"Kau tahu...tak elok masuk bilik orang tanpa ke benaran."tegur suara dari belakang dengan tiba-tiba.
"Mak!"latah Edith yang terus jatuhkan jurnal tu ke meja sebelum pusingkan badannya ke arah pintu dengan laju. Kuss!Semangat. Terperanjat dia! "Hunter!"Terkejut dengan apa yang di lihat depannya, dia bersandar pada meja belajar sambil membutang mata ke lelaki tidak berbaju itu. Bilik Hunter ke?
Hunter berjalan masuk ke bilik itu dengan renungan curiganya. "Apa kau buat?"tanya dia sambil mendekat.
Edith mengetap bibir lalu menggeleng kepala cepat-cepat.
Jurnal yang terbalik di atas meja itu buatkan Hunter bergegas ke situ lalu menolak Edith jauh dari mejanya. "Kau baca jurnal ni?"soalnya sambil tunduk memeriksa sekiranya ada yang dikoyakkan atau rosak dengan cemas.
"Mana ada.."nafi Edith sambil pandang tangan Hunter membelek jurnal itu dengan berhati-hati seakan ianya benda berharga. Memang sah!Lelaki di depanhya ini adalah Putera Mahkota Raja Aragog. Tapi Apa agaknya yang tertulis dalam jurnal tu ya?
Hunter palingkan kepala ke Edith lalu kecilkan matanya. Memandang curiga Edith. "Tipu."
"Betul la. Saya tak baca apa-apapun."tegas Edith sambil berkerut kening tak puas hati. Dia datang sini pun sebab dia ikut apa yang mimpi dia tunjukkan je. Tapi jangan risau. lepas ni dia takkan susah-susah cari tahu apa sebenarnya mimpi dia hendak sampaikan.
"Kalau macam tu kenapa kau ada dekat sini?"soal Hunter yang membuka laci di meja itu lantas menyimpan jurnal tersebut ke dalamnya.
Edith pandang kekok ke Hunter. Baru perasan yang Hunter tak kenakan sebarang baju di badan atau bertopeng muka. Perasaan segan tiba-tiba datang menyinggah perasaannya. "You know what...I just gonna go!"kata dia yang terus gerak hendak ke arah pintu bilik. Memang tak dia nak beritahu Hunter yang dia adalah Protector lelaki tu sekarang. Kemudian saja la!
Hunter lalukan tangan dia ke arah pintu yang terbuka luas itu sehingga buatkan ia tertutup kuat tepat sebelum Edith sempat keluar.
BOOM!
Melompat terkejut Edith sambil mengedipkan mata kerana tersentak dengan hentakan daun pintu itu. Dia pandang ke pintu depannya lalu berpaling semula ke belakang menghadap Hunter. Dah kenapa?Air liur gelabah di telannya. "Kenapa awak tutup pintu tu?"tanya dia dengan suara kecil.
Hunter gerak menyilang tangan ke dada lalu duduk sedikit di meja itu sewaktu memandang Edith. "Kau rasa?"
Aik.main teka teki dengan dia pulak. Tak kuasa la! "Entah.."jawab Edith sambil buat muka tak pasti.
Hunter dah tahu. Semuanya. Kalau bukan kerana catatan dalam jurnal ayahanda serta gambar yang disertakan. Mungkin sehingga sekarang dia tidak tahu apa sebenarnya yang ayahanda rancangkan untuk dia sewaktu hayat ayahandanya masih ada. Semalaman dia hadap jurnal ini dan meneliti setiap catitan yang tertulis di dalamnya. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tetapi berkali-kali. Dan sekarang, dia dah tahu, orang yang dia cari selama ini rupanya ada di depannya. Tak sia-sia dia merantau selama bertahun lama demi menjejak Protectornya ini.
Enam tahun dia cari. Pelbagai cara dia gunakan untuk menjejak keberadaan Protecternya. Menggunakan satu-satu petunjuk iaitu naluri serta fikirannya. Akhirnya. Dapat jugak dia! Selepas ini dapat la dia jalankan rancangan seterusnya memandangkan perkara penting yang dia perlukan sudahpun dia peroleh.
Patutla Edith tak apa-apa selepas memandang wajahnya. Ini kerana wanita ini sudah pun terikat dengan sihir Batu Cahaya Mortal milik ayahadanya. Macam nak menangis pun ada mengingatkan betapa sempurnanya rancangan ayahandanya ini. Sekalipun baginda sudah tiada lagi, ayahandanya sentiasa rancangkan yang terbaik untuknya.
Edith jadi panas punggung dekat situ, dia jadi tak senang hati dengan aura yang berada dalam ruangan ni. Ianya buatkan dia gemuruh dan gelabah saja!Takkan la Hunter dah tahu siapa dia?
Share this novel