat sejarah dia kali ni kerana tak tentu arah disebabkan seorang perempuan.selama ni mana pernah dia macam ni.mama pun tegur sebab dia dah lain macam.yang pelik macam mana dia boleh jadi macam tu ?? takkan dia dah jatuh cinta ngan sara???

waitt!! what ?? cinta?? kau biar betul?? kau kan dah cakap dulu.kau suka dia tak lebih dari seorang kawan je..

tapi hati manusia boleh berubah bro.kalau tak cinta kenapa kau resah semacam bila tak jumpa dia? suara lain mula muncul dalam kepala ilman.

" kenapa aku resah??" dia bertanya sendiri sambil merenung ke luar tingkap kereta.

" kenapa ehh?? takkanlah aku...betul2...dah...ishh ! mengarutlah ! ingat man kata2 kau dulu.takkan kau dah ludah nak jilat balik? tak geli ke?"

tapi bro,kau dah serius ni.kau cintakan dia.kau tak senang kalau tak jumpa dia sehari,tak dengar suara dia..malam2 pun kau still juga ternanti2 dia reply text kau..kau dah angau bro.terima jelah kenyataan.

" tak..tak mungkin.." ilman masih cuba menafikan kata2 hati sendiri.

kalau tak cinta apa? haa?? kau sanggup ke tengok dia jadi milik orang lain nanti?? boleh lagi ke kau jumpa orang macam dia lepas ni? haa?

" tapi aku tak tau dia suka aku ke tak ! takkan tetiba je aku nak gi confess kat dia?? malulah aku..hilanglah ego aku.." dia berperang dengan hati sendri lagi.teruk sangat rupanya kalau orang tengok.macam orang sewel bercakap sorang2.nasiblah tinted cermin keretanya agak gelap.

alah bukan selalu pun ego kau tu hilang.baru ego bukan ' adik' kau lagi.apalah.. kalau tak tau kenalah usahakan untuk ambik tau..do something bro.kau nak tunggu dia mengaku,memang tua dululah jawabnya.

" do something? do what?? and how?"

tu pun aku nak kena bagitahu? kata gentlemen sangat.nak tackle awek sorang pun payah.

" kau cakap senanglah."

memang senag pun kan? kau je yang buat payah.elok dia dikebas orang baru padan muka kau.meloponglah kau nanti.jangan kata aku tak bagi amaran.

" arggghhh!!" ilman garu kepala dan menjerit kebuntuan.belum pernah hayatnya nak mengurat awek.kalau zarif tau,masak dia..mesti dia kena perli kaw2.

**********

sara berbaring diatas katil dengan mata terkebil2 sementara telinga disumbat earphone.dia menghayati lagu kegemarannya dengan begitu asyik sekali.

entah kenapa sewaktu lagu taylor swift dimainkan dia tiba2 teringatkan ilman.dia jadi teringatkan kenangan antara mereka.dalam masing2 bergaduh pun,ilman tak lupa untuk mengambil berat tentangnya.dia sentiasa ada disaat dia memerlukan seseorang disisinya.tak sama macam gang masuk airnya. dah banyak kali ilman mengganggu gugat ketenteraman jantungnya cuma tak diluahkan saja sebab dia malu.malu dengan gang2nya.

pernah sekali dia rasa teramat2 cemburu bila ternampak ilman berbual dengan perempuan lain.walhal dia pun kenal perempuan tu.pernah juga dia rasa macam nak menangis bila ilman tak mahu mengajaknya bersama pergi hiking pada hujung minggu beberapa bulan lepas. tapi dia tak pernah bagitahu sesiapa tentang perasaannya . dia malu.dia takut ditertawakan.

yalah perempuan kasar macam dia boleh jatuh cinta tiba2.pada lelaki yang dulunya dia teramat benci dan jadikan musuh.

betul kata tina dulu.kalau allah nak uji hati dia,sekejap je dia boleh ubah.

sara geleng kepala tiba2 sambil menepuk2 pipi.

" wake up sara ! kau kena fokus study dulu..jangan nak bercinta sangat.perjalanan masa depan kau jauh lagi.bila2 pun boleh fikir soal cinta ni..jangan nanti kau kecewa separuh jalan.ingat misi dan visi kau dulu.." dia mengingatkan diri sendiri.

tapi betul ke kau tak kesah? bukan hari tu kau dah mengaku ke yang kau sukakan dia?? kau dah jealous dah rasa macam2 takkan kau boleh tahan lagi? kalau dia dengan orang lain macam mana? sekarang ni pun kau dah merajuk sakan ngan dia.call dia kau tak jawab,text dia kau tak reply..dah kenapa? mana pergi ego kau yang kau agung2kan sangat tu? kau tak malu ke??

sara kerut dahi.dah kenapa hati aku ni? dah pandai nak membangkang minda aku sendiri pulak?gile ke??

aku tak gile lah weh.kau tu yang gile!

"uisshh!" sara tersentak.dia bangun terduduk lalu meraba dada.dah kenapa?

mengaku jelah..jangan nak sombong sangat.kau tu perempuan dan kau kena terima lumrah yang kau memang mendambakan kasih seorang lelaki.bukan dari ayah kau bukan dari atuk kau tapi dari lelaki lain.lelaki yang akan bergelar suami suatu hari nanti..

" tapi tu lambat lagi lah..aku taknak bercinta pun sekarang ni.."

kalau taknak bercinta apesal kau harap dia pujuk kau? kau harap dia ada ngan kau 24/7?? haa ,kenapa??

"tu sebab aku sunyilah..aku bosan..sebab dia je yang boleh layan otak biul aku ni dalam bab2 outdoor activities. nak harap tina ngan tasha,jenuh pujuk baru diaorang nak ikut."

thats the point! kau sunyi bila dia takde.kau sedar something tak?

" apa?"

kau dengan dia ada minat yang sama.kau boleh bersama kot even kau selalu cari pasal ngan dia.kau tak rasa semua ni sweet ke??

" sweet lah sangat " sara juling mata keatas.

lagi taknak ngaku.kalau dia betul2 bersama dengan orang lain baru padan muka.

sara merebahkan semula badan ke katil.rumitnya??

udah2lah merajuk.mengalah ajelah.kesian dia tertunggu2 kau.berapa lama lagi kau nak buat dia macam tu?kau tak rasa bersalah ke?

" salah dia jugak! apesal dia tak kasi can aku menang hari tu? kau tau kan aku tak pernah kalah kat sesape sebelum ni? aku tak boleh terima kenyataan itu.ego aku tercabar kot !"

tu tanda dia lagi hebat dari kau.sesekali kalah,apa salah? plus dia pun dah minta maaf dah bagi kau coklat berdoZen.apa lagi yang kau nak?

" setakat bagi coklat,aku pun boleh beli sendiri lah.."

habis kau nak apa? apa yang kau harap dia bagi?

" entah.." bantal peluk dicapai dan dikepit dengan kedua belah paha.nafas dihela panjang. hai lah..sejak bila lah kau reti buat perangai macam ni sara oii?? malu lah kalau orang tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience