16. | LANTARAN KEGAGALAN |

Romance Series 1474

KENDERAAN itu menaiki jalanan yang berliku-liku ke puncak bukit, menuju ke rumah Tengku Mukri. Wahid seperti juga yang lain-lain, tahu letak rumah itu. Tengku Mukri terkenal kaya sebagai seorang tokoh korporat dan Wahid pernah bertemu dan bertamu ke rumah mereka.
Ketika akhirnya kereta itu sampai, Wahid memarkir keretanya di tempat rata yang agak sempit di samping anjung rumah.
Sesaat kemudian dia keluar dari belakang kemudi langsung membuka pintu belakang kereta.
Tengku Zaleha melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu muka yang langsung dibuka sebelum dia mempunyai kesempatan untuk membunyikan bel.
Dia diterima oleh seorang laki-laki setengah tua yang gemuk dengan potongan rambut pendek.
"Silakan masuk, Tengku Zaleha," dia mengundang. Sikapnya sopan.
"Terima kasih."
Dia membawa Zaleha ke ruang tamu yang mewah.

SEORANG tua yang menamakan dirinya Tengku Mukri mengemukakan bicara dengan pembawaan yang penuh kemampuan. "Saya sangat gembira kerana hendak menerangkan kepada hadirin sekalian. Pada malam ini rasmilah pertunangan antara Tengku Zaiton dengan anak saya, Tengku Ghazali. Saya berdoa kepada Tuhan. Semoga Tuhan akan rahmatkan mereka berdua."
Tengku Mukri memandangku semua orang dengan tenang.
Dirinya menjadi pusat perhatian para tetamu yang menadah telinga untuk segala percakapan Tengku Mukri.
"Engku Ayah, saya mengucapkan selamat bertunang mereka berdua," Zaleha berkata dengan sopan. Dia selesa memanggil orang tua itu dengan Engku Ayah sahaja.
Tengku Mukri berbalik kepada Zaleha apabila terkesan kedatangan Zaleha.
"Tengku Zaleha. Apa khabar, nak?" Tengku Mukri bertanya.
"Khabar baik Engku Ayah. Terima kasih," Zaleha menjawab dengan segera.
"Bila kau sampai?" Tengku Mukri mengajukan pertanyaan berikutnya pada si gadis.
"Baru sebentar. Di mana dia Tengku Ghazali?"
Tengku Mukri melihat sekeliling.
"Ghazali! Ghazali! Mari sini nak, tengok siapa datang?"
Gadis itu memandang Ghazali dan berkata, "Engku, maafkan saya Engku kerana saya terlambat. Kereta saya, pancit pula tayarnya."
"Zaleha, mana Tengku Sofiyah? Apa dia tak datang?" Ghazali menanyakan.
"Tengku Sofiyah tak dapat datang. Dia banyak kerja." Zaleha menjawab dengan langsung.
"Saya memperkenalkan ini tunang saya, Tengku Zaiton," Ghazali memberitahukannya. "Dia bakal menjadi isteri saya."
Zaiton menghulurkan tangannya dan menjabat tangan Zaleha.
Zaleha menikam wajah Zaiton dengan pandangan yang tajam. Dia mengetap bibir.
Si tunang yang berleher jenjang, bertubuh kurus, memiliki kehalusan kulit cerah itu ada iras wajah Ruan Lingyu, pelakon dari China. Memang cantik. Umurnya baru sekitar tujuh belas tahun.
Matanya kemudian beralih pula ke Ghazali.
"Engku betullah beruntung. Dapat tunang yang cantik macam Tengku Zaiton," suara Zaleha iri.
"Saya akan sentiasa berdoa agar kasih sayang kami tidak dipisahkan."

DI sudut ruang dansa, sekelompok pemain musik berseragam putih sedang menyetel biola dan gitar. Yang lain sedang meniup-niup saxaphone dan trompet untuk mencuba nadanya.
Zaleha memandang Ramlee dengan tercengang dan tak percaya. Dia agak kurang mengerti.
"Remy!" seru Zaleha.
Ramlee menoleh. Matanya lebar terbelalak, menunjukkan bahawa dia terkena shock hebat.
"Bolehkah saya mendapat tahu mengapa kau juga ada di sini?" Pertanyaan Zaleha yang ramah mengandung nada curiga. Caranya bertanya menunjukkan bahawa dia betul-betul ingin mengetahui jawapannya.
Ramlee pulih dari shock yang dideritainya dengan cepat.
"Yang memanggil saya, pancaragam ini. Kerana meminta tukang piano," Ramlee menjawab. "Apa pula yang menyebabkan Cik Zaleha ke mari?"
"Tengku Mukri menjemput saya ke mari."
Ramlee mengangguk.
"Hei, hangpa semua!" jeritan Ramlee menggema.
Kassim Selamat, Abu Hassan, Haron dan Sukardi menoleh cepat.
Zaleha melihat mereka dan melemparkan senyuman.
Ketika melihat Zaleha, segera Kassim Selamat datang untuk berbicara padanya.
Mata Kassim melihat lurus kepada Zaleha. "Kita dapat berjumpa lagi, Cik Zaleha."
"Barangkali sudah suratan takdir."
"Takdir telah diatur, Cik Zaleha."
"Cik Zaleha, apa kata kalau Cik Zaleha hiburkan kita dengan nyanyian?" Kassim bertanya. Suaranya mengandung harap.
Zaleha memikir sejenak permintaan itu, kemudian berkata, "Saya seganlah."
"Janganlah begitu. Nyanyi satu lagu." Ramlee berkata. Suara yang penuh permohonan.
"Cik Zaleha, nyanyilah," kata Kassim cepat-cepat.
"Tapi... " Suara Zaleha mati di situ.
Ramlee melihat kepada Zaleha lagi. "Jangan pakai tapi lagi, turut saja apa yang kami mohon."
Setelah berfikir cukup lama, Zaleha mengangguk beberapa kali. "Baiklah, Remy. Saya setuju. Saya sanggup menurut kemahuan Remy." Zaleha berkata dengan tulus. "Saya akan cuba dengan sedaya upaya."
"Bagus. Bagus, Cik Zaleha. Bagus!"
"Dengar sekalian yang ada. Tengku Zaleha akan memperkenalkan suaranya yang merdu. Tengku Zaleha!" Kassim mengumumkan.
Tepukan bergemuruh.
Musik berbunyi, dan nyanyian pun dimulai.
Tengku Ghazali senyum memandang Zaleha dari jarak jauh. Gaya Zaleha waktu menyanyi sangat menawan. Gerak gerinya begitu gemulai dan indah dipandang.
Sebuah lagu keroncong menyusul, dan kemudian digantikan pula oleh lagu 'Anekaragam'.

"ZALEHA, saya mahu memberi kata pujian. Bukan main bagus engkau menyanyi malam ini, ya?" kata Tengku Ghazali yang tiba-tiba muncul.
Zaleha menoleh.
"Saya ada satu perkara dan tak ada orang lain yang boleh memberi jawapan selain daripada Engku sendiri." Zaleha memberanikan diri mengatakan.
"Jikalau saya dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati engkau, saya sukacita berbuat demikian. Apa dia yang dimaksudkan itu?"
"Dah lama saya nak sampaikan, tapi bukan di sini. Boleh saya jumpa dengan Engku sendirian? Kerana saya hendak berkata-kata sedikit," Zaleha berkata kepada Tengku Ghazali. "Jikalau Engku tidak keberatan."
Ghazali memandang kepada Zaleha sebelum memberikan jawapan. "Ya, baik. Mari kita pergi ke anjung."
Dia menunjukkan ke arah yang dimaksudkan.
HENING yang menyelimuti persekitaran anjung dipecahkan dengan suara Zaleha yang berkata kepada Ghazali, "Engku Ghazali, biarlah saya berterus terang saja. Saya ada mempunyai satu perasaan yang cukup lama terpendam. Cuma berat rasa hati saya untuk menceritakannya."
"Ada apa perkara yang mustahak ni? Cuba terangkan," Ghazali berkata.
"Saya ingin menerangkan satu perkara kepada Engku. Saya sebenarnya mempunyai satu perasaan. Perasaan kasih terhadap Engku. Saya... saya cinta pada Engku dan saya ingin menjadi isteri Engku," Zaleha berkata dengan suara yang agak bergetar.
Ghazali memandang Zaleha dengan heran dan tak percaya. Tercengang dia mendengar pengakuan berterus terang Zaleha itu.
"Itu perkara mustahil. Tak mungkin. Harus tak boleh," tingkah Ghazali dengan nada kurang senang.
"Mengapa? Tak dapatkah Engku membalas cinta saya?" Zaleha membalas penuh emosi. Suaranya keras dan getir. "Tak layakkah saya menerima cinta dari Engku?"
"Saya yang tak layak. Kerana orang tua saya telah tunangkan saya dengan sepupu saya sendiri." Ghazali menjelaskan. "Ini adalah kemahuan orang tua."
"Oh, kecewanya hati saya. Dalam dunia ini Engku sajalah yang saya cintai dengan sepenuhnya." Suaranya mengandung kekesalan. Semangatnya seakan-akan sudah hilang.
"Mengapa baru sekarang engkau cakapkan dengan saya? Mengapa dulu engkau tidak mahu jumpa dengan saya? Engkau sudah terlambat. Tidakkah terlintas di fikiran, sekarang saya telah punyai tunangan? Dan saya tidak ingin menyintai gadis-gadis lain. Maafkan saya Zaleha."
"Ya, saya sudah tahu perkara itu. Walau bagaimana sekalipun, apa salahnya jika Engku putuskan pertunangan itu?" Zaleha berkata dengan tenang. Tapi air mukanya tidak semakin suaranya.
Ghazali agak terkejut, sedikit tersentak dengan pertanyaan Tengku Zaleha.
"Zaleha, apa yang engkau katakan ini?" Ghazali menjawab dengan geram. Seakan baru saja mendapat penghinaan yang tak tertahankan. Rupanya dia benar-benar tersinggung. "Zaleha, saya rasa dukacita untuk memenuhkan maksud engkau. Saya tidak boleh berbuat sedemikian kerana pertunangan ini telah diisytiharkan dan tidak boleh dibantah lagi."
Zaleha memandangnya dengan ekspresi muka yang memperlihatkan kekecewaan dan penyesalan.
"Jikalau Engku tak setuju, saya tak boleh paksa. Tetapi saya harap pertimbangkan lagi dan saya berjanji, saya boleh menyukai hati mu, Engku." Suara Zaleha lembut penuh permohonan. Dia cuba memujuk agar Ghazali memikirkan semula tentang keputusan itu.
"Zaleha, keputusan saya ini muktamad dan tak boleh tawar menawar lagi," kata Tengku Ghazali dengan muka kaku.
"Saya merasa kecewa mendengar perkataan Engku tetapi saya harap fikiran Engku itu dapat berubah kelak. Hanya Engku sajalah yang saya inginkan," kata Zaleha dengan kecewa. Sebak mulai singgah di lidahnya.
Ghazali sangat terkejut mendengar permintaannya.
"Maaf, tetamu menunggu." Ghazali membalikkan badannya. Dia berjalan menuju ke ruang tamu yang besar dan menakjubkan itu.
Seperginya Ghazali, Zaleha terkedu-kedu menahan air mata dan gelodak perasaan. Kejadian minit-minit sebelumnya menerkam ingatannya.
Tiba-tiba Zaleha merasakan sesuatu bergetar dalam dirinya, sesuatu yang tak pernah dirasakannya sebelumnya.
Dengan tenaga yang luar biasa, seakan terdorong oleh kegilaan, dia mengangkat sebuah pasu bunga kecil, menoleh ke arah roda belakang keretanya yang diparkir di samping anjung rumah itu.
Dia mengayunkan tangannya. Pasu bunga mendesing dari tangannya, pecah pada roda belakang kereta dengan suara keras.

PADA saat itu kepala Wahid muncul di jendela belakang kereta yang diparkir di samping anjung rumah itu.
Wahid melihat kepada Zaleha dengan cermat.
Gadis itu terkejut dan memandangnya sejenak dengan mata yang sembab dan basah.
"Kus semangat, bersimpangkan malaikat 44," katanya dengan pelan tetapi terang dan jelas.
Wahid berkata kepada Zaleha, "Saya dengar perbualan Cik Zaleha dengan Tengku Ghazali. Bersabarlah Cik Zaleha."
"Wahid? Kenapa kau berada dalam kereta? Kenapa kau baring di situ, Wahid?"
"Badan saya tak berapa sedap Cik Zaleha. Sebab itulah saya di sini," Wahid berkata sambil melayangkan pandangan bertanya kepada Zaleha. "Cik Zaleha marah lagi tak?"
"Saya bukan marah dengan engkau."
"Sudahlah Cik Zaleha. Jangan susah hati. Janganlah difikirkan sangat. Lupakan saja kejadian buruk di sini."
"Apa boleh buat, Wahid? Itu sudah sememangnya nasib saya. Cuma saya mahu kau rahsiakan kejadian ini."
"Saya berjanji, Cik Zaleha. Cuma kita bertiga saja yang tahu hal ini," Wahid menyetujui. Pantas dia mengangguk perlahan.
"Kalau begitu, baguslah."
"Cik Zaleha, tidak ada faedahnya Cik Zaleha berdukacita. Kalau Tengku Ghazali tak cinta pada Cik Zaleha, Cik Zaleha lupakan dia."
"Tetapi saya tak boleh hilangkan perasaan cinta terhadap dia," Zaleha mengakui. "Walaupun Tengku Ghazali tak suka pada saya tetapi saya tetap menyintainya, Wahid,"
"Nampaknya Cik Zaleha bersungguh-sungguh hendakkan Tengku Ghazali. Bersabarlah Cik Zaleha. Banyak orang lain yang lebih menderita daripada Cik Zaleha."
"Benar kata kau, Wahid."
"Ha, begitulah. Itu yang sebaik-baiknya."
"Tapi... "
Wahid menunggu lanjutanya, tetapi Zaleha tetap berdiam diri. Wahid mengerti bahawa dia harus menanyakannya. "Tapi apa?"
"Tapi perasaan kasih sayang saya terhadap Tengku Ghazali tetap tidak akan berganjak."

KETIKA Zaleha keluar dari anjung itu, dia mendapat perasaan seakan-akan baru saja mengalami suatu mimpi yang buruk. Rasa amat gusar, sakit hati dan putus asa yang dialaminya hilang semua.
Sekarang dia kembali lagi pada keadaan semula, sebelum semua ini terjadi. Fikirannya yang lelah menjadi segar kembali. Kemudian satu perasaan yang baru mengalir dalam diri Zaleha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience