Bab 46 : Permintaan Terakhir.

Adventure Completed 4711

"Kita nak ke mana ni Julius?"tanya Edith semasa dia di iring oleh Julius sewaktu sedang duduk berbual dengan Cora di dalam biliknya tadi.

"Hunter nak jumpa."beritahu Julius.

"Nak jumpa saya?"Edith buat muka tak faham dia lepas dengar. Dah kenapa siap suruh orang datang jemput dia pulak?Hunter boleh datang sendiri temui dia kan. "Kenapa dengan Hunter?"

"Tak ada apa-apa...dia cuma nak aku sendiri jemput kau.."beritahu Julius lagi sewaktu dia pegang lengan Edith sewaktu tiba di depan anak tangga.

Edith ikut pegang tangan Julius sewaktu tunduk menuruni anak tangga di situ sehingga la tiba di tingkat bawah. Setelah itu baru dia lepaskan. Mereka berjalan tanpa bercakap apa-apa setelah itu.

Tidak lama selepas itu, Julius berhenti di depan sebuah pintu yang menghala keluar ke belakang laman istana. Dia buka pintu itu untuk Edith lalu pegang belakang badan tu untuk dorong Edith dengan perlahan keluar dari situ.

"Apa kita buat dekat sini?"tanya Edith bingung-bingung semasa berjalan keluar dari situ pada masa yang sama memandang Si Kucing di sebelahnya.

"Jumpa Hunter la."jawab Julius dengan sabar.

Edith pula yang jengkel dengan Julius sebab dari tadi lelaki ini tak reti nak jawab dengan betul. Tapi dia tak cakap apa-apa, keningnya je yang berkerut tak puas hati.

"Kau Nampak laluan ni kan...kau guna je jalan ni, kemudian terus sampai tiba dekat hujung laluan tu. Dekat situ nanti kau tahu apa maksud aku."beritahu Julius.

Edith pandang ke Julius nak bercakap dengan lelaki tu, tapi Julius berpaling dari situ lalu pergi meninggalkan dia dekat situ sendirian. Masih tak faham dan tertanya-tanya, Edith pun akur. Dia ikut laluan yang di maksudkan oleh Julius sebentar tadi lalu mula jalan melalui laluan berbatu-batu halus di situ.

Dia jalan dan jalan sehingga masuk ke satu laluan yang mana sekelilingnya adalah pohon renek sepanjang laluan tersebut. Seperti selamanya berjalan, Edith pun tiba di hujung laluan itu. Buat beberapa saat dia hanya berdiri di situ tak bergerak, cuba proses apa yang dia kena buat selepasnya.

Sekali tu suara orang berborak dengan nada perlahan kedengaran tiba-tiba dari sebelah kanannya. Hal itu buatkan Edith tertarik untuk bergerak dan belok ke sebelah kanannya. Berjalan saja dia ke situ, Edith melihat dua orang lelaki duduk di atas bangku membelakangkannya menghadap pemandangan tasik di depan mereka.

Dengan perlahan, kaki Edith mula jalan mendekati bangku dimana dua orang itu berada sebelum bersuara. "Hunter..."panggilnya sambil lirik ke kepala di sebelah Hunter.

Dengan serentak dua kepala itu berpaling ke belakang memandang Edith.

Hunter berdiri serta merta. "Oh..Hai Edith.."sebutnya dengan ceria.

Sementara Edith teruskan berjalan sehingga tiba di sisi Hunter sambil memandang lelaki berpakaian diraja dan mempunyai aura kuat di sekeliling badan itu. "Julius beritahu saya yang awak nak jumpa saya?"katanya sewaktu capai tangan Hunter lalu digenggamnya dengan erat.

Hunter balas cengakaman Edith lantas melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang tu. "Ha'ah"

"Ada apa?"Edith dongak memandang ke tepinya.

Raja Eddison perlahan-lahan bangun dari situ sewaktu memandang Edith yang kelihatan sedang kebingungan itu. Lantas dia pandang ke Hunter Bersama perasaan sebak yang amat sangat. Adakah semua ini mimpi!?

"Edith...kenalkan...ini adalah Raja Eddison. Ayahanda awak."maklum Hunter.

Terpempan Edith mendengarnya. Mata dia pandang kejung ke Raja Eddison sambil tangannya erat mencengkam tangan Hunter. "Hah??"nganga dia Bersama air mata mula berkumpul di kelopak matanya.

"Ya...baginda ayahanda awak"angguk Hunter.

Raja Eddison perlahan-lahan atur langkah mahu mendekati Edith. "Anakanda."panggilnya dengan suara kecil.

Masa itu la air mata Edith jatuh menitis ke pipi. Dia pandang ke Raja Eddison sambil menggigit bawah bibir kuat-kuat nak elakkan dirinya meraung dekat situ.

"Maafkan ayahanda kerana ambil masa tidak menemui kamu.."ucap Raja Eddison sambil buka tangan hendak Edith masuk ke dalam pelukannya.

Hunter dorong Edith supaya maju ke depan. "Pergi la..."mintanya dengan perlahan.

Tidak berfikir Panjang lagi, Edith terus gerak ke arah Raja Eddison dan masuk ke dalam pelukan itu. Sebaik saja wajah di sembamkan ke dada itu, suara ratapan Edith mula kedengaran. Dia tak marah atau salahkan ayahandanya kerana meninggalkan dia. Sekurangnya dia tahu ayahandanya mahu peduli tentang dia dan tidak buang dia tidak terjaga. Dan dia faham apa perasaannya bila kehilangan orang yang di sayangi. Untuk itu dia sudah lama maafkan salah dan silap ayahnya. Buat apa membenci kalau boleh memaafkan. Lagipun dia hanya ada seorang ayah sahaja. Dan ini la keluarganya.

"Maafkan ayahanda Edith...ayahanda salah. Ayahanda janji ayahanda tidak akan lagi tinggalkan kamu."minta Raja Eddison dengan sebak sewaktu sandarkan pipinya ke kepala Edith sambil memejam mata.

Edith megangguk kepala menjawab soalan itu sambil mengeratkan pelukan ke badan Raja Eddison. Terlalu sedih sampai tidak boleh nak bercakap.

Hunter dekat situ sudah tersenyum senang di bibir dari balik topeng muka yang dipakai. Berasa lega kerana permintaan ayahanda dia sudahpun dilaksanakan. Tenang la ayahandanya di sana kerana dia berjaya satukan anak beranak ini semula. Kalau dia tidak dapat jurnal lama ayahandanya, mungkin dia tidak tahu apa permintaan terakhir ayahandanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience