Awalnya semasa mereka jejak kaki ke dalam Istana Utama mereka ini, mereka hanya akan di sapa dengan pemandangan yang pathetic dan tidak menyenangkan. Namun begitu sangkaan mereka meleset apabila kedatangan mereka itu di sambut dengan keindahan yang sama mereka pernah lihat sebelum peperangan berlaku dan istana ini dijajah.
Ianya ibarat seperti kembali di waktu ketika Raja Aragog masih ada. Tiada apa yang berubah di seluruh kawasan istana itu, Semuanya Nampak sama dan cantic seperti kebiasannya. Namun begitu banyak-banyak perkara yang menyentuh hati mereka, iaitu raja-raja lama yang telah berada di atas taktah seiring dengan Raja Aragog dapat lihat akan keserupaan pada anak muda di depan mereka ini.
Yang dulu mereka pandang seperti anak sendiri dan juga seorang anak muda tidak berpengalaman. Yang dulu mereka rasakan dapat jadi seorang raja yang baik duduk di kerusi yang sama sepatutnya Raja Aragog duduk dan tonjolkan aura yang sama seperti bapa kepada anak muda ini tunjukkan kepada mereka semua sebagai pemimpin.
Sebak dan sedih kerana mereka raja-raja negeri bawah naungan Stone Hill sangat la rapat pada ketua mereka ini. Datang semula ke istana ini selepas apa yang terjadi buatkan mereka terkilan kerana tidak dapat jalani semuanya seperti biasa lagi.
"Terima kasih untuk kehadiran tuanku semua di perjumpaan ini."beritahu Hunter semasa ambil tempat di kerusinya menghadap 18 orang dari negeri berbeza di negaranya. "Apa khabar semuanya?"
Semua raja di situ pandang ke arah Hunter dengan renungan kagum kerana mereka seakan melihat Raja Aragog versi muda di depan mereka walaupun Hunter mengenakan topeng di muka. Mereka masih dapat Nampak melalui aura yang di tunjukkan.
"Baik...tuan putera mahkota bagaimana?Banyak kejadian telah terjadi. Kepulangan tuan putera amat menggemparkan kami semua raja-raja."
"Betu tu. Kami agak terperanjat lepas dapat tahu tuanku telah Berjaya menawan istana Utama dengan hanya satu malam. Menentang kumpulan tentera dan general terkenal Aragon."
"Kami sangat senang hati dengan semua ini. Terima kasih kerana masih sudi memanggil kami untuk jadi sebahagian dari rancangan tuanku."
"Tapi boleh saya tahu bagaimana tuanku ada kekuatan untuk menentang mereka semua?Kenapa baru kali ini?"
Hunter dengar satu persatu kata-kata mreka di situ dengan tekan dan focus. Sebolehnya dia pandnag setiap seorang di situ sebagai satu penghormatan dia kepada mereka yang lebih tua darinya. "Panjang ceritanya kalau hendak saya beritahu mengenainya. Kemudian saja bila kita ada masa. Buat masa sekarang tujuan persidangan ini diadiakan adalah untuk saya maklumkan peperangan ke Aragon."beritahuya serta merta. Dia tiada masa hendak di buangkan.
Semua di situ mula menunjukkan reaksi serius masing-masing sewaktu Hunter tunduk menyelak helaian kertas yang ada di depannya itu.
"Saya perlukan kerjasama dari semua raja-raja di sini untuk bergabung tenaga Bersama bagio menggulingkan kerajaan Aragon dan tanah takluknya. Dengan serentak dan pada masa yang sama."ujar Hunter lagi sewaktu lihat kertas laporan mengenai negeri-negeri yang telah di takluk oleh Aragon.
"Semuanya?Dengan serentak?"
"Maksud tuan putera nak kami takluk semua negeri yang di jajah Aragon pada masa yang sama?"
Hunter mengangguk kepala lalu angkat mata dia memandang mereka di situ Bersama senyuman meleret. "Ya...ada masalah ke?"
Semua di situ akan taken back dengan reaksi serius yang di tunjukkan oleh Hunter.
Hunter mengangguk kepalanya lalu gerakkan tangannya kepada mereka yang berkawal dalam ruang itu untuk edarkan kertas yang dia sediakan sebelum persidangan. Kertas yang mengandungi nama negeri dan kelemahan negeri itu sendiri. "Kalau kita tak serang secara serentak mereka akan hulur bantuan kepada Aragon dan itu hanya akan susahkan kita dan buat kita kena lakukan kerja dua tiga empat kali tanpa sebab. Malah ianya buang masa serta tenaga. Untuk itu kita rancang serentak serang serentak dan takluk serentak."
Para pengawal yang berada di situ mula mengedarkan kertas-kertas tersebut kepada raja-raja di situ.
Raja-raja itu pun capai la kertas itu dengan kening terangkat ingin tahu. Pegang saja kertas itu mereka baca dan teliti isi kandungannya. Tidak sampai beberapa saat mereka baca semua di situ beri reaksi terkejut masing-masing. Mata terbutang luas, kening terangkat tinggi.
"Apa semua ni tuan putera?"tanya Raja Eddison dengan nada terkejutnya.
"Maklumat setiap negeri yang kita akan takluk. Kelemahan mereka dan jugak soft spot mereka yang kita boleh gunakan untuk jatuhkan mereka."beritahu Hunter dengan nada hormatnya.
"Dari mana kamu dapat semua ni?"tanya Raja Eddison lagi.
"Melalui intipan dan ramalan. Seperti itu...tak lupa jugak bantuan dari seseorang yang penting."suara Hunter kedengaran seperti dia tersenyum dari balik topeng itu.
Raja Eddison berkerut kening tak faham lalu kembali memandang kertas itu. Pelan ini sangat sempuran dan berstrategi. Kalau mereka gunakan semua ini dengan mudah mereka dapat takluk semuanya.
"bagaimana?Tuanku semua bersetuju dengan permintaan saya atau tidak?"soal Hunter setelah raja-raja di situ dengan tekun membaca setiap maklumat dalam kertas yang diberikan.
"Kalau ini mahu tuan putera. Kami tiada bantahan. Lagi pula mereka adalah orang yang sama telah rampas semua apa yang kita miliki..."
"Betul...saya pun bersetuju. Rasanya raja lain juga begitu?Kan?"
Baki raja-raja yang ada di situ mengangguk kepala setuju.
"Baik la kalau begitu. Dengan ini secara rasminya kita akan isytihar perang takluk dan pergulingan pemerintahan Aragon. Tuanku raja semua bertanggungjawab untuk takluk setiap negeri. Saya akan ambil alih Raja Aragon. Arahkan semua troop dan pasukan tentera yang tuanku ada untuk bersiap siaga. Bila tiba masanya saya akan maklumkan bila serangan akan di jalankan."maklum Hunter dengan nada autoritinya.
Semua raja-raja di situ pandang ek arah lelaki bertopeng serigala di hujung meja siding itu dengan renungan nekad dan berkobar-kobar. Sudah lama mereka tidak merasai perasaan bersemangat seperti ini sejak kemangkatan raja Aragog. "Baik!"dengan serentak semua di situ menyahut.
"Baik la sampai di sini saja perbincangan kita. Tuanku semua akan di jamu dengan sedikit jamuan. Untuk itu boleh la beransur ke ruang makan."Hunter bangun dari situ sambal pegang kertas kerjanya dan buku catatan. Baru sahaja dia hendak bergerak, dia berhenti sekejap lalu memandang ke arah Raja Eddison.
"Tuanku Raja Eddison, boleh saya bercakap dengan tuanku sebentar?"soal Hunter.
Raja Eddison yang sedang membaca kertas di tangannya itu tersentak. DIa lekas-lekas palingkan kepala ke Hunter sambal menjungkit kening. "Ya...sudah tentu."
"Kalau begitu ikut saya."Hunter aju tangan ke arah pintu keluar bilik sidang itu.
Kehairanan dan tidak faham apa yang berlaku, Raja Eddison bangun dari situ dan jalan seiring Bersama Hunter keluar dari situ.
Share this novel