Bab 50 : New World.

Adventure Completed 5876

Flashbacks

Ketika ini semuanya dalam keadaan kelam kabut. Kaki gergasi dan serpihan batu meledak ke merata arah. Hunter berlari ke arah Aragon sementara Jasper tolong bersihkan laluan supaya tiada apa yang menganggu laluan Hunter.

Pada masa yang sama Caspian cuba lindungi Julius yang hamper hendak di pijak dengan raksasa ogre mata satu sewaktu Alaric berada di atas kepala ogre tersebut dan menikam tepat kepala tu dengan pedang.

Raja Aragon yang sedang melemparkan semua bilah cahaya warna merahnya ke arah Alaric itu di sedari oleh Hunter. Niatnya hendak serang Aragon terpaksa di batalkan. Dia lari ke arah raksasa batu lalu lompat menggunakan badan itu sebelum terapung di Udara sekejap lalu melibas pedangnya ke bilah cahaya tersebut jauh dari Alaric yang mana Berjaya.

Namun ketika itu Raja Aragon tidak berhenti. Dia terus menerus melemparkan bilah cahaya yang tajam lagikan berbahaya ke merata arah secara membuta tuli.

Ketika itu la, sewaktu Hunter selamat mendarat di atas lantai dan mahu berpaling. satu dari bilah cahaya itu menuju ke arah dadanya. Hunter yang tak sempat nak mengelak hanya mampu berdiri situ sebelum Jasper muncul tiba-tiba di depannya dan menerima tikaman dari bilah cahaya itu.

Jasper berdiri tegak di situ Bersama tiga bilah cahaya tembus menerusi dari belakang ke depan badan tu.

Hunter yang Nampak terus dapatkan Jasper dan pimpin rakannya sebelum tubuh itu jatuh ke lantai Bersama muka tergamam.

Alaric yang nampak tidak membuang masa terus menjerit sebelum seluruh badannya mengeluarkan satu tenaga yang kuat dan matanya berubah menjadi hitam sepenuhnya. Berdesup laju dia munculkan diri di depan Raja Aragon lalu menikam tepat jantung lelaki tu!

Bersama mata terbutang kaku Raja Aragon pandang ke mata Alaric sebelum rebah tidak bernyawa di lantai tersebut. Dan tumbangnya Aragon semua raksasa dan ogre di situ ikut tumbang mati menjadi debu dan serpihan batu.

"Jasper!"panggil Julius yang terkocoh-kocoh bangun dari badan ogre yang menghempapnya setelah mati di bunuh Alaric.

Caspian turut berlari mendapatkan Hunter dan Julius. "Kita kena pergi dari sini..tempat ni akan runtuh tak lama lagi."beritahunya sambil terjengket-jengket jalan memegang luka yang ada di badannya.

"Tak Jasper...kenapa.."tunduk Hunter dengan sedih semasa memegang pipi pucat Jasper.

Jasper hanya tersenyum sewaktu darah mulut keluar dari mulutnya. "Syukur la kau tak apa-apa."

Pada masa itu la siling batu di atas mereka mula merekah dan gerak hendak jatuh ke atas Hunter. Caspian yang nampak alukan tangannya ke Udara mencipta satu kubah pelindung memayungi mereka dari runtuhan tersebut. "Hunter...kita kena pergi dari sini!"'laungnya sekuat hati bila keadaan balairung seri itu sudah tidak kukuh lagi.

Alaric yang telah membunuh Aragon tadi tanpa membuang masa berpaling ke arah Hunter.Dia melutut di situ untuk lihat keadaan rakan mereka bersama mata kemerahanya.

Setelah semua di situ, Jasper pun lirik setiap wajah di situ sebelum tersenyum. "Gembira dapat kenal kau orang semua.."lafaznya bersama nafas terakhirnya sebelum matanya terpejam dengan senyuman terakhir di bibir.

"Sekarang!Kita tak ada masa!"teriak Caspian yang sedang bergelut hendak lindungi mereka dari di hempap runtuhan di situ.

Julius dan Alaric pandang ke arah Caspian. "Macam mana dengan kau?"

"Kau orang pergi dulu. Aku nyusul kemudian.."beritahu Caspian sambil pandang dua orang tu.

Hunter yang sedang bersedih itu tundukkan kepalanya sambil memeluk erat tubuh Jasper sebelum hilangkan diri dari situ dengan tiba-tiba.

"Pergi sekarang!"teriak Caspian kepada dua orang rakannya itu. "Aku ikut kau orang kemudian."

Mahu tak mahu, Alaric dapatkan Julius yang sedang terluka dan patah tangan itu sebelum hilang diri dari situ. Meninggalkan Caspian yang sedang cedera itu sendirian. Disebabkan Caspian cedera parah, dia tak boleh gunakan kuasa hilangkan dirinya secara tiba-tiba lantas dirinya ikut di hempap dengan runtuhan di situ.

End of flashbacks

10 tahun kemudian.

"Ayahanda!"suara kecil ceria kedengaran dari kejauhan.

Dia yang sedang memejam mata tadi pun membuka mata dengan perlahan sebelum palingkan kepala ke tepinya lantas ternampak anak kecil berusia 8 tahun sedang berlari ke arahnya. Tanpa membuang masa terus dia tersenyum dan berlutut di situ untuk menyambut kepulangan anakandanya.

Anak lelaki itu masuk ke dalam pelukan itu dengan ketawa kecilnya.

"Macam mana percutian kamu di istana datuk kamu?"tanya Hunter sewaktu memeluk badan itu sebelum tepi kepala tu di kucup.

"Seronok...bonda izinkan anakanda tunggang naga, datuk berikan pedang pertama...lawat pasar dan tengok perlawanan gusti...semua ada.."cerita Putera Evan dengan seronok selepas mereka menjauh.

Bersama senyuman di bibir, Hunter gosok kepala itu lalu berdiri dari melututnya. Baru sahaja dia hendak buka mulut bertanya. Suara lembut kedengaran dari arah yang sama tiba-tiba.

"Lama awak tunggu?"muncul Edith yang tersenyum senang kepada suaminya sambil pegang bakul rotan di tangan.

Hunter angkat kepala dan pandang ke arah itu sebelum tersenyum melihat isterinya yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka. "Ya...ambil angin lepas bersidang tadi... seorang saja?Cora tak ikut sekali?"tanya dia.

Edith tiba di depan Hunter tidak lama kemudian. "Ada...tu dekat atas.."beritahunya semasa dongak melihat kelibat naga terbang di atas taman bunga itu.

"Macam mana keadaan ayahada?Dah membaik ke?" soal Hunter sambil ambil bakul dari tangan Edith.

"Dah..saya berikan dia posyen yang saya hasilkan. Tiga hari kemudian baru demamnya kebah, hari ni dah keluar buat kerja." cerita Edith sebelum jengket kaki mengucup pipi Hunter sambil tersenyum senang.

"Cepat ayahanda...bentang lapiknya."gesa Putera Evan yang tidak sabar mahu piknik bersama ibubapanya itu. Kata bondanya lepas pulang dari kediaman datuknya mereka akan makan piknik sama-sama di taman istana.

"Ya-ya.."balas Hunter yang buka bakul rotan itu lalu keluarkan lapik kain yang disediakan Edith lantas dia hamparkannya di atas rumput di situ.

Edith hanya berdiri di situ memerhati Hunter dan Evan lakukan semuanya sehingga selesai bersama senyuman senang di bibir.

Setelah selesai, Hunter bantu Edith duduk dan tolong hidangkan makanan di situ walaupun dirinya sudahpun bergelar raja, tanggungjawab sebagai suami dan ayah tetap di jalankan seamanah yang mungkin.

"Sedap tak?"tanya Edith sewaktu memandang Evan dengan gelojoh gigit roti sandwich ham yang disediakan olehnya di istana ayahandanya sebelum pulang ke istana Utama.

"Sedap!"gumam Evan dengan mulut yang penuh.

Hunter geleng kepala tak percaya melihat gelagat putera sulungnya. "Gelojoh.." komennya semasa halakan piala minuman kepada Edith. "Awak nak minum?"suanya.

Edith yang dengar pandang ke piala itu bersama senyuman di bibir. "Sudah tentu..terima kasih tuanku."balasnya.

Maka duduklah tiga beranak itu menghadap pemandangan tasik menikmati makan tengah hari mereka sewaktu naga yang terbang ambil angin tadi mendarat berdekatan mereka lalu duduk melingkar di situ memerhati keluarga itu.

Selepas peperangan tamat, kerajaan Bellington telah jatuh ke tangan Hunter. Dua minggu selepas peperangan tamat, Hunter naik taktah menjadi Raja Stone Hill dengan rasmi. Setelah menjadi raja, dia telah berikan dua negara kepada Alaric dan Julius untuk memerintah sebagai raja di situ. Menggunakan system pentabiran yang saksama dan adil. Hunter bebaskan semua negeri jajahan yang jadi taklukan Aragon. Membuatkan Hunter raja yang paling di segani pada tahun pertama pemerintahannya.

Setahun kemudian, Hunter dan Edith berkahwin. Yang mana di sambut oleh seluruh negeri dan rakyatnya dengan meriah. Ekoran perkahwinan itu tanah Stone Hill menjadi segar dan perlahan-lahan tempat itu hidup dan kembali menjadi negeri yang paling membangun seperti zaman kegemilangan dulu-dulu semula.

Tahun yang sama, Cora telah ambil keputusan untuk menjadi naga sepenuhnya dan tidak akan menjelma menjadi manusia semula kerana dia telah patah hati yang amat sangat atas kematian Jasper. Buatkan dia berputus asa untuk bersama dengan sesiapa. Keputusan itu dihormati Edith sepenuhnya.

Setelah itu semuanya berjalan seperti biasa. Semua orang hidup dengan aman dan Sentosa. Tiada peperangan. Tiada penindasan.

Kehidupan rakyat di naik taraf pembangunan di puliharakan. Menjadikan 8 tahun seterusnya, Stone Hill membangun menjadi sebuah kerajaan yang paling agung dan amat di segani semua pemerintah dan raja-raja.

Menurut Hunter ini adalah permintaan ayahandanya yang terakhir. Iaitu memeritah dengan cara baru untuk dunia yang baru. Dan itu la yang Hunter lakukan. Semuanya atas jasa baik The Grimm Reaper. yang sama-sama bertarung di sampingnya sehingga ke akhirnya.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience