tunang

Other Completed 3838

cuti pertengahan sem dah hampir tiba.sara,tina,tasha dan ivan dah mula sibuk merancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang hari musim cuti tu..sama seperti cuti2 yang sebelumnya ,mereka takkan mensia2kan hari yang penuh makna tu macam tu saje..

" weh,takkan cuti ni kita nak hiking lagi? apa kata kita try something new?? aku bosan lah asyik hadap hutan belukar je.." rungut tasha penuh tak bersemangat..

" aahlah..aku pun rasa macam tu..kita buatlah benda lain plak. " sahut tina.

" kau nak buat apa?" tanya sara perlahan.

" apa2 jelah selain hiking and camping.."

" yelah apa2 tu apa?? bagitahu lah.."

" apa kata cuti ni kita pergi jelajah malaysia? kan kat malaysia ni banyak tempat2 best..kita pergi pulau ke,resort ke..tak pun taman tema..cuti ni kita buat aktiviti yang rileks dahlah..nak?" cadang ivan tiba2.

tina dan tasha saling berpandangan.kemudian mereka sama2 angguk setuju.

" amacam sara,kau ok tak?"

" ok tu memanglah ok tapi aktiviti macam tu perlu banyak modal doh..mana kita nak cari sen?"

" alaa..kita tak payah lah pergi tempat yang mahal2.kita carilah tempat yang ada bajet rendah."

sara garu kepala. sejak berpisah dengan ilman dia jadi sara yang lain.dia dah tak macam dulu. dia macam dah tak bersemangat nak buat semua benda.hati dan mindanya asyik teringatkan ilman.entah apa yang dibomohnya sampai aku jadi macam nii..rungutnya dalam hati.

" sara kau dengar tak?" sergah tina bila dia merasakan sara seolah2 dalam dunianya sendiri.

" dengar.." jawab sara longlai.

" dah tu?"

" korang listkanlah dulu tempat yang kita nak pergi tu,nanti aku tengok..sekarang ni aku takde moodlah.."

" takde mood ke rindu ilman??" usik ivan sambil tersengih2.

" rindu apanya? betullah aku takde mood.. nak datang period kot.." dalihnya.

" bukan hari tu kau kata kau dah period ke?? berapa kali sebulan kau nak period?" tasha turut sama mengusik.

yeke? sara cuba mengingat semula bila kali terakhir dia datang bulan.

" sebenarnya kau rindu dia tapi taknak mengaku kan??"

" mana adalah! merepek je kau ni..dia sape aku nak rindu?"

" cuma kau je yang tau dia sapa dalam hati kau tu..kau mungkin boleh tipu kitaorang tapi kau tak boleh tipu diri sndiri..aku perasan kau dah lain macam sekarang ni.." tina angkat kening.

" lain apa nya? aku still sama je.takde apa yang berubah.mata still dua,hidung mulut still satu.takde apa yang bertambah.."

" perangai kau yang berubah..kitaorang bukan baru kenal kau sehari dua tau? dulu takdenya kau nak duduk diam macam ni kalau bab2 cuti ni..selalu kau lah yang paling laju buat list macam2.."

" alaa..kali ni aku kasi can kat korang buat list pula..selalu aku je yang bagi idea kan?"

" can lah sangat." tasha cebik mengejek..ivan ketawa terkekeh..

sara menjeling malas.malas melayan tekaan mereka yang sememangnya tepat lagi benar!

*********

" apa ni mak?? kenapa tak tanya sara dulu??" sara memandang ibunya dengan pandangan yang hampir nak mengalirkan air mata.dia benar2 terkejut dengan berita yang diterima.patutlah mak beria sangat suruh dia balik awal.

" kalau mak tanya kamu dulu,alamat tak lah jawapannya..ayah pun dah setuju.kamu terima ajelah."

" tapi mak, sara tak kenal pun sapa dia! mana boleh mak sesuka hati terima pinangan tu dengan tak tanya sara dulu. sara taknaklah mak.." dia membangkang keputusan ibubapanya yang menerima pinangan orang tanpa persetujuannya.tak pasal2 dia dah jadi tunang kepada orang yang tak dikenali.

" mak ngan ayah setuju sebab dia baik.mak taulah apa mak buat.kamu jangan banyak bunyi.terima aje.."

" tapi mak.."

" takde tapi2..mulai sekarang mak nak kamu jaga kelakuan kamu jangan malukan mak ngan ayah.tambah2 lagi depan keluarga tunang kamu tu.."

" mak ni tak adil ! sara tak setuju! sara taknak bertunang dengan orang yang sara tak kenal..lagipun sara ni muda lagi mak..mana boleh mak buat sara macam ni??" dia dah hampir nak menangis .

" tak kenal boleh kenal.mak ngan ayah dah berkenan sangat ngan dia.orangnya baik,kacak lagi..keluarga dia pun bukan calang2 orang.."

" makk!" sara menggelupur depan tv.kacak saja tak menjamin kebahagiaanlah mak oii..

" terima ajelah sara oi..kamu patut bersyukur masih ada orang nak kamu dengan perangai macam tu.kalau kamu tolak sekarang,ntah tahun bila lagi ada orang nak pinang kamu.kamu nak ke jadi anak dara tua??"

" ayah !!" sara terpekik.ayah sendiri pun minta yang buruk2 untuk dia.apalah..

" sudah jangan cakap banyak..terima aje..ni cincinnya.. selama ni mak terima aje apa kata kamu.hari ni mak pulak nak kamu terima kata mak. kalau kamu sayang mak.." puan salmah mengugut.encik arsyad gelak kecil.

" apa ni mak main ugut2? sara taknaklah mak..ayah,tolong la pujuk mak..sara taknak tunang lagi.." dia merengek macam budak kecil.

encik arsyad angkat bahu.puan salmah kenyit mata.

sara menggelupur lagi macam orang sawan.kali ni dia betul2 dah menangis..kalau dia tau sape tunang hantu dia tu,nahaslah dia kerjakan.sesuka hati masuk pinang orang.dia tak tau ke yang aku ni masih tak abis belajar lagi? aku muda lagi kot..beratnya hati nak terima dengan siap mak mengugut lagi.dia taknak jadi anak derhaka tapi.... huwaaargghhh!!! nampaknya punahlah harapan nak tunggu ilman..

cittt! kau nak tunggu ilman?? ntah tahun bilalah kau boleh dapat dia.dia dah bahagia sekarang nii..simpan dalam peti sejuk ajelah angan2 kau tu cik sara arianni.sapa suruh dulu kau jual mahal masa dia tanya kau suka dia ke tak.kalau kau mengaku je kan senang.ntah2 sekarang ni kau dah jadi tunang dia dah kot..huhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience